Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang tidak dapat dipisahkan sepanjang Kembara Musafir Europe kerana ringan dan nipis jadi mudah nak bawa. Semua entri kembara ditulis dan dimasukan gambar secara live menggunakan aplikasi wordpress iPhone 4S kemudian diubahsuai menggunakan Portege Z830. Tidak sangka rupanya ramai Rakan Denaihati yang menunggu setiap entri Kembara Musafir Europe. Toshiba Portege dan iPhone 4S benar-benar telah membantu untuk berkongsi kisah kembara kami dengan semua pembaca setia.
Ketika di Frankfurt aku menerima email jemputan daripada Toshiba untuk menghadirkan diri ke majlis pelancaran produk baru. Pada 16/5/2012 aku telah menghadiri Majlis Pelancaran Notebook Toshiba Satellite Model P, L dan M di @Live, Arcade Federal, Kuala Lumpur. Ramai wakil media yang hadir termasuklah blogger Benashaari dan Nicole.
Hampir semua teknologi yang telah digunakan di Toshiba Portege Z830 telah digunakan di dalam model baru Toshiba Satellite dengan pengubahsuaian dan peningkatan. Paling aku teruja melihat Toshiba Satellite P siri Qosmio yang memaparkan gambar 3D tanpa menggunakan cermin mata 3D, ini kalau main game 3D mahu juling biji mata.
Semasa di Frankfurt aku juga menerima satu lagi email dari Toshiba yang mungkin berita gembira kepada pembaca setia Denaihati. Ingat tak lagi ramai yang tanya adakah pembaca setia blog Denaihati akan mendapat diskaun sekiranya beli Toshiba Portege Z830 Ultrabook melalui Denaihati. Toshiba telah bersetuju memberi diskaun 10% kepada semua pembaca blog Denaihati tetapi dengan syarat pembelian mesti dibuat melalui admin Denaihati. Harga pasaran untuk Portege Z830 i5 adalah RM3,999 setelah mendapat diskaun 10% maka harga menjadi RM3,999 – RM399.90 manakala harga Portege Z830 i7 selepas diskaun 10% adalah RM4899 – RM489.90.
Terima kasih kepada Toshiba kerana sudi memberi diskaun 10% kepada semua pembaca Denaihati. Terima kasih juga di atas kepercayaan yang diberi oleh Toshiba kepada blog Denaihati dan semua pembaca setia blog ini. Diskaun 10% bukan nilai yang sedikit dan tidak akan dapat di mana-mana Store Toshiba di Malaysia. Kepada Rakan Denaihati yang berminat sila email pesanan kepada saya [at] denaihati.com. Pesanan akan dibuat setelah pembayaran dibuat kepada akaun Denaihati Resources. Pesanan akan dibuat secara berkumpulan jadi kena bagi masa untuk dapat setiap unit Toshiba Portege z830 yang dipesan.
Nota : Harap Rakan Denaihati sudi klik button share FB supaya dapat maklumkan kepada seberapa ramai kawan-kawan kita yang tidak terbaca entri dan promosi ini.
- Ultrabook Toshiba Portege Z830 Termimpi-mimpi
- Toshiba Portege Z830 Ultrabook mimpi jadi kenyataan #toshibaultrabook
- Toshiba Portege Z830 Ultrabook Challenge mendebarkan #toshibaultrabook
- Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge #toshibaultrabook
- Toshiba Intel Ultrabook Challenge dedahkan identiti Denaihati #toshibaultrabook
133 Comments
walaupun dah diskaun, still x mampu lg..nak simpan duit nak gi melancong..hehe
Curahan rasa syu90 @ ..Sinopsis Indera Joned – Slot Aksi TV3
syu nak melancong ke mana yea?
toshiba memang sudah terkenal sejak dulu , awet dan tahan lama . mesin juga bergaransi ,, my laptop toshiba too … sudah teruji dan terbukti , toshiba is the best
Curahan rasa barrie @ ..Small Business SEO Tips
Lepas tolak yuran duit PTPTN tak cukup lagi nak beli ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 10
tul tu. agak tinggi harganya. tapi ia mantap!
wah, ada offer menarik tuh
Curahan rasa rozuan @ ..AKSI PCB NAIK GAJAH COMEL
Cepat beli 10% diskaun ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 10
Bro Ahmad Hati mau beli ya..?
