Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa makna aidilfitri apabila insan tersayang pergi tidak terduga. Begitulah nasib keluarga mangsa MH17 yang lansung tidak memikirkan aidilfitri termasuklah keluarga arwah Hasni Hardi anak saudara ku. Acara pertama aku Aidilfitri tahun ini adalah menziarahi Abang Parlan dan Kak Asiah, semuga ianya dapat berkongsi kesedihan. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang memikul.
TERKINI : Peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 dibawa dari Rusia .. berita penuh
Gambar-gambar mangsa yang terkorban tragedi MH17
[box] Asiah Rajikun ibu mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Hasni Hardi Parlan, berharap jasad atau apa sahaja anggota badan mangsa dapat dibawa pulang segera sebelum Hari Raya Aidilfitri ini dari kawasan nahas supaya boleh disemadikan di pusara sendiri.
“Kami sekeluarga sangat berharap jasad Hasni dibawa pulang secepat mungkin. Selagi kami tidak melihat jasad atau apa-apa yang berkaitan dengannya dan selagi belum mendapat bukti depan mata, hati tidak tenang.
“Bukan kami tidak reda ketentuan Allah, tetapi seboleh-bolehnya mahu jasadnya dibawa balik ke kampung halaman untuk dikebumikan walau dalam bentuk apa juga,” Asiah berkata, mereka sekeluarga akan berpuas hati apabila anaknya itu mempunyai kubur sendiri yang kelak boleh dilawatinya bersama suami dan empat anaknya yang lain. – Utusan Online [/box]
Setiap kali aku membaca berita berkenaan Hasni Hardi pasti rasa sayu menerpa diri apatah lagi Abang Parlan dan Kak Asiah. Bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izinnya tragedi MH17 yang mula kelihatan sangat sukar tetapi diberi jalan sehingga PM Najib Razak dapat membawa pulang jenazah mangsa walaupun terlewat dari janji sebelum aidilfitri. Diplomasi DS Najib Razak yang berjaya memujuk Alexander Borodai ketua perjuang pemisah sehingga dapat menyerahkan dua kotak hitam memang memeranjatkan dunia. Apa pun semuanya dengan izin ALLAH kerana DS Najib Razak khabarnya sentiasa meminta nasihat daripada beberapa maulana.
Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17
Kejayaan DS Najib Razak tidak disenangi segelintir rakyat Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan warna kota hitam MH17 yang diterima oleh Wakil Malaysia, Mejar Muhamad Mustafa Omar yang berwarna oren bukan warna hitam. Mungkin mereka ini kurang ilmu pesawat walaupun sudah banyak didedahkan ketika tragedi MH370. Tak kisah lah apa mereka cakap yang penting syukur kotak hitam masih dalam keadaan baik dan tiada bukti yang kotak hitam MH17 telah di manipulasi oleh pihak pemberotak pro Russia. Semuga dengan penemuan kotak hitam akan menjawab misteri sebenar penembak pesawat MH17.
Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak gambar tragedi MH17
Kepada semua keluarga mangsa MH17 termasuk Abang Parlan dan Kak Asiah kami semua bersama anda. Mereka yang pergi dahulu pasti lebih disayangi oleh ALLAH dan sama-sama kita berdoa untuk yang muslim semuga Syurga milik mereka. Semuga jenazah mangsa tragedi MH17 boleh dibawa balik segera dan disemadikan di kampung halaman. Ketika melalui kesusahan begini teringat aku kepada doa tawaf pusingan ke empat yang boleh jadikan semangat kepada kita semua.
[box]Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dari Mu – Doa Tawaf Pusingan ke empat[/box]
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga mangsa tragedi MH17. Semoga diberi ketabahan untuk keluarga korban.
154 Comments
Moga Allah permudahkan urusan bawa balik jenazah dan segalanya. Aamiin…
Selamat Hari Raya Tuan Amir. Maaf Zahir & Batin ^__^
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Rashidun Caliph Conference 2014
In sha Allah. Tahniah kepada pasukan Malaysia yang menjalankan tugas membawa balik jasad mangsa.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Syabas juga diucapkan kepada kerajaan malaysia kerana berhempas pulas mencari jalan terbaik agar semua proses berjalan lancar…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
begitula hendaknya… smoga keluarga mangsa smua dapat melalui raya ini dengan tabah..
setiap masalah ada jalan pernyelesaian..kagum dgn kerajaan kita yang mampu nego dgn ketua militan.
