Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa makna aidilfitri apabila insan tersayang pergi tidak terduga. Begitulah nasib keluarga mangsa MH17 yang lansung tidak memikirkan aidilfitri termasuklah keluarga arwah Hasni Hardi anak saudara ku. Acara pertama aku Aidilfitri tahun ini adalah menziarahi Abang Parlan dan Kak Asiah, semuga ianya dapat berkongsi kesedihan. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang memikul.
TERKINI : Peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 dibawa dari Rusia .. berita penuh
Gambar-gambar mangsa yang terkorban tragedi MH17
[box] Asiah Rajikun ibu mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Hasni Hardi Parlan, berharap jasad atau apa sahaja anggota badan mangsa dapat dibawa pulang segera sebelum Hari Raya Aidilfitri ini dari kawasan nahas supaya boleh disemadikan di pusara sendiri.
“Kami sekeluarga sangat berharap jasad Hasni dibawa pulang secepat mungkin. Selagi kami tidak melihat jasad atau apa-apa yang berkaitan dengannya dan selagi belum mendapat bukti depan mata, hati tidak tenang.
“Bukan kami tidak reda ketentuan Allah, tetapi seboleh-bolehnya mahu jasadnya dibawa balik ke kampung halaman untuk dikebumikan walau dalam bentuk apa juga,” Asiah berkata, mereka sekeluarga akan berpuas hati apabila anaknya itu mempunyai kubur sendiri yang kelak boleh dilawatinya bersama suami dan empat anaknya yang lain. – Utusan Online [/box]
Setiap kali aku membaca berita berkenaan Hasni Hardi pasti rasa sayu menerpa diri apatah lagi Abang Parlan dan Kak Asiah. Bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izinnya tragedi MH17 yang mula kelihatan sangat sukar tetapi diberi jalan sehingga PM Najib Razak dapat membawa pulang jenazah mangsa walaupun terlewat dari janji sebelum aidilfitri. Diplomasi DS Najib Razak yang berjaya memujuk Alexander Borodai ketua perjuang pemisah sehingga dapat menyerahkan dua kotak hitam memang memeranjatkan dunia. Apa pun semuanya dengan izin ALLAH kerana DS Najib Razak khabarnya sentiasa meminta nasihat daripada beberapa maulana.
Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17
Kejayaan DS Najib Razak tidak disenangi segelintir rakyat Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan warna kota hitam MH17 yang diterima oleh Wakil Malaysia, Mejar Muhamad Mustafa Omar yang berwarna oren bukan warna hitam. Mungkin mereka ini kurang ilmu pesawat walaupun sudah banyak didedahkan ketika tragedi MH370. Tak kisah lah apa mereka cakap yang penting syukur kotak hitam masih dalam keadaan baik dan tiada bukti yang kotak hitam MH17 telah di manipulasi oleh pihak pemberotak pro Russia. Semuga dengan penemuan kotak hitam akan menjawab misteri sebenar penembak pesawat MH17.
Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17
Kepada semua keluarga mangsa MH17 termasuk Abang Parlan dan Kak Asiah kami semua bersama anda. Mereka yang pergi dahulu pasti lebih disayangi oleh ALLAH dan sama-sama kita berdoa untuk yang muslim semuga Syurga milik mereka. Semuga jenazah mangsa tragedi MH17 boleh dibawa balik segera dan disemadikan di kampung halaman. Ketika melalui kesusahan begini teringat aku kepada doa tawaf pusingan ke empat yang boleh jadikan semangat kepada kita semua.
[box]Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dari Mu – Doa Tawaf Pusingan ke empat[/box]
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga mangsa tragedi MH17. Semoga diberi ketabahan untuk keluarga korban.
154 Comments
Sedihnya bila baca tentang MH17 ni. Al-Fatihah buat yang beragama islam dan takziah buat yang bukan beragama islam. Semoga keluarga mereka tabah menghadapinya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
kesian dan bersimpati pd keluarga terlibat dalam nahas mh17. siapa sangka kapal terbang kita menjadi mangsa konflik 2 negara besar. al fatihah buat mangsa beragama islam
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Rumah Tergantung Di Tepi Laut
tragedi yang menyayat hati semua orang apatah lagi keluarga mangsa. Semoga mereka terus tabah menghadapi kehidupan..
