Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jika kita sebut mengenai Google Webmaster Tools, pasti ramai yang telah mengenali alat ini dan telah menggunakannya untuk sekian ketika. Sejak kebelakangan ini Google telah memperkenalkan beberapa sistem yang menyebabkan trafik organik bukan sahaja blog juga website menurun secara drastik. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada Google sedangkan banyak lagi platform search engine lain yang boleh dijadikan tapak untuk membina trafik blog antaranya Bing Webmaster.
Namun masih ramai yang tidak menggunakan Bing Webmaster Tools. Artikel kali ini akan berkongsikan bagaimana untuk mendaftarkan blog anda dengan Bing Webmaster Tools.
Sekiranya anda belum mempunyai akaun bersama microsoft, anda boleh sign up akaun percuma dengan mereka. Setelah anda sign in ke ruangan bing webmaster, paparan untuk menambah laman ke bing webmaster akan kelihatan pada awal halaman tersebut.
Anda hanya perlu taip url blog atau laman sesawang anda kemudian tekan butang add site.
Selepas itu, anda perlu mengisi sedikit maklumat laman anda seperti kedudukan sitemap.xml anda dan juga waktu bila jumlah trafik anda paling banyak setiap hari. Anda boleh lihat contoh setting dalam gambar di bawah. Kemudian klik butang ADD.
Selepas itu, anda perlu melakukan proses verifikasi untuk laman anda. Ada tiga pilihan verifikasi yang disediakan.
- Dengan memuat naik fail verifikasi yang disediakan oleh pihak Bing Webmaster Tools
- Dengan menambah kod meta verifikasi bing webmaster tools dalam template anda (teknik yang sesuai digunakan oleh pengguna blogspot).
- Dengan menambah CNAME dalam setting domain anda
Anda boleh memilih mana-mana proses verifikasi yang paling mudah untuk anda. Kemudian klik butang VERIFY
Setelah selesai proses verifikasi, anda akan dibawa ke Dashboard Bing Webmaster Tools. Anda boleh mula menggunakan tools ini untuk merancang, menilai dan menambah baik blog anda untuk apa jua tujuan yang ingin dicapai.
Selamat mencuba.
Semuanya perlukan ilmu kalau tak ….. pasti akan sesat ditengah kerancakan dunia siber. Kepada yang berminat nak mencari ilmu sila daftar kelas junior dan master buat blog di Akademi Denaihati (sila klik daftar untuk memilih tarikh yang sesuai dengan anda).
115 Comments
Terima kasih info nya..
harus buat email hotmail dulu ya baru bisa sign up di bing Webmaster tool?
Curahan rasa munir ardi @ ..Hasil Akhir Liga Champion 2013/2014 Barcelona Vs Ajax 4-0 Messi Hattrick
menarik….insyaAllah terus dibuat…
terimakasih team DH!
Curahan rasa hafizmd @ ..Faktor Tak Terkalah Cara Buat Duit Dengan Blog?
macam agak senang nak daftar… so kene la try daftar nanti ni… hehe…tq..tq..
Curahan rasa Nadot @ ..Sambut Birthday di Kiraku Japanese Restaurant, Cyberjaya
dah lama ada benda ni. kalau rajin, guna yandex webmaster sekali. hehe..
Curahan rasa titan @ ..Melancong ke Johor.
Perkongsian menarik…rasanya belum registerkan lagi di bing ni….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Sudah Daftar WordPress Master Class
terima kasih tuan..perkongsian yang membawa manafaat
Salah satu alat mesin pencarian yang banyak juga digunakan oleh para pengguna internet untuk mencari informasi yang dibutuhkan
Curahan rasa Ferry @ ..Lowongan CPNS KPU 2013
kira2 berpengaruh sekali nggak untuk SEO?
Curahan rasa perfect money bonus @ ..Apa itu Perfect Money
dah lama daftar dengan bing ni… selain google, trafik organik jgk datang dr bing…. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Menyusukan Bayi
alhamdulillah, done.
guna option kedua…
terima kasih atas perkongsian 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Panduan jana wang dari rumah untuk wanita
baru je daftar jap tadi sebelum baca tutorial ni. Bing memang berbaloi2… 🙂
Curahan rasa ieta @ ..PERKONGSIAN DAN IKLAN MEMBANTU BLOGGER MENJANA WANG ONLINE.
saya dah lama daftar, banyak nak kena improve lagi dalam webmaster nie..
Curahan rasa Bahrain @ ..Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata
Saya baru je daftar Bing ni minggu lepas,boleh tahan juga prestasinya
Curahan rasa wazy @ ..Slot Akasia Cinta Jannah
trafik macam juga income kena datang dari berbagai sumber bukan Google sahaja
baru mencari tip cari bing webmaster. kebetulan.hehe. Tq untuk info 🙂
Curahan rasa pahan @ ..Foto Instagram Kemaskini September
Comments are closed.