Assalaumualaikum dan salam sejahtera.
Malaysia #QuranHour 1439H diadakan serentak di seluruh tanah air dan di luar negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 61. Terdapat sebanyak 1,393 lokasi di dalam negara, manakala 18 lokasi dari 16 negara luar berdaftar untuk menganjurkan #QuranHour.
Aktiviti berinteraksi dengan Al Quran melalui baca, faham dan amal ini julung kalinya diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 Ogos 2018 yang lalu bermula jam 10.30 pagi hingga 1 petang.
Malaysia #QuranHour kali keempat in bertemakan “9 Budaya Membina Tamadun” yang diambil daripada surah An Naml. Surah tersebut menjadi kesinambungan penghayatan surah Al Hujurat bagi World #QuranHour pada 7 Jun yang lalu, iaitu dari sebuah pemupukan sahsiah diri dan etika sosial.
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan. (An-Naml 27:14)
Sesi tadabbur Surah An-Naml memfokuskan pembinaan tamadun Malaysia melalui pembentukan kerangka fikir dan tindakan golongan pemimpin dan masyarakat berbilang kaum. Kesemua ini harus berpandukan Al Quran selaras dengan prinsip Rukun Negara dan #SayangiMalaysiaku .
Ayat 15 hingga 44 dalam surah An-Naml mengetengahkan kaedah membangun tamadun dalam membina sistem pentadbiran sesebuah negara, komuniti, organisasi dan negara. Melalui sesi tadabbur surah tersebut diharapkan golongan ibu bapa dan pemimpin di pelbagai peringkat lebih serius membina negara berasaskan budaya tamadun yang tinggi.
Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya). (An-Naml 27:52)
Sebagai orang Islam, perlu menjadikan Al Quran sebagai panduan dan mempunyai budaya unggul dari segi amalan berbanding komuniti lain. Dengan menerapkan nilai-nilai mulia Al Quran, merdeka yang dimaksudkn adalah membebaskan penghambaan daripada manusia kepada Allah SWT.
Antara intipati lain dalam surah An-Naml adalah mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pembentukan generasi pelapis, mengoptimumkan potensiri diri dan sumber, tadbir urus yang baik, latihan dan syukur sebagai motivasi, disiplin dan ketegasan, mempunyai visi dan misi, tepat dalam membuat keputusan, dan bermesyuarat untuk menegakkan kebenaran.
Acara Malaysia #QuranHour 1439H dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah oleh Mufti Selangor, Sahibus Samahah Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, dan surah Al Baqarah ayat 1 hingga 5 oleh Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik.
Ia diikuti Solidariti Quran untuk memberi peluang setiap orang untuk membaca Al-Quran dalam bentuk halaqah selama 5 minit. Sesi berinteraksi dengan Al Quran melalui tadabbur dan tazakkur daripada surah An-Naml merupakan kemuncak aktiviti Malaysia #QuranHour untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia bagi mengukuhkan negara dengan nilai-nilai murni daripada Al Quran.
Bacaan surah An-Naml diperdenganrkan oleh pembaca panji surah An-Naml dengan diselangselikan sesi tadabbur. Pembawa panji surah An-Naml ialah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ustaz Abdul Karim AlMakki, Tahfiz Muda Haris, dan ketua Pegawai Al-Ammar Resources Sdn Bhd, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)
Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci
Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.
Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran.
(Surah AN-Naml ; 54-58)
Pentadabbur surah An-Naml adalah Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Badli Shah Alaudin; dan Pengerusi Persatuan Insitusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS), PU Hafiz Haneefa. Program Malaysia #QuranHour diakhiri dengan bacaan ikrar dan doa.
Malaysia #QuranHour 1439H dinaungi oleh JAKIM dan dianjurkan oleh Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Rumah Ngaji, Majlis Dakwah Negara, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd dan Takaful Ikhlas Berhad.
Tamadun akan hancur kerana tidak endah peringatan
Tamadun akan musnah bila abaikan peringatan
Tamadun hancur apabila dipenuhi keji.
Firaun, Kaum Tsamud, dan kaum Lut dimusnahkan.
Ingatan buat kita semua agar tidak lupa dan leka di akhir zaman. Jadikan Al Quran dan Sunnah sebagai pegangan. Selamatkan keluarga kita daripada fitnah akhir zaman al Masih ad Dajjal.
19 Comments
Bagus program Quran Hour, ia bagai mengangkat kembali tempat letaknya yang sebenar. Moga makin ramai yang buka hati nak baca Al Quran.
Curahan rasa Suriya Majid @ ..Teknik Close Sale, Tangani Bantahan Harga
Kalau boleh jadikan hobi. Set kan beberapa mnit dalam setiap hari. Mesti banyak kali kita khatam dlm setahun
Bagus duduk bersama dalam program macam ni. Boleh buka mata hati masyarakat supaya cintakan alquran.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Cyst Semasa Hamil. Adakah Ia Boleh Memudaratkan Bayi?
Duduk bersama sama dengan orang orang soleh boleh bantu kita semai kecintaan terhadap al quran dengan lebih mudah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Berdmping juga dengan ilmuan ilmuan agama. Org ckp kalau dekat dgn org macam ni kita juga akan jd spt mereka
Ya. Tp anak anak muda sekarang ni jarang yg minat. Ada tapi tak bnyak la kan
Assalamualaikum..lama tak ke blog ini…
Antara program yang bagus setakat ini
Semoga Malaysia Quran Hour diteruskan
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sinopsis Hantu Kak Limah
Takut bila baca terjemahan Surah An Nahl . Dengan masalah LGBT yang makin menjadi jadi sekarang takut bala Allah turunkan di Malaysia pula.
Curahan rasa Rahimah Majid @ ..Customer Merayu Tolonglah Jual Topi Musim Sejuk Tu Pada Saya
Dulu Allah SWT bagi balasan tunai, sekarang pun tak mustahil dapat hukuman yang sama macam kaum terdahulu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
golongan LGBT perlu dekat dgn agama. Kita yg straight ni patut bersyukur krn tidak dilahirkan dgn naluri mcm tu.
Alhamdulillah semoga program ini akan memberi manfaat kepasa semua rakyat Malaysia amnya
Curahan rasa zool @ ..Perarakan Hari Merdeka 2018
Harap harapnya mcm tu la. Semga event mcm ni akan terus mendapat sambutan hangat
program yang sangat bagus dan bermanfaat mudah2an slalu di beri kelancaran dan konsinten..
Harap program mcm ni akan trrus di laksanakan dn sntiasa mndpt sambutaan dri setiap golongan
Alquran sudah sepatutnya menjadi pedoman bagi umat muslim di seluruh dunia…
Smoga kegiatannya sukses tanpa ada halangan..
Al-Quran merupakan kalamullah yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Program QuranOur 2018 terus mendapat sambutan antaranya dengan kupasan sejarah tamadun dunia yang dibawakan.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa Ameer
Program yang bagus patut diteruskan sampai bila-bila. Teruskan kempen program ini hingga menjadi program dunia seperti program Earth Hour. Tidak mustahil jika ada kesungguhan.
Lagi satu program ini rasanya belum dicatat dalam Wikipedia, patut penganjur program ada masukkannya di situ.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Percuma Cara Buat Roti Goreng… Hanya Dalam Masa Terhad!
bagus juga idea tu kan. Boleh masuk wikipedia dan menjadi rujukan seluruh dunia.
Curahan rasa KiD @ ..GoSawit Inovasi terkini pilihan ramai
Semoga usaha Malaysia Quran Hour ini boleh diteruskan dengan konsisten hingga bila bila.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Comments are closed.