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
Tahun 2014 tahun yang begitu hitam buat Malaysia. Diharapkan dalang disebalik nahas ini akan dibawa ke muka pengadilan.
Curahan rasa TrendMalaya.com @ ..Cara Potong Rambut Bersesuaian Dengan Bentuk Muka
boleh declare tahun dukacita buat Malaysia..semoga kita semua tabah
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Ya. Tahun yang mencipta sejarah baru buat negara. Moga keluarga mangsa tabah dan redha dengan takdirNya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Rakyat Malaysia amat berharap agar petualang yang berada di sebalik peristiwa ini mendapat hukuman yang setimpal
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
setuju bro..kita mahu tahu perkara sebenarnya..biarpun yang berlalu dibiarkan berlalu kan
semoga semua urusan dipermudahkan dan dibongkarkan siapakah dalang di sebalik peristiwa ini.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kawal Kolestrol Dengan Shaklee
mari kita sama-sama berdoa agar urusan membawa balik jenazah mangsa MH17 di[permudahkan..
act semua rakyat Malaysia membantu dalam urusan isu ni..setidak-tidaknya membantu dengan doa..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
biarlah yang pakar dalam bidang aviation mengulas lebih lanjut..semoga kisah sedih ni dapat dirungkai seadilnya
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
saya juga harap begitu..kita serahkan kepada pakar untuk menyiasat dan merungkai kemelut di sebalik MH17
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pakar Hipnosis Negara Sudah Ditemui
dengan harapan, satu hari lagi laporan untuk perkara sebenarnya akan dikeluarkan oleh gov Malaysia
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Kelakar juga bila ada yg tidak tahu bahawa kotak hitam tidak berwarna hitam..sama juga seperti minyak hitam kenderaan seperti kereta dan motor juga tidak berwarna hitam..layankan jelah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Haha.. Ada saya terbaca status facebook mengatakan kita ditipu sebab kotak yang diberikan berwarna Oren bukannya Hitam..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Salam Eid Mubarak 1435H
tu la..maybe diorang ni saja nak melawak atau saja nak buat-buat terlebih pandai haha
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Orang sekarang kan suka dengan lawak sarkastik macam tuh..boleh cepat popular kat social media..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Pray for Gaza ku iringi Doa untuk mu
sepatutnya kita tak boleh jadikan perkara ini bahan jenaka..kasihan para waris..hati mereka masih lagi sedih tu!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
atau bila dah kantoi silap, mereka katakan itu sekadar LAWAK..kan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
statement itu sering berlaku bila akhirnya mereka terkantoi terkena tangkap. kesian keluarga mereka..menunggu kepulangan tapi berita menghibakan yang diterima, moga keluarga mh17 tabah hadapinya
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Up status di Facebook, pentingkah LIKE dan KOMEN diterima?
Nampak sangat mereka tak peka walaupun dah diberitahu. Macam-macam ragam manusia ni.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
kami berharap yang terbaik untuk semua jasad korban bisa dibawa pulang dan untuk keluarga korban semoga diberikan kesabaran dan ketabahan atas musibah MH17
Curahan rasa yandi @ ..Obat Jantung Berdebar Gold-G Ekstrak Teripang
semoga ada jalan penyelesaian untuk isu MH17 ni..amin
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
keluarga mangsa harap bersabar dan semoga terus diberi kekuatan untuk menghadapi saat-saat sukar begini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
rakyat Malaysia lain mmg supportive dengan kata-kata semangat utk keluarga mangsa
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
sedihnya baca ni. kesian keluarga berkenaan yg tak dapat nak beraya seperti tahun2 sebelumnya..
Curahan rasa Zack One @ ..5 in 1 Emergency Light Car Hammer Flashlight Cutting Belt Magnet
Hanya salam takziah mampu diucapkan dan doa agar keluarga mangsa terlibat tabah menerima suratan takdir..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Semoga keluarga mangsa terus tabah dan banyak bersabar.
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
ada hikmah di sebalik kejayaan ni..walaupun tak dpt raya bersama, mereka sentiasa di dalam ingatan..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Ya memang kesian tapi jika itu yang Allah hendak uji kepada keluarga mangsa, berusahalah untuk menerimanya. InshaAllah, Dia akan permudahkan segalanya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
semoga dipermudahkan urusan ahli keluarga yang terlibat serta diberikan kesabaran dalam berhadapan ujian yang tidak terduga ini.
