Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kontroversi Pemilik Kapal Equanimity”.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Melayu adalah bangsa yang unik sudah lahir sejak beribu tahun dahulu. Melayu adalah bangsa yang mengusai Nusantara sehingga tempat tinggalnya digelar Semenanjung Tanah Melayu. Ada yang kata bangsa Melayu lahir daripada isteri ketiga Nabi Ibrahim yang telah menghilangkan diri ke timur jauh untuk lari dari pertelingkahan antara puak beribu tahun dahulu. Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang atau lebih dikenali sebagai Tongkat Warrant yelah mengarang sajak bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh” adalah satu catatan Bangsa Melayu yang dikatakan satu Bangsa yang hilang sehingga kini masih tidak jelas susur galurnya walaupun berbagai kajian telah dibuat.
Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat tetapi Tun Mahathir kata inilah kesilapan orang Melayu sehingga kita jadi lemah.
1. Orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain
2. Orang Melayu tidak ambil berat tanggungjawab
3. Orang Melayu kurang meneliti sebelum buat keputusan dan bertindak
4. Orang Melayu kurang kuasai ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk buat keputusan
5. Orang Melayu lebih suka serah kerja kepada orang lain
6. Orang Melayu cepat menuntut hak. Mahu gaji tinggi tetapi kerap bawa M.C. apabila tidak hadir bekerja
“Tanpa izin saya berani mendakwa kita malas. Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Hari ini kita dapati ramai orang asing datang bekerja di negara kita. Kenapa? Kerana kita tidak sanggup bekerja. Pergilah ke tempat kerja dan kita tidak akan bertemu dengan pekerja kita.Ya, memang kerja itu berat. Mungkin kotor dan berbahaya. Kita cuma cari kerja yang ringan, dikilang berhawa dingin. Tetapi disitu pun daya keluaran atau produktiviti kita rendah” – Tun Dr Mahathir Mohamad
BERAMANAH
7. Orang Melayu mudah memungkiri janji
8. Orang Melayu tidak segan untuk mengambil barangan atau duit yang bukan milik kita
9. Orang Melayu berat membayar balik hutang
“Walau apapun alasan yang diberi, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka bagi pinjaman kepada kita. Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk meminjam modal. Maka marahlah kita kepada bank. Janganlah aniaya kita kerana orang lain yang lokek. Tetapi kita sudah terkenal sebagai bangsa yang lokek. Maka terpalitlah juga kita kerana bangsa kita tidak dipercayai” – Tun Dr Mahathir Mohamad
BERPERASAAN MALU
10. Orang Melayu tidak ada rasa malu kalau tidak bayar hutang
11. Orang Melayu tidak ada rasa malu dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak beramanah
12. Orang Melayu tidak ada rasa malu sekiranya gagal menjayakan tugas
13. Orang Melayu tidak peduli kualiti sesuatu produk dihasilkan
“Budaya, nilai hidup, sifat yang baik dikatakan baik kerana ia baik bagi kita. Kita akan berjaya jika kita miliki dan amal nilai-nilai yang baik. Terdapat banyak nilai hidup yang baik. Tetapi saya sebut disini hanya tiga sahaja. Iaitu rajin, beramanah dan berperasaan malu. Dengan tiga ini sahaja pun kita boleh berjaya, kita boleh bersaing dengan orang lain dan menang dalam persaingan kita. Cubalah.” – Tun Dr Mahathir Mohamad
Benarkah Melayu lemah? atau ada gerakkan yang segaja menjadikan Melayu lemah. Atau mungkin pemimpin terdahulu bencikan Melayu dan memimpin Melayu menjadikan lemah? Perancangan memusnahkan Melayu adalah agenda dunia.
Anak jadi baik atau buruk dari didikan ayah dan ibu. Bangsa juga begitu kalau disalah didik, disalah pimpin maka buruklah jadinya.
Ramai Melayu hebat yang berkhidmat serata dunia tetapi tidak didendangkan kerana mereka bukan orang politik.
Kita pilihlah samada kita ingin menjadi Melayu yg hebat atau Melayu yg lemah, semua ditangan kita sendiri jangan biarkan politik menodai.
Selagi ada Islam di dunia ini selagi itulah akan ada Bangsa Melayu.
35 Comments
Sekarang ni bila kita dgr kisah pecah amanah si pelaku nya mesti melayu. Mana la nak letak muka
Betl ke melayu ni lemah atau sja buat buat lemah sbb nak minta bantuan? Mungkin dh ada dlm darah kita
Sebenarnya tun m ni banyak pengalaman. Maklumlah. Umur dah hampir 100 tahun beliau dh lalui mcm mcm
Saya percaya, nukilan daripada Tun M tidaklah kena kepada semua orang Melayu. Ada juga orang Melayu yang betul-betul cemerlang dan langsung tidak sama seperti yang didakwa..apa-apa pun jadikan ini sebagai satu cabaran
Betul tu. Tak semua melayu mcm tu. Ada juga yg berdisplin dan amanah.
