Top 10 Hotel Kuala Lumpur untuk berlibur

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, antara hobi aku adalah mengembara di negara sendiri dan negara orang melihat kehebatan kuasa Allah SWT menjadikan alam ini dengan berbagai rupa dan bangsa. Bila mengembara sendirian aku lebih suka pergi kekawasan yang bukan popular dan tinggal di hotel bukan 5 bintang barulah boleh merasai kehidupan sebenar masyarakat setempat, susah dan senang mereka. 2012 ini banyak juga rancangan mengembara  insyallah akan dikongsikan dengan semua Rakan Blogger.

Kuala Lumpur pun tak abis jelajah banyak lagi ceruk Kuala Lumpur yang belum dijejaki. Kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika suka tinggal di budget hotel dan menikmati makanan tempatan berbeza dengan pelancung Arab yang suka tinggal di hotel mewah dan mencari makanan arab di Arab Street. Ada beribu hotel berbintang dan budget hotel di Kotaraya Kuala Lumpur. Nak kongsikan senarai top 10 hotel Kuala Lumpur iaitu

  1. Cititel Midvalley
  2. Sunway Resort & SPA
  3. Hotel Capitol Bukit Bintang
  4. Fahrenheit Suites Bukit Bintang
  5. Swiss Garden Bukit Bintang
  6. Hotel Sentral
  7. Boulervard Mid Valley
  8. Impiana KLCC
  9. Melia Kuala Lumpur
  10. Corus Kuala Lumpur

Daripada 10 tersenarai hanya 5 sahaja yang pernah ada pengalaman menginap dan yang terbaik bagi aku Boulervard Mid Valley. Kepada yang suka mengembara keluar negara dan yang nak mencari hotel terbaik di dunia boleh tengok di senarai top 10 hotel duniatop 10 resort pantai dunia dan top 6 pulau pelancungan dunia.

Kuala Lumpur Sumber dari Google.

Sebagai Rakyat Malaysia yang sudah mengembara ke banyak bandar kecil dan besar aku bangga dengan Kuala Lumpur memang terbaik dan banyak lagi perkara boleh dilakukan untuk menjadi lebih baik daripada yang terbaik. Antara aktiviti menarik di Kuala Lumpur ialah makan tom yam di gerai yang banyak di Kampung Bahru, makan nasi lemak bungkus di Jalan Doraisamy, pekena teh tarik di Coffe House Concorde Hotel yang buka 24 jam, online di Starbuck Bukit Bintang sambil melihat berbagai ragam manusia lalu lalang, menatap lukisan hasil seni seniman jalanan di Pasar Seni dan makan durian yang sentiasa ada 365 hari setahun di Bukit Bintang. Kepada Rakan Blogger Kuala Lumpur apalah agaknya akitiviti paling best di Kuala Lumpur?


Spread the love

99 Comments

  1. saya pernah berada di pusat bandaraya ini beberapa tahun lepas.menetap di sana untuk waktu yang singkat bagi merasai suasana kotaraya ini.Benar kata orang biarpun berada di negara sendiri, tetapi dengan negeri dan suasana serta keadaan cuaca yang sedikit berlainan, perasaan kekok dan was-was itu pada mulanya memang timbul.Bermacam ragam manusia yang boleh kita lihat di kota metropolitan ini.Apapun saya bangga dengan negara saya dan saya bangga menjadi sebahagian anak Malaysia.

  2. Cititel Mid Valley terkenal dengan pelancong dari Singapore.Sebab senang semua ada kat sana.Bulevard hotel,Garden Hotel under satu tokey hehehe…

    Banyak aktiviti boleh dibuat di .KL,kalau nak rasa street food boleh pergi Jalan Tar pasar malam,tiap2 hari sabtu ada.

    Kg Baru Pintu Gerbang banyak makanan dari semua negeri.Nak santai lepak2 dataran ada,tasik perdana,mandi manda di KLCC(utk anak2)

    Nak main layang2 waktu petang kat tepi jalan MRR2 pun boleh.Nak cari barang komputer low yat ada.Indor theme park Berjaya Time Squre not bad.Nak cari sayur kg Jalan Raja Alang ada.

    Mcm2 adaa….
    Curahan rasa azman @ ..Milo Ais rm 3.50My Profile

  3. Jgn lupe kat KL byk uptown & downtown..Itulah tempat lepak sy ngan kwn2 selepas waktu siang buzy ngan study masa kat sana..haii salam kenal,,nak minta kbnrn yer taruk link blog ini kat blog sy..anyway sy nie blogger baru..jom exchange2 link blog…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!