Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa makna aidilfitri apabila insan tersayang pergi tidak terduga. Begitulah nasib keluarga mangsa MH17 yang lansung tidak memikirkan aidilfitri termasuklah keluarga arwah Hasni Hardi anak saudara ku. Acara pertama aku Aidilfitri tahun ini adalah menziarahi Abang Parlan dan Kak Asiah, semuga ianya dapat berkongsi kesedihan. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang memikul.
TERKINI : Peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 dibawa dari Rusia .. berita penuh
Gambar-gambar mangsa yang terkorban tragedi MH17
[box] Asiah Rajikun ibu mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Hasni Hardi Parlan, berharap jasad atau apa sahaja anggota badan mangsa dapat dibawa pulang segera sebelum Hari Raya Aidilfitri ini dari kawasan nahas supaya boleh disemadikan di pusara sendiri.
“Kami sekeluarga sangat berharap jasad Hasni dibawa pulang secepat mungkin. Selagi kami tidak melihat jasad atau apa-apa yang berkaitan dengannya dan selagi belum mendapat bukti depan mata, hati tidak tenang.
“Bukan kami tidak reda ketentuan Allah, tetapi seboleh-bolehnya mahu jasadnya dibawa balik ke kampung halaman untuk dikebumikan walau dalam bentuk apa juga,” Asiah berkata, mereka sekeluarga akan berpuas hati apabila anaknya itu mempunyai kubur sendiri yang kelak boleh dilawatinya bersama suami dan empat anaknya yang lain. – Utusan Online [/box]
Setiap kali aku membaca berita berkenaan Hasni Hardi pasti rasa sayu menerpa diri apatah lagi Abang Parlan dan Kak Asiah. Bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izinnya tragedi MH17 yang mula kelihatan sangat sukar tetapi diberi jalan sehingga PM Najib Razak dapat membawa pulang jenazah mangsa walaupun terlewat dari janji sebelum aidilfitri. Diplomasi DS Najib Razak yang berjaya memujuk Alexander Borodai ketua perjuang pemisah sehingga dapat menyerahkan dua kotak hitam memang memeranjatkan dunia. Apa pun semuanya dengan izin ALLAH kerana DS Najib Razak khabarnya sentiasa meminta nasihat daripada beberapa maulana.
Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17
Kejayaan DS Najib Razak tidak disenangi segelintir rakyat Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan warna kota hitam MH17 yang diterima oleh Wakil Malaysia, Mejar Muhamad Mustafa Omar yang berwarna oren bukan warna hitam. Mungkin mereka ini kurang ilmu pesawat walaupun sudah banyak didedahkan ketika tragedi MH370. Tak kisah lah apa mereka cakap yang penting syukur kotak hitam masih dalam keadaan baik dan tiada bukti yang kotak hitam MH17 telah di manipulasi oleh pihak pemberotak pro Russia. Semuga dengan penemuan kotak hitam akan menjawab misteri sebenar penembak pesawat MH17.
Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17
Kepada semua keluarga mangsa MH17 termasuk Abang Parlan dan Kak Asiah kami semua bersama anda. Mereka yang pergi dahulu pasti lebih disayangi oleh ALLAH dan sama-sama kita berdoa untuk yang muslim semuga Syurga milik mereka. Semuga jenazah mangsa tragedi MH17 boleh dibawa balik segera dan disemadikan di kampung halaman. Ketika melalui kesusahan begini teringat aku kepada doa tawaf pusingan ke empat yang boleh jadikan semangat kepada kita semua.
[box]Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dari Mu – Doa Tawaf Pusingan ke empat[/box]
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga mangsa tragedi MH17. Semoga diberi ketabahan untuk keluarga korban.
154 Comments
sedih menyelubungi suasana dalam keluarga mereka, mana mungkin boleh menyambut syawal jika anggota keluarga tidak lengkap.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komisyen Affiliate Saya Yang Kedua
ujian untuk meningkatkan derajat kita karena memang kita pasti akan diuji dengan bermacam dugaan
Curahan rasa Al Najwa @ ..Bolehkah Rumah Tangga Beda Agama?
Ujian yg besar utk keluarga terpilih . Moga kite sume digolongkan dlm golongan yg Allah redha, in.shaa Allah
Curahan rasa Safiya @ ..Berjaya Kuruskan Badan II: Anda Hilang Lemak Atau Otot?
sedih kalau mengenangkan kisah ini semula.. apapun, apa ya perkembangan terkini mengenai siasatan kotak hitam ni?
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Semoga keluarga arwah dapat menerimanya dengan hati yang tabah dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
kasihan keluarga mangsa. mesti rindukan arwah. semoga mrk tabah dgn ujian ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga mangsa kejadian mh17 ni di tempatkan dikalangan yang beriman..amin al fatihah
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
aminn.. dan semoga semua ahli keluarga mereka turut tabah dengan pemergian keluarga tercinta, Kita warga malaysia turut sama bersimpati dan merasai kehilangan,
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 23: Kerjaya Lain Yang Nik Impikan
moga mereka tabah lalui dugaan ini .. kita yang melihat ini sudah berasa sedih apatah lagi mereka yang melalui mesti lagi sedih bila kehilangan org yang mereka sayang dalam keadaan sebeini . moga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman – Al-Fatihah
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Diharap agar kerajaan memberi pampasan sewajarnya terhadap mangsa MH17. Dengar khabar Perkeso akan membayar pampasan terhadap mangsa dan agensi lain lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
mereka memang layak terima pampasan. pemergian mrk secara tiba2 menjejaskan mata pencaria keluarga,
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kehidupan keluarga semua penumpang MH17 perlu tabah menghadapi dugaan ini. Semoga pihak berkuasa PBB ambil tindakan terhadap penjenayah yang menembak jatuh MH17.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Takziah buat mangsa MH17 dan Al-fatihah untuk Hasni Ardi. Kejadian ini amat perit dan pedih untuk ditelan oleh ahli keluarga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Sama ada mereka terlupa berkenaan warna kotak hitam yang pernah diterangkan semasa kehilangan MH370 ataupu mereka saja nak mengkondem PM. Wallahua’lam.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
kalau keluarga alami kejadian yang mengejutkan memang takde mood nak raikan aidilfitri sebab tiada insan tersayang di sisi untuk diraikan bersama.
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Rasa aidilfitri sudah tiada makna lagi tanpa orang yang tersayang di sisi.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
bagaimana nak meraikan hari raya jika kehilangan orang tersayang. semoga tabah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tiada siapa pernah menjangka dan meminta tragedi sebegini berlaku…sesungguhnya ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Semoga waris dan keluarga arwah tabah menghadapi kenyataan. Al Fatihah…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
Semua yang terjadi ini atas kehendakNya. Siapa kita nak menghalang apa yang Alah rancangkan. Moga hikmah yang terselit dapat kita fahami dan renungi.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
memang betul..ajal dan maut di tangan Tuhan…kita yang hidup ni kene bersedia selalu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Moga keluarga mangsa tabah mengharungi dugaan ini kerana Allah tidak akan menimpa dugaan yang berat selagi mana mereka mampu untuk menghadapinya 🙂
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Comments are closed.