Tragedi Mina 2015 ramai terkorban

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia masih belum lupa lagi dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan lebih 100 jemaah daripada berbagai negara termasuk 8 orang daripada Malaysia. Kejadian kren tumbang hanya beberpa hari sebelum wukuf mendapat reaksi daripada seluruh dunia apabila terdapat kelalaian berlaku. Belum pun selesai penyiasatan kes tersebut berlaku satu lagi tragedi menyayat hati di street 204 Mina.

tragedi mina 2015

gambar jenazah tragedi minaKejadian berlaku selepas waktu dhuha yang pada mulanya ramai menyangka berlaku di jamarat seperti pernah berlaku beberapa tahun dahulu. Kejadian berlaku di street 204 Mina memang tidak disangka sehingga mengorbankan lebih 700 jemaah daripada pelbagai negara. Syukur jauh daripada kemah Malaysia kalau tidak sudah pasti ada mangsa yang terkena. Mengikut berita terkini siaran akhbar dari Tabung Haji seorang jemaah Malaysia Arwah Hj Zulkifly Samad telah terkorban bersama syuhada yang lain. Al Fatihah untuk arwah.

gambar tragedi Mina

gambar tragedi mina 2015

717 terkorban tragedi mina

Berbagai teori yang keluar terutama apabila diberitakan jemaah Iran berjalan pada laluan bertentangan dengan jemaah yang lain. Biarkan pihak berkuasa menyiasat perkara sebenar. Insyaa Allah jemaah yang terkorban dengan masih berihram akan mendapat balasan Syurga. Jangan sampai kita menyebarkan berita yang tidak pasti sekiranya sumber tidak menyakinkan apatah lagi sumber daripada puak syiah yang sememang anti kepada suni.

penyelamat tragedi mina

tragedi sedih mina

tragedi mina 10 zulhijjah

Walaupun berita sedih menimpa sebahagian jemaah namun ibadah wajib haji melontar jamarat terus berlansung dengan tersusun. Suasana Jamarat tiada beza dengan suasana Jamarat ketika haji akhbar pada tahun 2014. Semuga semua jemaah haji tetamu ALLAH 2015 mendapat haji mabrur. Kepada yang belum melaksanakan rukun Islam ke lima azam sungguh-sungguh dan sangat bagus pergi ketika usia muda kerana kerja haji memerlukan stamina dan fizik tubuh yang kuat.

pemandangan Mina 2015

jemaah berkumpul di Jamarat

tempat melontar di Mina

suasana jamarat 2015

Kepada yang faham pada kesempurnaan Islam tidak akan lansung memberi alasan untuk menunda pemergian ke Tanah Suci untuk mengerjakan Ibadah Haji. Jangan sampai pergi umrah berkali kali kali tetapi mengemudiankan rukun Islam yang ke lima.


Spread the love

77 Comments

  1. Penyakit Menular dan Cara Pencegahannya – Infeksi Saluran Pernapasan (ISPA)
    Salah satu solusi terbaik dalam pengobatan penyakit masa kini ialah dengan metode pengobatan yang terbuat dari bahan alami atau herbal. Salah satu pengobatan herbal atau dapat disebut juga pengobatan alternatif ialah dengan mengkonsumsi Obat herbal Jelly Gamat Gold –G. Obat ini sudah menjadi salah satu obat terbaik dan terkenal masa kini dalam mengatasi berbagai masalah keluhan dalam berbagai jenis penyakit. Banyak orang yang sudah membuktikan serta merasakan khasiat dan manfaatnya yang terdapat pada obat Jelly Gamat Gold –G ini. Berikut penjelasannya
    Curahan rasa suryaman @ ..Penyakit Asam Urat dan Rematik – Cara Pengobatan Asam Urat Secara TradisionalMy Profile

  2. terkejut dengan berita macam ni, dapat bayangkan bagaimana rasanya terseksa ketika terhimpit macam tu. Harap pihak berkuasa Arab Saudi boleh lihat perkara ini dan pastikan ada tindakkan untuk mengelak perkara sebegini berulang. 700 yang terkorban bukan sedikit
    Curahan rasa Bisnes Online @ ..Buit Duit USD Dengan ShareasaleMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!