DS Najib Razak dedah dokumen sulit duit dari Raja Saudi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Tun Mahathir senaraikan 13 kesilapan Orang Melayu”. Isu panas Malaysia sejak beberapa tahun lepas adalah duit RM2.6 billion, DS Najib kata duit hadiah dari Raja Saudi, Tun M kata itu duit yang dicuri dari 1MDB. Malam 1 Muharram 1140H DS Najib Razak telah mendedahkan dokumen sulit dari Raja Saudi sebahagian daripada duit RM2.6 billion. Jom kita baca pendedahan tersebut.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah – kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja Abdullah pada 2010 di mana baginda turut meminta agar ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan.

Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi.

Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan.

Saya kemudian dapati jumlah pembiayaan yang dijanjikan untuk beberapa tahun itu adalah lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring.

Memandangkan saya bukan lagi Perdana Menteri dan Raja Abdullah telah mangkat (Al-Fatihah), saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian besar darinya. Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama.

Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis kepada saya, memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan US$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi tahun 2011.

Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi tahun 2011 menunjukkan yang US$20 juta dipindahkan daripada akaun Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud dan US$80 juta dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya.

Sebahagian besar dana yang saya terima digunakan bagi tujuan politik BN. Sebagai contoh, saya telah berikan dana ini kepada UMNO Johor bagi membeli beberapa van. Malangnya, kerajaan PH baru-baru ini telah menyita van-van ini.

Surat bertarikh 1 Februari 2011 ini adalah surat pertama daripada beberapa surat daripada putera yang sama dihantar kepada saya bersama sumbangan tahun-tahun kemudian.

Salinan surat-surat ini turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun saya di Ambank bagi tempoh beberapa tahun. Sama ada BNM mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap sumbangan ini, kerana ia turut dilampirkan dengan surat pengesahan.

Sebab itu, Kementerian Luar Arab Saudi sudah dua kali mengesahkan secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya tanpa sebarang syarat terhadapnya.

Kira-kira dua bulan lalu, Tun Mahathir kecewa apabila Arab Saudi enggan menafikan bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan kepada saya.

Sebulan kemudian, kerajaan PH menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur.

Pada status FB akan datang atau melalui temuramah dengan media di mana saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci sambil menunjukkan bukti, saya juga akan menjelaskan mengenai sumbangan yang saya terima bagi tahun-tahun selepas 2011 – termasuk isu RM2.6 billion.

Sumber : FB page DS Najib Razak

30 Comments

    1. betul tu bro..tapi tu la, sebab kes dalam perbicaraan lagi, masih dalam siastan..harap2 cepat diselesaikan, rakyat nak tahu je betul ke idak sajo

  1. Betul atau salah hanya Allah yang tahu.. semoga mendapat pengadilan sewajarnya daripada pihak berkuasa..moga yang bersalah juga menyesali perbuatan dan bertaubat

  2. Mengambil sikap Tawakuf (berdiam diri). Tidak mahu mengulas sangat kerana zaman ini adalah zaman fitnah!

    Biar orang politik ‘berperang’ sesama mereka. Kita rakyat bawahan ini.. buat kerja untuk kehidupn kita. Hanya mampu berdoa agar Malaysia bertambah baik di masa akan datang. Politik rakyat biasa adalah sewaktu mengundi pilihanraya sahaja.

    1. Ye, rakyat sedang menantu keputusan seterusnya. Pendakwaan pun dah banyak dilakuakn. Namun keputusan masih tertangguh

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!