Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jika kita sebut mengenai Google Webmaster Tools, pasti ramai yang telah mengenali alat ini dan telah menggunakannya untuk sekian ketika. Sejak kebelakangan ini Google telah memperkenalkan beberapa sistem yang menyebabkan trafik organik bukan sahaja blog juga website menurun secara drastik. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada Google sedangkan banyak lagi platform search engine lain yang boleh dijadikan tapak untuk membina trafik blog antaranya Bing Webmaster.
Namun masih ramai yang tidak menggunakan Bing Webmaster Tools. Artikel kali ini akan berkongsikan bagaimana untuk mendaftarkan blog anda dengan Bing Webmaster Tools.
Sekiranya anda belum mempunyai akaun bersama microsoft, anda boleh sign up akaun percuma dengan mereka. Setelah anda sign in ke ruangan bing webmaster, paparan untuk menambah laman ke bing webmaster akan kelihatan pada awal halaman tersebut.
Anda hanya perlu taip url blog atau laman sesawang anda kemudian tekan butang add site.
Selepas itu, anda perlu mengisi sedikit maklumat laman anda seperti kedudukan sitemap.xml anda dan juga waktu bila jumlah trafik anda paling banyak setiap hari. Anda boleh lihat contoh setting dalam gambar di bawah. Kemudian klik butang ADD.
Selepas itu, anda perlu melakukan proses verifikasi untuk laman anda. Ada tiga pilihan verifikasi yang disediakan.
- Dengan memuat naik fail verifikasi yang disediakan oleh pihak Bing Webmaster Tools
- Dengan menambah kod meta verifikasi bing webmaster tools dalam template anda (teknik yang sesuai digunakan oleh pengguna blogspot).
- Dengan menambah CNAME dalam setting domain anda
Anda boleh memilih mana-mana proses verifikasi yang paling mudah untuk anda. Kemudian klik butang VERIFY
Setelah selesai proses verifikasi, anda akan dibawa ke Dashboard Bing Webmaster Tools. Anda boleh mula menggunakan tools ini untuk merancang, menilai dan menambah baik blog anda untuk apa jua tujuan yang ingin dicapai.
Selamat mencuba.
Semuanya perlukan ilmu kalau tak ….. pasti akan sesat ditengah kerancakan dunia siber. Kepada yang berminat nak mencari ilmu sila daftar kelas junior dan master buat blog di Akademi Denaihati (sila klik daftar untuk memilih tarikh yang sesuai dengan anda).
115 Comments
Assalamualaikum,
Baru tadi siang memikirkan Om Bing ini, tanpa sengaja malamnya nemu artikel ini. Ayo kita lakukan……
terima kasih sudah berbagi tehnik mendaftar di bing webmaster tool, mudah mudahan bisa menambah wawasan saya.
ternyata seperti itu caranya, dengan terdaftar di Bing berarti blog saya bisa di index di yahoo kan?
terbaik.. itu baru langkah2 permulaan, belum cara nak guna webmaster tool tuh.
Saya juga pernah daftar bing webmaster tool ini. terima kasih perkongsian ini
Curahan rasa faizal @ ..Mantan MB Kedah Tan Sri Azizan Abd Razak Meninggal Dunia.
ya saya pernah buat benda ini..pertama kali banyak guna masa..kalau dah pandai sekejap sahaja.
jangan lupa untuk baca entri terkini saya di [SINI]
saya sudah ngga pakai bing lagi lebih cenderung di google webmaster
Curahan rasa cara diet aman @ ..Tips Mengobati Diabetes
lama jg dh guna bing ni, cuma jarang masuk ke sana je 🙂
Curahan rasa AUC @ ..Jadual dan Keputusan Penuh Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2013
tutorial yg sgt berguna. terima kasih diatas perkongsian~
setiap blog wajib di daftarkan di webmaster tool teurtama bing dan google ya
terima kasih untuk semua tutorial diatas
Curahan rasa Rina @ ..PHP Script To Detect And Show IP Address Lookup
Terima kasih atas info ini
Curahan rasa hafiz @ ..Johor Darul Takzim vs PKNS FC
Terima kasih kerana berkongsi ilmu kepada semua…
Curahan rasa IniKalilah @ ..BONGKAR!!! Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat [MESTI BACA…]
Terima kasih sudah berbagi ilmunya, semoga bisa menambah pengetahuan kita mengenai Webmaster Tool ini, kalo saya masih coba belajar Google Web Master kawan.
Curahan rasa Syaifurrahman @ ..Cara Mengoperasikan Komputer Yang Baik dan Benar
Lebih kurang sama jer dgn Google Webmaster. Cuma payah sikit nak paham cara optimize utk Bing. Dah lah tu, dah cantik kat Bing, turun pangkat lak kat Google he he..
Curahan rasa Ismail N @ ..Review of Vikingdom – The Blood Eclipse
Wuih keren nih templatenya mas, ringan lagi. Boleh tau gak dapet dimana mas?
Curahan rasa Nfx Gaul @ ..Nama-nama Asli Artis Indonesia
Comments are closed.