Semoga nasihat daripada Tun Mahathir ini akan dapat memberi kesedaran kepada kita orang Melayu.. kalau nasihat perdana Menteri pun kita tak nak dengar, nasihat siapa lagi yang kita nak dengar..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Dia mmg layak bagi nasihat. Macam macam dah dia lalui. Tgk la umur dia
nombor lapan tu memang ciri ciri orang melayu. haha. lagi satu, melayu sgt takut dnegan bangsa lain. rasa tercabar.
Ada betulnya juga apa yang Tun M cakap tu. Kadang Melayu ni bila dah diatas, dia mudah lupa dari mana asal usulnya
Melayu lupa, India lupa, Cina lupa dan kaum lain pun lupa.
Akan datang mungkin Bangla mudah lupa.
ya, melayu ni bila dah kaya sikit mula lupa daratan. ketika senang, mereka suka menunjuk nunjuk. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
tak semua macam tu…mungkin rezeki korang berjumpa dengan Melayu yg macam tu
Ada betul, ada yang tak..tak boleh pukul sama rata semuanya..setiap individu berbangsa melayu perlu jadikan ini sebagai 1 cabaran
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
Biasa nya bila susah, tetiba jd senang. Mula lah riak dan nak menunjuk
Dulu masa di sekolah cikgu pernah terangkan asal usul perkata ‘layu’ dalam Melayu itu. Mungkin dogeng atau lawak sahaja, tapi sedikit sebanyak intipatinya macam itulah,
melepaskan peluang, kurang bersaing, kuat berhutang, dan lain-lain lagi.
Curahan rasa Azwan @ ..7 Langkah Bebas Hutang (Kaedah Dave Ramsey)
Nama layu pun dah negatif, tapi nama Melayu berasal dari kata Malai, iaitu malaikat menurut pedagang-pedagang Arab.
tapi bila diomputehkan, ia jadi Malay.. hehe dah takde maksud negatif kat situ :-p
Kedua dua mitos ni pernahbsy dengar. Tapi x tahu yg mana satu betul
Betul apa yg Tun cakap tu sebenarnya. Cuma mungkin orang kitaa yang susah nak terima.
Jadikan ini satu cabaran daripada orang yang banyak pengalaman. Ubah diri, tingkatkan kualiti diri.
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Nombor 6 tu slalu sgt jumpa. Kerja tai seberapa tapi bila mintak cuti laju je.
Tun Mahathir dah lama tegur dalam masalah ini. Senarai 13 kesilapan orang Melayu yang paling ketara adalah bab hutang. Tiada rasa malu untuk berhutang dan langsung tak malu untuk lambat/ buat-buat lupa bayar hutang. Walaupun bukan semua Melayu seperti itu, tapi kebanyakan telah sedia maklum.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa Ameer
Ya. Dari bliau jdi perdana menteri hinga lah jadi perdana menteri semula… Sikap melayu tak pernah berubah
Dari jadi PM dulu tun selalu tegur. Sekarang ni dh jadi PM balik dia kena tegur semula. Hehe
Elok juga Tun Mahathir ingatkan 13 hal ini, kalau tak nanti Melayu mudah lupa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
Semua bangsa ada kelemahan masing-masing. Tetapi mereka tidak jadikan kelemahan itu satu halangan untuk memajukan diri.
Bangsa yang mahu membaiki kesilapan dan mahu maju ke hadapan mesti memperkasakan ilmu dan adab.
Curahan rasa McYanni @ ..Rujukan Khas Ujian Psikometrik SPA
Baca komen ni lah baru cerdik..kdg2 tak faham gak, sebabkan satu Melayu, habis yg lain kena tempiasnya..padahal yg komen tu pun Melayu yg biasa2 gak..heheh
Curahan rasa JMR @ ..Penyakit Ekzema Boleh Dirawat Atau Dicegah Dengan Kaedah Betul.
Orang bukan Melayu pun ada kesilapan tersebut..
cuma tidak fokus kepada kelemahan…sebaliknya fokus untuk memperbaiki kesilapan tersebut sehingga menghasilkan kejayaan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Jatuh Merudum Akibat Tiada Awek
Dalam pada banyaknya silap orang Melayu, pejuang agama yakin Bangsa Melayu akan membina Tamadun Islam akhir zaman.
Beratus tahun Melayu mahu diubah agama dan pemikiran mereka, Melayu tetap bertahan. Betul Melayu sekarang ‘lemah’ tetapi sifat ‘bertahan’ mereka kekal kuat! Bangsa Melayu bukan berada di ‘hujung usia’, Masih jauh perjalanan dan masih ada masa untuk berubah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Mulakan Bisnes Bakery Dari Rumah Dan Jana Pendapatan Tambahan RM200-RM1000 Sebulan!
Comments are closed.