10 entri popular Denaihati Julai 2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bulan Ramadan datang lagi jadi banyak keywords evergreen (pinjam kata-kata Ibunda Blogger) yang naikkan semula entri lama dengan sedikit perubahan ayat dan keyword di entri tersebut. Ini satu lagi Tips Blogging yang boleh diamalkan iaitu jangan tong sampahkan entri-entri lama dan hanya fokus pada entri baru. Rakan Blogger boleh menyemak keywords yang masuk ke dalam blog anda. Sekiranya ada keywords yang menuju ke entri-entri lama maka baguslah entri tersebut dibaik pulih dengan memasukan fakta-fakta terbaru supaya pembaca organik tidak kecewa apabila tersesat di entri tersebut.

Maklumat yang tepat pada setiap entri walaupun entri lama pasti akan boleh mengubah pembaca organik menjadi pembaca setia blog kita. Jadi selepas ini kenalah rajin-rajin melihat keywords yang menjadi perhatian pembaca blog anda dan kalau perlu diubahsuai entri-entri lama untuk disesuaikan dengan keywords yang masuk maka kenalah ubahsuai.

Senarai top 10 entri julai denaihati.com

10 entri popular Denaihati Julai 2013

  1. Buffet Ramadan Hotel dan Restoran Malaysia
  2. Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-negeri Seluruh Malaysia
  3. Semak Saman AES online
  4. Mesir Terkini Runtuhnya Sebuah Dinasti
  5. Semak Saman Trafik Online
  6. Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar
  7. Istiwa Matahari di atas Kaabah Waktu Semak Arah Kiblat
  8. Top 23 Blog Malaysia Paling Popular
  9. Mydulang @Oldtown White Coffee Hidangan Ramadan 2013
  10. Aqiqah Ramadan Kemboja

Yang menarik daripada 10 entri popular Julai 2013 hanya dua terakhir sahaja entri yang di tulis dalam bulan Julai 2013 dan selainnya adalah entri lama yang masih menjadi perhatian di Google Search. Mungkin ada Rakan Blogger yang tertanya-tanya dalam hati bagaimana nak dapat ranking ini? Semasa ini ilmu teknikal berblog seperti yang aku tulis dalam entri “Blogger bukan hanya menulis sahaja” boleh dipraktikkan.

Cara paling mudah untuk memeriksa ranking entri bulanan blog kita adalah dengan menggunaka Google Analytics bahagian content. Entri popular ini dikira berdasarkan trafik yang diterima sepanjang bulan Julai 2013. Kepada yang belum ada akaun Google Analytics tak susah nak join hanya perlukan akaun Gmail sahaja untuk mendaftar. Selain Google Analytics anda juga boleh menggunakan tools yang lain seperti Clicky dan lain-lain yang boleh dicadangkan di ruang komen.

Cerita pasal semak trafik blog aku kurang setuju dengan komen Eddie di entri “Buat duit dengan blog hanya dari iklan

selitkan iklan N sebab dia ada analitic…so sambil2 je la…dah 3 tahun pakai…dah banyak kali status gelihati tu kena tarik lepas kasi balik…kini still pakai N.

Pendapat aku kalau hanya tampal N untuk tengok statistik blog agak kurang tepat kerana code N agak memberatkan kelajuan sesebuah blog. Kalau setakat nak semak statistik blog ada banyak tools lain yang kita boleh pasang tanpa menjejaskan kelajuan sesebuah blog. Kepada Rakan Blogger yang mememang buat duit dengan N tak apa sebab walaupun blog agak berat sikit tapi DUIT MASYUKKK.

Jom buat entri baru kongsikan top 10 entri popular blog anda untuk bulan Julai 2013.


Spread the love

49 Comments

  1. Dah lama tak pakai N..sebabnya masa tu dapat motivasi dari rakan blogger..selepas saya mengadu susah nak dapat komisen dari iklan N.. dia tanya balik..letakkan iklan N untuk apa? Kalau setakat nak tunggu komisen masuk dan tak buat cara untuk komisen tu masuk baik tak payah..sampai ke hari ni langsung tak masukkan iklan N dalam blog Pondok Kecil..haha
    Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari RayaMy Profile

  2. Memang entri-entri lama yang berkenaan dengan waktu atau pun keadaan tertentu akan bisa memberikan trafik lebih.
    Perlu disimak dan diperhatikan akan ilmu baru ini
    Curahan rasa Ferry @ ..Puasa SyawalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!