Qari dan Qariah Malaysia, Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada Qari dan Qariah dari Malaysia kerana telah dinobatkan sebagai johan ‘kategori tilawah‘ Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Majlis berlangsung selama enam hari bermula 15 April lalu itu melibatkan 41 buah negara bagi menyertai kategori tilawah dan hafazan al-Quran.

Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah sekaligus melayakkan mereka membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Berikut merupakan keseluruhan keputusan (MTHQA) kali ke-61 1440H/2019;

KATEGORI TILAWAH ANTARABANGSA

(Qari)
1. Abdul Khair Jalil (Malaysia)
2. Yassine Bekoussa (Algeria)
3. Ilyas Lamhayahoui (Morocco) 
4. Hadi Mowahhedeamin (Iran)
5. Ahmad Daniyal (Singapura)

(Qariah)
1. Nor Farhatul Fairuzah (Malaysia)
2. Wardatun Nisa Hasa (Indonesia)
3. Karimah Hayibaraheng (Thailand) 
4. Hjh Dayangku Fauziah Nadhirah (Brunei)
5. Rahimw P. Amerol (Filipina)

KATEGORI HAFAZAN ANTARABANGSA

(Hafiz)
1. Mohamed Abdi (Sweden)
2. Mohammad Maruf Hossain (Canada) 
3. Heytham Sagar Ahmad (Kenya)

(Hafizah)
1. Fatouma Ousseni Moussa (Niger)
2. Hadeel K.A. Madfaa (Palestin)
3. Hasiya Usman Jibrilla (Nigeria)

Hadiah pemenang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut berkenan untuk berangkat pada majlis tersebut bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Kredit foto Kosmo
Kredit foto Kosmo

Turut hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Antara keistimewaan dan keunikan majlis tilawah dan menghafaz al-quran peringkat antarabangsa tahun ini ialah pemilihan tempat iaitu KLCC yang menjadi simbol ikonik Malaysia.

“Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Semua peserta adalah yang terbaik dari yang terbaik.”

sumber: Sinar Harian


Spread the love

20 Comments

      1. Moga ia menjadi pendorong kepada anak muda kita untuk meningkatkan penguasaan Al Quran sebagai bekalan didunia dan akhirat.

  1. Tiada ucapan selain Alhamduliah dan 2 anak Malaysia menjadi juara Majlis Tilawah (MTHQA) kali ke-61 1440H/2019. anda adalah ICON anak muda Malaysia masa kini..ramai hadirin hadirat hadir ke KLCC.

  2. Tiada ucapan selain Alhamduliah dan 2 anak Malaysia menjadi juara Majlis Tilawah (MTHQA) kali ke-61 1440H/2019. anda adalah ICON anak muda Malaysia masa kini..ramai hadirin hadirat hadir ke KLCC dan sekiranya anda Tuan/Puan datang ke Alor Setar, saya ahmad dari Car Rental Agency menyediakan https://sewakeretaalorsetar.wordpress.com (Servis Kereta Sewa Murah Alor Setar) ini. Terima Kasih

  3. Alhamdulillah.. selalunya dalam pertandingan tilawah alquran peringlat antarbangsa sebegini memang Malaysia selalu mendapat tempat untuk kedua dua kategori. Kalau pun tak juara, mesti top 3. Hebat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!