Tragedi serangan bom hotel dan gereja Sri Lanka, 207 orang terkorban

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lagi serangan bom berlaku. Kali ini di Sri Lanka. Perdana Menteri Sri Lanka mengecam tindakan serangan yang dibuat sehingga mengorbankan ratusan nyawa di Colombo.

Menerusi Twitter, Ranil Wickremesinghe meminta semua rakyat Sri Lanka untuk kekal bersatu-padu dan kuat dalam menghadapi situasi cemas ini.

Angka kematian dalam lapan siri letupan di Sri Lanka hari ini meningkat kepada 207 orang manakala 450 cedera, kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekera.

Tiga orang sudah ditahan berhubung serangan yang mensasarkan hotel mewah di ibu negara selain gereja di mana penganut Kristian sedang menyambut perayaan Easter.

Setakat ini, serangan yang membabitkan tiga gereja dan empat hotel telah menyebabkan lebih 400 cedera dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Sri Lanka berada dalam keadaan aman sejak 2009 selepas perang saudara membabitkan pemberontak Tamil.

Tiga letupan berlaku di gereja Katolik manakala tiga lagi terjadi di Hotel Cinnamon Grand, Kingsbury dan Shangri-La. Malaysia mengutuk serangan itu dan berharap pihak yang bertanggungjawab melakukannya dihadapkan ke muka pengadilan.

Setakat pukul 1.30 petang waktu Malaysia, tiada rakyat Malaysia dilaporkan dalam senarai mereka yang terkorban.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa insiden berkenaan daripada media serta pihak berkuasa tempatan.


Spread the love

5 Comments

  1. Ramai juga yang terkorban dalam kejadian ini. Moga ia tidak dikaitkan dengan umat Islam. Islam sekeras-kerasnya menentang keganasan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!