Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jika kita sebut mengenai Google Webmaster Tools, pasti ramai yang telah mengenali alat ini dan telah menggunakannya untuk sekian ketika. Sejak kebelakangan ini Google telah memperkenalkan beberapa sistem yang menyebabkan trafik organik bukan sahaja blog juga website menurun secara drastik. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada Google sedangkan banyak lagi platform search engine lain yang boleh dijadikan tapak untuk membina trafik blog antaranya Bing Webmaster.
Namun masih ramai yang tidak menggunakan Bing Webmaster Tools. Artikel kali ini akan berkongsikan bagaimana untuk mendaftarkan blog anda dengan Bing Webmaster Tools.
Sekiranya anda belum mempunyai akaun bersama microsoft, anda boleh sign up akaun percuma dengan mereka. Setelah anda sign in ke ruangan bing webmaster, paparan untuk menambah laman ke bing webmaster akan kelihatan pada awal halaman tersebut.
Anda hanya perlu taip url blog atau laman sesawang anda kemudian tekan butang add site.
Selepas itu, anda perlu mengisi sedikit maklumat laman anda seperti kedudukan sitemap.xml anda dan juga waktu bila jumlah trafik anda paling banyak setiap hari. Anda boleh lihat contoh setting dalam gambar di bawah. Kemudian klik butang ADD.
Selepas itu, anda perlu melakukan proses verifikasi untuk laman anda. Ada tiga pilihan verifikasi yang disediakan.
- Dengan memuat naik fail verifikasi yang disediakan oleh pihak Bing Webmaster Tools
- Dengan menambah kod meta verifikasi bing webmaster tools dalam template anda (teknik yang sesuai digunakan oleh pengguna blogspot).
- Dengan menambah CNAME dalam setting domain anda
Anda boleh memilih mana-mana proses verifikasi yang paling mudah untuk anda. Kemudian klik butang VERIFY
Setelah selesai proses verifikasi, anda akan dibawa ke Dashboard Bing Webmaster Tools. Anda boleh mula menggunakan tools ini untuk merancang, menilai dan menambah baik blog anda untuk apa jua tujuan yang ingin dicapai.
Selamat mencuba.
Semuanya perlukan ilmu kalau tak ….. pasti akan sesat ditengah kerancakan dunia siber. Kepada yang berminat nak mencari ilmu sila daftar kelas junior dan master buat blog di Akademi Denaihati (sila klik daftar untuk memilih tarikh yang sesuai dengan anda).
115 Comments
Terima kasih di atas perkongsian info. Lepas ni bolehlah saya berjinak-jinak dengan bing web master pula.
Curahan rasa anuar @ ..Alexa Rank Terbaik Blog Coretan Anuar?
dah buat masa mula2 lagi alhamdulillah ada jugak trafik dari bing ini
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Selamat Bekerja Kembali
okeh nanti den nak cuba daftar la…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Menangi Ray Ban Aviator Solid Gold bernilai RM14,000.00…!!!
baik2 ni, barulah boleh jumpa kalau cari kat bing/yahoo.
Curahan rasa encikarman @ ..Cara back up dan restore template blogger dengan senang
Tidak di nafikan, Bing Webmaster telah menjana trafik yang baik untuk blog saya walaupun ianya tidak sehebat google. Sesetengah entri dirating baik oleh google tapi tidak oleh Yahoo dan Bing. Mungkin penilaian berbeza di gunakan oleh enjin carian.
Bagi yang belum dartar, lakukannya sekarang utk peningkatan trafik anda!
Curahan rasa Bin Muhammad @ ..Ketenangan Bersama Alam Semulajadi
Sesuatu yang baru, harus segera di coba, apalagi ini penting untuk kesehatan blog, trims telah share artikel yang sangat bermanfaat ini.
Curahan rasa EDI – aura ide @ ..Remaja Berprestasi Ibrahim Handoko dan Tiga Dewi Muri
dulu dah buat, tapi skrg lupa email dan password dia, tu yg x tau nak buat mcm mana tuh
Curahan rasa Juan @ ..Cara Menarik Trafik ke Blog Baru
bro boleh daftar email baru, dan reverify domain guna akaun yang baru tu.
Curahan rasa Eizil @ ..Berapa sanggup anda keluarkan?
Alhamdulillah…blog dawaihati sejak awal telah saya daftarkan ke bing webmaster
Nak kena hantar borang permohonan kat Bing ni..ehehe
bagus juga daftar dengan bing webmaster.. ada juga beberapa entry yang di klik dari bing.. terbaik!!!
Curahan rasa KiD @ ..Menyahut Cabaran 30 Hari Ephyra
bagus2..dapat tambah ilmu lagi hari ni..nak buat terus ikut tutorial ni
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Siapakah Budak Lelaki Yang Hebat Ini?
Sudah lama pasang. Sekarang ini pengguna Yahoo Webmaster sudah migrate ke Google Bing Webmaster tahun lepas. Cuma kurang faham kenapa sitemap automatik crawl.
Curahan rasa akubiomed @ ..Masihkah ada buah durian untukku.
sangat menarik.. tapi dh guna google webmaster. sama je kan
Curahan rasa Carlos Santiago @ ..BAN Gossip – Amy Search Muflis a.k.a Bankrup ?
Google webmaster utk crawl google manakala bing webmaster utk crawl di yahoo dan bing … jadi sama tapi tak serupa … Kalau nak blog kita lebih dikenal di bing dan yahoo kenalal daftar dan monitor juga.
bro tutorial untuk submit ke yahoo tak ada ke?
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Takdir Lelaki Ini
yahoo webmaster dah digantikan dengan bing webmaster tools… usahasama antara dua syarikat tersebut.
Curahan rasa Eizil @ ..Usah harapkan orang lain membuka jalan
Tak pernah guna lagi Bing Webmaster ni..boleh la cuba lepas ni..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Komisen Ke Duapuluh Satu Dari Program Job Di Rumah
terima kasih atas perkongsian ni.. sebelum ni dengan google dan yahoo dah buat.. bing ni macam tak buat lagi.. leh buatlah lepas ni..
Curahan rasa myvitrd @ ..Dulu-dulu Kami Menderita Sekarang Alhamdulilah
Comments are closed.