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Malaysia adalah negara pakar dalam diplomasi..dan semoga usaha ini mempermudahkan penyiasatan nahas MH17
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
Al-Fatihah buat semua mangsa tragedi Mh17 yang beragama Islam terutamanya Allayarham Hasni Hardi (saudara tuan Denaihati)… Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Syukur Alhamdulillah… Segala usaha dipermudahkan oleh NYA…
Curahan rasa Anuar @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014/1435 Hijrah
semoga roh2 mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh.. Sayu plak terasa.. 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
AJAL- sesaat pon tak dapat dinafikan..semoga mereka tenang di sana.
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Dan kita pun tak tahu pada umur berapa kita akan ditarik nyawa yang dipinjamkan selama ini. Peringatan buat diri sendiri juga.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
orang yang menyangkal kotak hitam itu berwarna oren. kerana tak baca blog…saya ada ceritakan dalam blog Hero Borneo ketika nahas MH730 dulu..hu..hu..selamat Aidilfitri kepada semua!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Video Hypnosis Yang Mesti DI Tonton
Awalnya saya sendiri menyangkakan kotak hitam tu bentuk kota dan warna hitam.. macam nie plak rupa kotak hitam… Hee 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Allah jauh atau kita yang menjauh?
nahas MH730 tu yang kes yang mana plak bro hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
saya tulis pasal kotak hitam tentang pesawat Perancis..tetapi masa itu heboh tentang MH730..buat makluman semua kotak hitam MH730 belum lagi ditemui..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
Kalau malas pun nak baca di blog berkenaan warna kotak hitam itu, tengoklah buletin utama di TV. Dari situ pun kita boleh tahu.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Memang sedih dgn apa yg berlaku. Lagi bila kejadian berlaku dekat nak raya.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Berpuasa dan beraya di Melbourne
Kemeriahan raya x terasa disebabkan kehilangan orang tersayang… salam takziah..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
itu suratan yang perlu keluarga mangsa tempuhi..semoga mereka kuat
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
secara kebetulan juga tragedi ini berlaku dekat-dekat raya..harap mereka semua bersabar.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
Nak meneruskan Ramadhan dengan suasana yang ceria jadi terbantut. Rasanya raya 2014 adalah raya yang suram buat negara.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Allahu Akbar…semoga dipermudahkan urusan MH17
Curahan rasa ikhwan @ ..Download Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam
Alhamdulillah… sehingga ke hari ini proses tampak berjalan lancar.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Semoga keluarga mangsa tetap terus tabah dan kuat , lagi menyayat hati menjelang hari raya ni ….
Curahan rasa wazy @ ..Jalinan Kasih Salam Ramadan #JKSR
Tak dapat nak bayangkan kepiluan di hati mereka. 🙁
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Apapun semoga semuanya tetab tabah menghadapi segala dugaan ini.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Selalu layan dokumentari pasal MH17 nie kat TV. Serius tersentuh hati.. :'(
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014
best juga bro sempat layan TV..saya sedikit sahaja masa untuk menonton TV..masa untuk kerja dan blog..namun bagus juga prihatin dengan peristiwa MH17.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu perasaaan mereka.
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
hmm..warna kotak hitam pon boleh jadi isu..macam macam la..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Joseon Gunman OST
Biasalah tu.. Saya sebenarnya tak hairan kalau benda nie jadi isu. Dah jadi kebiasaan plak kalau ada isu macam nie mesti akan dipersoalkan itu dan ini.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
isu ni kdg2 menampakkan ketidakcukupan ilmu diorang kan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Joseon Gunman OST
Itulah yang kita harapkan.. Teruskan berikan semangat buat mereka.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
amin..insyaAllah diorang akan terus kuat dan tabah
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Salam Syawal bro.
Sedangkan Yatie yang beraya jauh dari keluarga pilu hati tak terkata, apatah lagi beraya dengan kehilangan orang yang dicintai selamanya.
