Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perlawanan yang dinanti oleh peminat bola sepak Malaysia dan Indonesia final bola sepak Sea Games 2011 Harimau Muda vs Garuda Muda. Pertembongan kedua Malaysia vs Indonesia akan berlansung di Stadium Gelora Bong Karno tepat pada jam 8.00pm, 21/11/2011. Team Garuda Muda pasti akan membalas dendam setelah tewas 0 – 1 dipusingan kumpulan. Tugas team Malaysia untuk mempertahankan pingat emas bukanlah mudah kerana Harimau Muda bukan sahaja menentang 11 permain Indonesia tetapi juga akan bertarung dengan puluhan ribu penyokong Merah Putih.

Perlawanan live Indonesia vs Malaysia boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV1 atau boleh juga live streaming Indonesia vs Malaysia melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Indonesia atau online live streaming @ RTM live.

Rekod 2 pertemuan terakhir bola sepak Sea Games berpihak kepada Malaysia tetapi rekod tidak menjamin kecemerlangan sesebuah pasukan.

SEA Games 1991: Indonesia 2-0 Malaysia
SEA Games 1995: Indonesia 3-0 Malaysia
SEA Games 1997: Indonesia 4-0 Malaysia
SEA Games 1999: Malaysia 0-6 Indonesia
SEA Games 2001: Malaysia 2-1 Indonesia
SEA Games 2005: Indonesia 0-1 Malaysia

Barisan pemain Malaysia yang jangkakan akan beraksi pada final Sea Games 2011 : Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ahmad Mohomad Muslim, Othman Mohamd Fandi, Bakhtiar Baddrol, Mansor Muhd Nazmi Faiz, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris.

Seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah mengharapkan team Malaysia dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos. Tak apalah kalau Malaysia tidak menjadi juara keseluruhan Sea Games 2011 janji Malaysia juara bola sepak. Kejuaraan team bola sepak Malaysia ibarat Malaysia sudah menang keseluruhan Sea Games 2011.

Keputusan Final Malaysia vs Indonesia : 1 – 1

Tahniah Harimau Muda menang 4 – 3 penalti setelah tamat masa tambahan. Tahniah juga kepada team Garuda Muda masa depan yang cerah utk team senior kedua negara.

Perlawanan penentuan pingat gangsa Myanmar vs Vietnam : 4 – 1

Terkini : Penyokong Indonesia merusuh tak dapat beli tiket.
Sumber gambar rusuhan bola di Stadium Bong Karno Indonesia : Thestar.com.my

Video Final Malaysia vs Indonesia Sea Games 2011 :

Berita terkini kontijen Sea Games 2011 Malaysia dan jumlah kutipan pingat Malaysia Sea Games 2011 @ Sea Games Ke 26 Indonesia.

MALAYSIA BOLEH!


Spread the love

163 Comments

  1. salam kepada semua muslimin dan muslimat. dan salam ukwah juga salam 1malaysia pembuka bicara saya pada pagi ini. jika dilihat dari gambar2 diatas juga laporan dari media2 di indonesia. perilaku dan sikapnya supporter indonesia yang keterlaluan ini sama sekali tidak mencerminkan mereka adalah bangsa yang punya banyak kebudayaan. walhal mereka itu adalah orang timur. orang timur amat terkenal dengan kesopanan dan kesusilaannya. apakah kalian ini tidak didik melalui kebudayaan timuran yang kalian miliki untuk membentuk seoarng insan dan bangsa yang bersahsiah tinggi? benar2 memalukan.mereka melaungkan kata suppotive namun entah lah.sejauhmana mereka mengerti dan memahami kata itu sendiri kayaknya tidak terlihat melaui perbuatan mereka. renung2kan lah wahai WNI.

  2. salam buat semua muslimin dan muslimat yang ada disini. dan salam 1malaysia pembuka bicara.sekalung tahniah saya ucapkan kepada skuad harimau muda under 23 dibawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee. syukur ke hadrat Ilahi diatas bantuanNya malaysia sekali lagi berjaya mempertahankan gelaran juara yang dirangkul pada arena sukan sea pada tahuan 2009. dan dari itu ibu segala pingat itu berjaya dibawa pulang ke malaysia. pada hakikatnya, perlawanan bola sepak di sukan sea kali ini buat negara kita bukanlah hanya atas lantaran sukan.namun dilihat lebih dari itu. ini adalah kerana, ama jelas provokasi murahan yang dibuat oleh penyokong-penyokong tuan rumah kepada skuad harimau muda kita . bukan hanya mereka digannggu, malah lagu kebangsaan malaysia juga turut tidak dihina2. mereka di booo malah amat jelas pada pertemuan pertama bagi perlawanan di dalam group, supporter indonesia melaungkang kata-kata “maling….maling”. justeru itu, dengan kemenangan kita ketas pasukan tuan rumah, setidak2nya nama baik, maruah juga kedaulatan negara berjaya di tegakan di stadium utama gelora bung karno di hadapan 100 ribu supporter fanatik dan provokator tuan rumah.

    jika ada sahabat kita dari indonesia sini.bisakah saya bertanya kepada anda, apakah ada tatkala di ajang AFF lef 1 pada tahun lalu, supporter ,wartawan juga timnas garuda di ejek dengan kata2″ INDON….INDON..BABU..BABU” di dalam mahupun di luar stadium bukit jalil? mengapakah pihak anda begitu emosional dan menaggapi malaysia ini sebagai musuh bebuyut?

    kepada supporter malaysia, tahuan hadapan kita akan jadi tuan rumah untuk piala suzuki AFF. JADI NASIHAT SAYA, BIARKANLAH SUPPORTEER INDONESIA BERSIKAP PROVOKASI MELAMPAU KEPADA KITA. SEBAGAI ORANG TIMUR YANG PENUH DENGAN ADAT DAN BUDAYA YANG TIDAK LARI DARI KESOPANAN DAN KESUSILAAN.KITA TUNJUKAN KEPADA MEREKA KETINGGIAN BUDI. 🙂

  3. Salam 1dunia dn 1malaysia, sempena AWAL MUHARAM ini mari lh kita bermaaf maafan, buang yg keruh ambil yg jernih, ucap kan slmt tinggal tahun 2011 yg byk kenangan pahit manis, dan slmt dtg tahun 2012.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!