Curahan rasa yangbaik @ ..Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman
jgn lupakan doakan smoga krisis mh17 ini berjaya diselesaikan dengan baik..
Dalang yang menyebabkan MH17 ditembak mesti dibalas setimpal dengan perbuatannya. Moga keadilan dapat ditegakkan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
ujian untuk famili di bulan yang baik..ada hikmahnya
bagi mereka yang beriman maka hati mereka redha dengan apa yang berlaku..namun kita semua yang prihatin banyak berdoa untuk mereka
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
malam tadi tengok berita pukul 8 pasal persiapan keluarga mangsa memang cukup mengharukan… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
smua ini ketentuan iLahi.. setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya.. doakan smoga smua keluarga mangsa dapat menerima kenyataan ini
mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi semua ni
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
semoga tetap tabah dan tiada aidilfitri pun tak pe kerana hidup perlu diteruskan walau apa keadaan sekali pun
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Salam Aidilfitri Dari Hero Borneo
Benar. Jangan terus tumbang. Hidup ini indah. Meski banyak ujian perlu ditempuhi.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Teringat saya kata2 anak mangsa ketika ditemuramah rtm. hakikat kena diterima.. kalau bukan hari ini, esok lusa pun kena terima… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
ujian-ujian ini akan mematangkan hidup semua..percayalah
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
berikan mereka motivasi dan kata-kata semangat agar tetap tabah menjalani kehidupan ini
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
insyaAllah mereka semua kuat dan sentiasa tabah..tambah2lagi dgn kata semangat drp kita semua
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
hidup ini walau macam mana pun, kena teruskan juga.. lagi-lagi kita sbg umat Islam, percaya kepada Qada dan Qadar …
btol tu..kena redha dah pasrah..qada&qadar itu pasti..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
inilah salah satu ujian keimanan kepada mereka..harap mereka pasrah dan boleh menerima kenyataan tersebut
setidak-tidak mereka bertuah dipilih oleh-Nya untuk ujian ini..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Baru tgk Berita pukul 8 td.. x dapat bayangkan bgaimana lah mangsa mengharungi pagi lebaran tanpa mereka yang tersayang.. 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
Pasti pengalaman pahit. Tetapi hidup harus diteruskan seperti biasa.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Apapun semoga kita terus memberi motivasi dan kata-kata perangsang kepada keluarga mangsa.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Tabahnya mereka. saya masih x dapat membayangkan bagaimana kalau saya berada di tempat mereka.. Allahu rabbi.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
peristiwa begini boleh dijadikan iktibar bahawa apa jua cabaran dan dugaan hidup..jangan sesekali lupa dengan Allah SWT Yang Maha Pengaish dan Penyayang
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
saya juga merasa sebegitu, hilangnya orang tersayang di aidilfitri. moga keluarga hasni hardi terus tabah hadapinya
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Up status di Facebook, pentingkah LIKE dan KOMEN diterima?
tula peritnya kena lalui raya tanpa yang tersayang di sisi.. smoga keluarga mangsa tabah
didoakan famili mangsa sentiasa dan terus tabah..
Amin ya Rabbil Alamin..semoga hati mereka kuat,tabah,sabar dan yakin akan hikmah qada dan qadarnya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
Amin ya Rabbil Alamin..semoga isu ini dapat diselesaikan segera..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, kesian.. berita yang mendukacitakan seluruh rakyat malaysia dan keluarga mangsa
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Up status di Facebook, pentingkah LIKE dan KOMEN diterima?
takziah kepada keluarga mangsa…semoga tabah dan sabar dengan ujian berat yang melanda ini…..
Curahan rasa asraff @ ..Pesawat Taiwan Terhempas Akibat Cuaca Buruk
Semoga mereka terus tabah.. berat mata kita memandang.. berat lagi bahu mereka memikul… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
sabar dan tabah dengan ketentuan ilahi hendaknya… kita sbg umat Islam kena redha dgn Qada’ dan Qadar Allah..
doakan yg terbaik untuk keluarga mangsa.. doa2 kita sentiasa mengiringi mereka yg telah pergi menemui Allah
Comments are closed.