Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge #toshibaultrabook

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sepanjang menulis blog sejak tahun 2008, AKU memang lebih mempromosi blog Denaihati daripada promosi diri. Tidak juga merahsiakan diri kerana sudah ramai Blogger yang telah bersua di Majlis eQurban dan Test Drive HondaMark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge mengubah segalanya kerana semua pembaca setia blog Denaihati berpeluang menonton wajah sebenar Founder Denaihati.

Untuk julung kalinya video Founder Denaihati ditontonkan di blog Denaihati (terima kasih semua yang sudi menonton video, klik LIKE dan tinggalkan komen).

Masih ingat lagi entri debaran hati 8 Blogger Malaysia dan Singapore untuk menjalankan pengambaran Toshiba Intel Ultrabook ChallengeToshiba Intel Ultrabook Challenge memang mencabar minda dan daya tahan. Daripada awal pagi hingga awal malam berkampung di Country Heights memang meletihkan kepada yang tidak biasa menjalankan pengambaran secara profesional. Suatu pengalaman yang menyeronokan dan banyak ilmu kualiti diri yang boleh dipelajari seperti menepati waktu, taat dengan program yang telah ditetapkan dan tidak mementingkan diri sendiri.

Final Toshiba Intel Ping Pong Challenge antara Ladyironchef dan Ben Ashaari

Toshiba Intel Ultrabook Challenge bermula di awal pagi dengan outdoor game. Pemainan pertama ini memang unik di mana Blogger perlu bermain Ping Pong dengan menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook. Mendebarkan sebab dah lama tak main Ping Pong tapi lebih mendebarkan menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook sebagai bat Ping Pong. Bermain sehingga peringkat separuh akhir tewas kepada Blogger Badang Perkasa Ben Ashaari dan pada pemainan penentuan 3/4 menang tempat ke tiga menewaskan Blogger Cun Malaysia Nicole Tan.

Pada awal permainan memang agak kekok bermain ping pong menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook tetapi semakin lama terasa ringan dan tidak terasa bermain menggunakan Ultrabook. Bermacam aksi Blogger lakukan untuk menang lagak pemain ping pong profesional tak percaya saksikan video Toshiba Intel Ultrabook Challenge – Ping Pong Challenge di DenaihatiTV. Selepas game ini memang aku yakin Toshiba Portege Z830 Ultrabook bukan sahaja ringan tetapi mempunya daya tahan yang tidak ada pada kebanyakan laptop yang lain.

Emila Yusof sedang mencari Toshiba Ultrabook yang tersembunyi dicelah perabot.

Toshiba Intel Ultrabook Challenge permainan pertama indoor ala-ala treasure hunt di mana Blogger perlu mencari lapan buah Toshiba Ultrabook Portege Z830 yang disembunyikan dalam sebuah bilik dan perlu menyambungkan tiga Toshiba Ultrabook ke tiga port berbeza iaitu LAN, HDMI dan VGA dalam tempoh 120 minit. Toshiba Intel Ultrabook Challenge – Treasure Hunt Challenge memang sangat mencabar minda dan kepantasan membuat keputusan. Bukan mudah nak mencari Toshiba Portege Z830 Ultrabook dengan ketebalan 15.9mm dicelah-celah buku, majalah dan perabot bilik. Bila tengok kembali video Toshiba Intel Ultrabook Challenge – Treasure Hunt Challenge kelakar pulak masing-masing lintang pukang kehulu dan kehilir mencari Toshiba Portege Z830 Ultrabook sehingga ada yang terlupa nak sambung port yang disediakan.

Alhamdulillah aku dapat menyempurnakan tugasan dengan baik dan mendapat mata paling tinggi. Daripada game ini memang ternyata Toshiba Portege Z830 Ultrabook sangat nipis dan ringan sehingga aku tidak dapat mencari tiga buah yang hanya diletak dicelah majalah di atas meja dan di dalam beg sekolah yang ditolak begitu sahaja. Satu lagi ilmu yang diperolehi port HDMI, LAN dan VGA sangat mudah disambung walaupun dalam masa yang sangat pendek. Kejayaan game ini menaikkan ranking keseluruhan aku ke tangga ketiga.

Charge HP terus dari Ultrabook - Facebook Emila Yusof

Toshiba Portege Z830 Ultrabook selain ringan 1.12kg, nipis 15.9mm, kelebaran skrin 13.3 inci dan menggunakan Windows 7 Professional ada satu lagi kelebihan yang ingin dikongsikan dengan pembaca iaitu boleh digunakan untuk charge hand phone tanpa perlu on power. Joom baca pengalaman Blogger Emila Yusof yang tertulis di wall Facebook beliau : “I could not find a socket to charge my hand phone. So what I did was, take out my Toshiba Ultrabook from my handbag (yes, it fits in my big handbag) and use it to charge my phone using phone USB cable. Yes, Ultrabook does that while on its sleeping mode. How cool is that?!!

Tunggukan entri akan datang pasti lagi banyak kisah menarik sepanjang menjalankan pengambaran Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge. Pasti semua nak tahu adakah semua Blogger dapat Toshiba Portege Z830 Ultrabook yang kami uji guna ini?

This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.


Spread the love

250 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!