Curahan rasa DYatie @ ..Hai Selamat Hari Raya
Tu la pasal.. mereka2 ini saya kategorikan sebagai orang2 yang kuat dikala ujian besar menimpa masih boleh menerima kenyataan…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
ujian begini mesti dihadapi dengan hati yang tabah dan kuat.lupakan dulu soal raya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
Sedih bila dapat tahu keluarga mangsa tak dapat tuntut jasad mangsa sebelum raya.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Semoga semuanya tetap tabah mengharungi ujian ini.
agak mengambil masa sedikit kerana melibatkan proses yang rumit..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
Memang sedih tapi disebabkan untuk mengecam mayat mengambil masa itu yang tak dapat nak membawa pulang sebelum raya. Apa-apa pun alhamdulillah semua jenazah rakyat malaysia sudah dibawa pulang.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Banyak trajedi buat malaysia tahun ni..ye semoga ganjaran syurga menanti buat mangsa trajedi..
Curahan rasa weschairs @ ..Pantun SMS Raya
Benar Tuan. Lebih istimewa apabila ajal mereka pada hari Jumaat di bulan Ramadan yang mulia.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Amin… Kita doakan semoga yang maha esa meletakkan roh2 mereka bersama orang2 yang soleh dan solehah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
begitulah hendaknya..semoga roh mereka yang beriman dalam nahas MH17 ditempat Allah SWT di kalangan roh orang yang beriman juga..amin
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
yup..2014 tahun sedih bagi kami rakyat Malaysia
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
tahun 2014 ..tahun ujian bagi MAS..dan rakyat Malaysia secara amnya
Kita kene lebih banyak bersabar tahun ini.
Hmmm. Hmmmm..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 16 dari Ashadee.com
Benar. Sabar sahaja dengan segala yang terjadi, pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Ujian besar buat Malaysia. Berderet-deret ujian datang…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersatu padu dan menolak sebarang spekulasi MH17 yang boleh memburukkan lagi keadaan..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
btol tu titan..Tuhan menguji utk tengok tahap kesabaran kita kan
innalillahiwainnailaihirajiun. Tragedi MH17…berita yang memang memeranjatkan dan menyayat hati.
Takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat. Moga arwah digolongkan dikalangan orang yang beriman.
Amin.
Curahan rasa Sya Isya @ ..PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27
Benar, belum selesai ke MH370, datang pula ujian MH17 yang sungguh memilukan kita.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Tambahan pula dengan Gaza yang sentiasa menangis dibedil bom Israel laknatullah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
semua ujian cukup besar ni ada hikmahnya yang tersembunyi
Ujian yang Allah berikan adalah supaya kita sentiasa ingat kepada Dia.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita yang pastinya disebalik semua itu ada hikmah kebaikan yang kita sendiri tidak tahu..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
bagi mereka yang berfikiran positif..ujian begini menjadikan kita semakin kuat dan hebat dalam menghadapi cabaran hidup
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
amin…semoga semua isu ini dapat dirungkai seadilnya kan..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Semoga semua keluarga mangsa tragedi MH17 dapat bersabar dalam menghadapi ujian Allah. Kita harapkan misteri penembak MH17 akan terungkai dengan izin Allah. Sama2lah kita doakan
Curahan rasa ummi naimie @ ..SUMBANGLAH UNTUK GAZA
Begitulah harapannya. Pesalah pasti didakwa, itu sudah pasti.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Janji DS Najib pada kita semua,semoga dipermudahkan. Yang bersalah harus menerima hukuman yang setimpal.
Curahan rasa Denaihati @ ..Apabila Gaza tidak tunduk pada Tel Aviv
Semoga dengan hukuman itu akan memberi pengajaran berguna buat kita semua.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Tu la pasal… geram dengar alasan ‘tertembak’ yang mereka gunakan. Ingan nyawa orang nie ada dua ke? hmmm
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Koleksi pantun hari raya aidilfitri terbaik 2014
begitulah hendaknya..jangan biarkan mereka terlepas..biar seluruh dunia tahu
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengaruh Gelombang Otak Dalam Hipnosis
Comments are closed.