Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengurus Dana iaitu ASNB adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB. Setelah 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini mengurus 14 dana yang bernilai RM235.74 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2018.
Baru-baru ini, telah diwujudkan aplikasi untuk myASNB.
App Mobile myASNB adalah aplikasi mudah alih rasmi oleh Amanah Saham Nasional Berhad, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.
Aplikasi ini membolehkan penggunanya untuk melihat portfolio pelaburan ASNB mereka dengan selamat dan mudah dan melakukan pelaburan tambahan di telefon bimbit atau tablet mereka dari mana saja, bila-bila masa .

Ciri-ciri aplikasi myASNB :
• Lihat Portfolio Pelaburan
• Paparan baki akaun

• Melakukan pelaburan tambahan

• Melabur dalam dana lain
• Mengesan transaksi terbaru

• Muat turun penyata akaun

• Semak harga dana (NAB)
• Kemaskini profil
• Cari cawangan terdekat

Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan.

Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.
Bagi yang ingin muat turun aplikasi ini, boleh terus ke segera dan buat carian myASNB Google Play dan myASNB App Store .
4 Comments
Semuanya di hujung jari. Memudahkan kita untuk membuat pelaburan dan memantau akaun pelaburan kita.
platform melabur dgn pantas dan mudah dah ada. Kalau tak mula melabur lagi, rugilah.. memang sangat memudahkan apps sebegini.
Curahan rasa JMR @ ..Sugar Rush @ Molten Chocolate Cafe Central i-City
Saya masih guna PC. Belum berniat muat turun di HP lagi. Lagi pula kita buka berurusniaga selalu dengan PNB ni. Mungkin sebulan satu kali je. Lagi pula dengan PC hari Ahad pun boleh login.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ada Resepi Air Soya Tak Tuan? Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni, Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La….
terbaik. app yang memudahkan pengguna lepas ni tak perlu login guna pc lagi
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Tahukah Anda Lima Negara Paling Kecil Di Dunia?
Comments are closed.