Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia masih belum lupa lagi dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan lebih 100 jemaah daripada berbagai negara termasuk 8 orang daripada Malaysia. Kejadian kren tumbang hanya beberpa hari sebelum wukuf mendapat reaksi daripada seluruh dunia apabila terdapat kelalaian berlaku. Belum pun selesai penyiasatan kes tersebut berlaku satu lagi tragedi menyayat hati di street 204 Mina.
Kejadian berlaku selepas waktu dhuha yang pada mulanya ramai menyangka berlaku di jamarat seperti pernah berlaku beberapa tahun dahulu. Kejadian berlaku di street 204 Mina memang tidak disangka sehingga mengorbankan lebih 700 jemaah daripada pelbagai negara. Syukur jauh daripada kemah Malaysia kalau tidak sudah pasti ada mangsa yang terkena. Mengikut berita terkini siaran akhbar dari Tabung Haji seorang jemaah Malaysia Arwah Hj Zulkifly Samad telah terkorban bersama syuhada yang lain. Al Fatihah untuk arwah.
Berbagai teori yang keluar terutama apabila diberitakan jemaah Iran berjalan pada laluan bertentangan dengan jemaah yang lain. Biarkan pihak berkuasa menyiasat perkara sebenar. Insyaa Allah jemaah yang terkorban dengan masih berihram akan mendapat balasan Syurga. Jangan sampai kita menyebarkan berita yang tidak pasti sekiranya sumber tidak menyakinkan apatah lagi sumber daripada puak syiah yang sememang anti kepada suni.
Walaupun berita sedih menimpa sebahagian jemaah namun ibadah wajib haji melontar jamarat terus berlansung dengan tersusun. Suasana Jamarat tiada beza dengan suasana Jamarat ketika haji akhbar pada tahun 2014. Semuga semua jemaah haji tetamu ALLAH 2015 mendapat haji mabrur. Kepada yang belum melaksanakan rukun Islam ke lima azam sungguh-sungguh dan sangat bagus pergi ketika usia muda kerana kerja haji memerlukan stamina dan fizik tubuh yang kuat.
Kepada yang faham pada kesempurnaan Islam tidak akan lansung memberi alasan untuk menunda pemergian ke Tanah Suci untuk mengerjakan Ibadah Haji. Jangan sampai pergi umrah berkali kali kali tetapi mengemudiankan rukun Islam yang ke lima.
77 Comments
Semoga kita selalu dilindungi oleh allah. Itu baru segelincir ujian dan cobaan…
Curahan rasa Abang Hasan @ ..Lowongan Kerja PT. Pos Indonesia (Persero) September 2015
Takziah kepada keluarga yang terlibat. Moga roh mereka ditempatkan di tempat yang terbaik disisi Allah.
Curahan rasa ummi mra @ ..Pesta Buku : Jualan #MyCyberSale Bookcafe
takziah kepada yang terkorban..semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita sekiranya kita diberi peluang untuk pergi mengerjakan haji.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Huawei Honor 7 Recorded 9 Million Pre-order
Allahuakbar, memang sedih bila tgk kain putih menutupi jenazah-jenazah tuh. Harap-harap perkara nih tak berulang lagi.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
semoga tragedi ni menjadi pengajaran buat jemaah dimasa akan datang supaya sentiasa berdisiplin
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
BEtul tuh, para jemaah kena berdisiplin & mengikut jadual yang telah di tetapkan untuk mengelak perkara yang tidak di ingini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jejom Kita BerBlog
memang terkejut dengar berita ni. ye la, insiden kren jatuh tu pun belum reda lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Memang banyak sungguh dugaan untuk para jemaah pada musim haji kali ini. Semoga meraka yang di sana tabah dengan ujian ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..10 Makanan Menggemukkan Malaysia.
Memang saya berazam untuk pergi haji seawal umur yang boleh agar dapat melaksanakan ibadah dengar sempurna..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pekena Secawan Kopi
kumpul duit banyak banyak. semoga allah kabulkan dapat pegi diusia muda.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Memang elok sangat lah kita pergi di kala usia masih muda, tenaga masih banyak.Insyallah sesama kita tingkatkan usaha.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Rupanya ada juga jemaah dari malaysia. Semoga keluarga mangsa tabah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Itu lah terkejut dengarnya.Semoga ahli keluarga tabah dalam menghadapi ujian.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Itu lah pentingnya bila berada di tempat orang kita perlu ikut arahan dan jangan pentingkan diri. Benda dh berlaku. Kita terima je.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
alfatihah untuk arwah..
harap keluarga mangsa yg terlibat sentiasa tabah dan sabar.
Curahan rasa jida @ ..Cara Mengatasi Bengkak Susu Ibu yang Baru Melahirkan
pastinya ini merupakan dugaan berat buat keluarga. siapa sangka maut di mekah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
memang sedih dengan berita ini. Ada jugak dengar-dengar pasal jemaah puak syiah. Tapi yelah, belum ada apa2 kepastian.
Semoga lepas ni semuanya berjalan dengan lancar..amin
Curahan rasa maria @ ..Bengkak Kaki Ketika Hamil. Bahaya Ke?
Tragedi kren hari tu masih belum reda ni datang pulak insiden lain. Banyak betul cara allah nak uji hambanya di mekah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
emang miris banget
Dapatkan promo rumah di Citra Garden City Jakarta Barat, klik http://www.citragardencity.com
Belum reda dengan isu kren yang menimpa jemaah haji, timbul pula tragedi rempuhan semasa melontar batu jamarak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
Betul tuh, terkejut sungguh mendengarnya. Harap-harap selepas ini tiada lagi lah perkara yang tidak di ingini berlaku.
Curahan rasa SuperNifz @ ..10 Makanan Menggemukkan Malaysia.
Muga-muga roh mereka semua di rahmati Allah. Mati itu pasti. Yang masih hidup tingkatkan amalan kita.
Curahan rasa rahimah @ ..5 Kesilapan Harus Di Elakkan Semasa Tempah Tiket Tambang Murah Airasia
Mereka meninggal di sana ketika di tanah suci Mekah, kita pula entah di mana tempatnya? Doakan agar kita mati di tempat yang baik spt ketika solat Jumaat ke?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
yang hidup ni kena teruskan perjuangan dunia dan akhirat. kumpul pahala banyak2.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Comments are closed.