MH17 Anak Saudara antara yang terkorban

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal pagi terbaca di status Facebook alumnai sekolah salah seorang anak kapal MH17 yang terkorban adalah senior sekolah. Lewat petang dapat berita yang lebih mengejutkan rupanya anak kepada sepupu aku juga antara 44 warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17. Suatu ketika dahulu emak dan abah memang berjiran dengan arwah pak cik jadi selalu jugalah aku jumpa arwah apabila sepupu aku balik menziarahi ibu bapa beliau. Arwah Hasni Hardi Parlan rapat juga dengan adik bongsu aku.

gambar hasni hardi mangsa tragedi MH17
Arwah Hasni Hardi semasa kanak-kanak

(Klik gambar arwah Hasni untuk melihat lebih banyak gambar mangsa tragedi MH17)

MAS telah menghubungi keluarga untuk mengesahkan arwah Hasni Hardi adalah antara korban MH17. Keluarga dan sahabat handai ramai yang datang memberi sokong kepada Abang Parlan dan Kak Siah. Berbagai media sudah menemuramah keluarga malang ini. Arwah Hasni  Hardi bertugas dengan syarikat perkapalan Teekay Shipping yang berlabuh di London. Arwah dalam perjalanan pulang menaiki MH17 untuk cuti hari Aidilfitri bersama sanak saudara.

Berbagai pihak telah menyatakan bahawa pesawat malang MH17 telah ditembak tetapi tuduh menuduh antara Kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Russia, siapa perlaku sebenar masih menjadi misteri. Dua kotak hitam MH17 telah ditemui yang bakal menjadi bukti tetapi soalnya adakah penyiasatan akan berjalan secara telus.

gambar keluarga mangsa MH17
Seorang keluarga mangsa yang tak dapat menahan sedih

(Klik gambar di atas untuk melihat lebih banyak gambar mangsa tragedi MH17)

Abang Parlan dan Kak Siah serta semua 285 keluarga mangsa pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Satu dunia bersedih mengenangkan mangsa korban tragedi MH17 yang tidak berdosa. MAS dalam kenyataannya berkata, mangsa terkorban termasuk dari Belanda seramai 189 orang, Malaysia (44), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).

Abang Parlan dan Kak Siah
Abang Parlan dan Kak Siah

Semuga Abang Parlan dan Kak Siah serta semua keluarga mangsa bersabar dengan ujian berat ini. Mari kita semua berdoa semuga tragedi ini dapat dirungkai dengan segera dan jenazah yang telah ditemui dapat disemadikan dengan sempurna.

[box]Segamat : Seorang jurutera perkapalan yang juga turut menaiki pesawat MH17 ada menyatakan hasrat untuk berhenti kerja pada ibunya, malam Rabu lalu. Hasni Hadi Parlan, 31, menyatakan hasrat itu pada ibunya Hasiah Rajikon, 57, ketika menghubungi keluarga di Kampung Batu Anam di sini, pada 8 malam Rabu lalu.  Menurut Hasiah, anak keduanya itu berkata, dia mahu menetap bersama keluarga selamanya dan sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Hasni bertugas dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura sejak tiga tahun lalu tetapi kerap ke Eropah atas urusan kerjanya. – Harian Metro [/box]

Hasni Hardi semuga damai mu di sana bersama para solehin.

Untuk melihat berbelas gambar tragedi MH17 sila klik entri “Pesawat MH17 di tembak di Ukraine“.

181 Comments

  1. Ya Allah, takziah untuk keluarga!semoga tabah ye..Semoga dalang dalam kes ini dapat ditemui. kesian mereka yang tak bersalah..ada baby lagi tuh..tak berperikemanusiaan langsung

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!