Assalamualaikum dan salam 1Dunia, antara hobi aku adalah mengembara di negara sendiri dan negara orang melihat kehebatan kuasa Allah SWT menjadikan alam ini dengan berbagai rupa dan bangsa. Bila mengembara sendirian aku lebih suka pergi kekawasan yang bukan popular dan tinggal di hotel bukan 5 bintang barulah boleh merasai kehidupan sebenar masyarakat setempat, susah dan senang mereka. 2012 ini banyak juga rancangan mengembara insyallah akan dikongsikan dengan semua Rakan Blogger.
Kuala Lumpur pun tak abis jelajah banyak lagi ceruk Kuala Lumpur yang belum dijejaki. Kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika suka tinggal di budget hotel dan menikmati makanan tempatan berbeza dengan pelancung Arab yang suka tinggal di hotel mewah dan mencari makanan arab di Arab Street. Ada beribu hotel berbintang dan budget hotel di Kotaraya Kuala Lumpur. Nak kongsikan senarai top 10 hotel Kuala Lumpur iaitu
- Cititel Midvalley
- Sunway Resort & SPA
- Hotel Capitol Bukit Bintang
- Fahrenheit Suites Bukit Bintang
- Swiss Garden Bukit Bintang
- Hotel Sentral
- Boulervard Mid Valley
- Impiana KLCC
- Melia Kuala Lumpur
- Corus Kuala Lumpur
Daripada 10 tersenarai hanya 5 sahaja yang pernah ada pengalaman menginap dan yang terbaik bagi aku Boulervard Mid Valley. Kepada yang suka mengembara keluar negara dan yang nak mencari hotel terbaik di dunia boleh tengok di senarai top 10 hotel dunia, top 10 resort pantai dunia dan top 6 pulau pelancungan dunia.
Sebagai Rakyat Malaysia yang sudah mengembara ke banyak bandar kecil dan besar aku bangga dengan Kuala Lumpur memang terbaik dan banyak lagi perkara boleh dilakukan untuk menjadi lebih baik daripada yang terbaik. Antara aktiviti menarik di Kuala Lumpur ialah makan tom yam di gerai yang banyak di Kampung Bahru, makan nasi lemak bungkus di Jalan Doraisamy, pekena teh tarik di Coffe House Concorde Hotel yang buka 24 jam, online di Starbuck Bukit Bintang sambil melihat berbagai ragam manusia lalu lalang, menatap lukisan hasil seni seniman jalanan di Pasar Seni dan makan durian yang sentiasa ada 365 hari setahun di Bukit Bintang. Kepada Rakan Blogger Kuala Lumpur apalah agaknya akitiviti paling best di Kuala Lumpur?
99 Comments
Cititel rasanya overated. Biliknya memang tak padan dengan harga,.. harapkan dekat dngn MidValley je… boleh diterima kalau list “berlibur”. Kalau utk penginapan yang selesa memang tak selesa. Pendapat sendiri sebab pernah menginap.
Curahan rasa shraqs @ ..GoDaddy – Domain Kupon Kod Januari $1.00
memang agak kurang selesa kalau nak murah di KL stay kat concorde KL ditengah bandar raya rate hanya RM250 ++ bilik bagus makan pun murah
Curahan rasa denaihati @ ..Blog Denaihati nak jadi top 5 World Bloggers Award.
top 10 ni..mesti pgi kalau dtg KL..
tak pernah menginap lagi di hotel dalam list tu..
setakat ni pernah di Palace Beach and Spa Hotel saja..
Curahan rasa kulanz @ ..Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012M/1433H
Terasa juga nak tinggal kat hotel spt di atas, tapi bila ye? Mungkin bila ada hadiah contest drp DH.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Org macam kami ni mana ada mengindap di hotel2 mewah 5 bintang, hostel2 pun tak pernah. Bila ke KL duduk dekat rumah kakak atau waris2 aje.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
mungkin bisa tapi menabung sampai setahun
Curahan rasa munir ardi @ ..THE ENTRANCE INTO SOCIETY.
Kumpul duit byk2 dulu bru melancong..hehehehehehe
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
pelancung arab datang sini tabur duit 🙂
Curahan rasa rahman_hussin @ ..Pokok manggis berbunga kertas
hehe.. tak pernah pun merasa hotel bintang banyak2 ni.. 🙂
Curahan rasa cmratu @ ..Terima Kasih Blogger Hebat
teringin juga nak bercuti ke sana..tapi poket selalu tidak mengizinkan pergerakan
teringin nak pergi melancung ke makassar
Curahan rasa apaajanews @ ..LEPAK RESTORAN MAMAK
Bolehlah bro… semoga saja bisa ketemu saya disini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Malaikat Tanpa Sayap
ayo sekalian dengan yang lain
Curahan rasa munir ardi @ ..THE ENTRANCE INTO SOCIETY.
mantap nih info nya !
Hotel Pullman pun cantik juga.. Cuma mahal la..
Curahan rasa syam @ ..Pameran Kambing
kalau cantik, pastilah mahal..
lebih cari yang murah tapi tidak murahan…
Dekat Putrajaya ni, cuma Shang Ri La jer la yang nampak gak, cantik dan sedap mata memandang. Ada hotel yang sedang dalam pembinaan dekat tepi jalan besar menghala ke Putrajaya ni. Siap layout padang golf dekat tepi jalan. Tak lama lagi makin sesak la Putrajaya nih
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..24hb Feb Tarikh iPad 3 dilepaskan
banyak kedai makan kat kl, boleh pilih nak masakan melayu, mamak, arab, nasi padang, cina muslim, western..sume ada 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Boo Evra tak salah?
kat banting ada 3 hotel aje..hehe
Curahan rasa titan @ ..Lelaki kacak patut minum jus Monavie.
Ait…. ada juga hotel dekat banting ni yer…. hehehehe
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..24hb Feb Tarikh iPad 3 dilepaskan
Comments are closed.