Curahan rasa Dadan @ ..Hari ini YouTube Ulang Tahun Ke-7
diskaun 10% tu banyak juga..
kalaulah dapat satu… dah baca entri ni dua kali, sekali time jaga piksa kat kelas .. sekali lg petang ni,.. alangkah baiknya jika duit x digunakan untuk menyambut raya…
Curahan rasa aimaniman @ ..Blogger-blogger comel Malaysia
tapi kena sambut raya jugak gayanya..
offer menarik ni… kalau ada modal mau je sambar satu…
Curahan rasa daddydee @ ..Bola : Kelantan Vs Bayern Munich
Kena cari modal lah ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 10
sma la..klau ada modal, dh lama rembat 1 nie.
Curahan rasa syu90 @ ..Sinopsis Indera Joned – Slot Aksi TV3
modal besar ada.. sambar je trus toshiba portege nih
bagusnya ada diskaun 10%…tapi masih belum nak tukar gadget lagi..
Curahan rasa bardboo @ ..Sambutan Harijadi Izz Ammar
Haha, setia dengan gadget yang lama nampaknya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Bunga Bunga Syurga Episode 10
Kalau masih bisa dipakai, kenapa tidak ?
Curahan rasa Dadan @ ..Hari ini YouTube Ulang Tahun Ke-7
bro pakai iphone yea skrang?
Toshiba Portege Z830 Ultrabook banyak membantu bro DH dalam kembaranya ke Eropa
Curahan rasa Dadan @ ..Hari ini YouTube Ulang Tahun Ke-7
sudah semestinya kita di sini ternanti2 kembara europe itu
Hajat tu ada…tapi steady lah Toshiba..bagi discount lagi tuh..
Curahan rasa azman @ ..Berkelah Sg Tua Ulu Yam
teringin nak pakai…ngah kumpul sen dulu…ngah berusaha sesuatu…:)insyaAllah…
Curahan rasa Norizwan @ ..Katak Hidup Dicelup Pewarna Di China
belum bercadang lagi nak menambah atau menukar laptop sedia ada..insyaAllah akan disampaikan berita menarik ni kepada rakan rakan lain yang terlepas berita..
Curahan rasa pipoq @ ..Piala Sultan Azlan Shah edisi ke 21
Betul tuh, sekiranya akan banyak Rakan Blogger yang berminat membeli…
Curahan rasa Dadan @ ..Hari ini YouTube Ulang Tahun Ke-7
bro DH mintak price 50% la utk pembaca bertuah 🙂 ..hehe
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Lelaki Kacak di Hati Izara Aishah
sangat-sangat bersetuju dengan cadangan ini
Curahan rasa onlajer @ ..Esok Rejab
saya rasa kalau 50% sih, ga bakalan dipenuhi tuh…
Curahan rasa Dadan @ ..Hari ini YouTube Ulang Tahun Ke-7
yeay..stuju2..klau 50% mesti bleh dipertimbangkan..tp 10% tu pon dah ckup ok sbnrnya..
Curahan rasa syu90 @ ..Sinopsis Indera Joned – Slot Aksi TV3
untung nya la dapat diskaun….
Curahan rasa arelan @ ..SeGMeN : BLoGWaLKiNg & FoLLoW By NuRuL aisYaH
keuntungan bagi follower DH tuh..
Curahan rasa Dadan @ ..Project Glass, Kacamata Pintar Google
boleh tahan harga tu.. hehe
Curahan rasa zhazmi @ ..A Pregnant Frog?
salah satu keistimewaan untuk follower blog DH. sape nak bagi diskaun RM 400 – RM490..
Curahan rasa noorsyamsul @ ..WORDLESS WEDNESDAY: SELAMAT HARI GURU 2012
maka bangganya jadi follower DH, meski tetap tak bisa membelinya…
Curahan rasa Dadan @ ..Project Glass, Kacamata Pintar Google
yup, btol tu..sesapa yg tgh nak beli gajet bru bleh la beli yg nie..jimat2..
Curahan rasa syu90 @ ..Sinopsis Indera Joned – Slot Aksi TV3
Comments are closed.