Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kisah Facebook sentiasa sahaja panas dengan berbagai gosip, luahan perasan, caci maki hamun sehinggalah dijadikan tempat menyebarkan berbagai fahaman gerakan seperti gerakan murtad. Kepada yang bijak Facebook juga menjadi lubuk mengumpul duit tetapi tidak kurang juga yang menipu dan tertipu. Sebelum ini Facebook baru mengubah berbagai syarat seperti yang aku tulis dalam entri “Facebook tidak benarkan promosi percuma” dan terkini Kerajaan mewajibkan perniaga online termasuk yang berniaga di Facebook mendaftar.
Semua ini isyarat berniaga di Facebook bakal menjadi semakin susah kecuali kepada mereka yang rajin belajar selok belok berniaga di sosial media. Ramai sifu-sifu Facebook yang menganjurkan berbagai seminar mengajar cara buat duit dengan facebook. Kepada yang berniaga menggunakan Facebook page kena pastikan likes banyak, berkualiti dan dari Malaysia bukan robot seperti sebilangan kecil penipu yang menjual page dengan harga murah. Bukan susah sangat nak tingkatkan likes sebuah Facebook page yang penting tuan page kena rajin belajar seperti membaca buku “Cara meningkatkan likes hanya dari Malaysia“. Setelah banyak likes kenalah kongsikan informasi yang bermanafaat mengikut niche follower tersebut.
Untuk berjaya dalam perniagaan di Facebook bukan sekadar mempunyai page yang ramai follower tetapi mesti juga mengetahui cara menjual produk mengikut trafik yang sesuai. Sudah pasti bisnis tidak akan menjadi kalau nak berniaga komestik kepada follower lelaki atau menjual viagra kepada follower wanita. Setiap usahawan online ada cara tersendiri dan ada yang menggunakan Sistem Trafik Percuma yang terbukti telah membantu ramai usahawan Facebook.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Pelik juga bila ramai dikalangan pengguna Facebook yang mengabiskan masa berjam-jam sehari bersosial mengabiskan duit membayar bil internet. 2015 ini anda semua kena berubah nak bersosial boleh tetapi kenapa tidak ambil peluang buat duit online. Kalau malas sangat nak buat promosi guna sahaja sistem robot untuk mempromosi produk anda di Facebook. Keluarlah sikit modal untuk belajar cara menggunakan sistem robot dengan sifu-sifu Facebook yang hebat atau kalau malas boleh je belajar secara online dengan menonton video “Kuasa Robot Facebook“.
Macam-macam cara ada untuk berjaya berniaga di Facebook walaupun berbagai syarat dikenakan oleh Facebook dan Kerajaan. Semuanya terpulang kepada kita hendak atau tak nak. Bayangkan kalau Facebook page anda antara top 10 facebook page Malaysia pasti berlipat kali ganda rezeki yang bakal masuk. Adakah mustahil untuk tersenarai di top 10 Malaysia walaupun anda bukan selebriti. Tidak mustahil tak percaya tengok senarai di bawah bukan semuanya selebriti.
Senarai Top 10 Facebook Page Malaysia (jumlah pada 18/12/2014)
- Upin & Ipin : 10,940,314
- Penmerah [dot] com : 5,134,884
- Tintu-Mon : 4,806,906
- Nama-nama Islam : 3,851,722
- Zizan Razak : 3,559,947
- Air Asia : 2,902,071
- Lisa Surihani : 2,748,888
- Berita Harian Online : 2,731,610
- Najib Razak : 2,728,985
- Islam Itu Indah : 2,514,811
Sekarang likes Facebook page Denaihati Network sudah melebihi 1 Juta berada pada ranking 74 dan bertambah setiap hari. Matlamat 2015 untuk masuk top 10 Facebook page Malaysia dan mengandakan pendapatan online melalui perniagaan di facebook. Anda bila lagi?
124 Comments
Saya suka Penmerah dot com sebab selalu update video kucing yang comel dan video yang kelakar.. Memang release tension bila nengok..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMBUAT UJIAN KEHAMILAN
dulu page perdana menteri ada banyak, sekarang dah gabung jadi satu, jadi likers pun bertambah ramai.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29
Perdana Menteri pun mempunyai fans yang tersendiri utk mengikuti segala aktiviti yg dilakukan oleh PM sehari-hari…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
wow, upin-ipin keren banget. Banyak sekali penggemarnya, termasuk di Indonesia juga.
Salam kenal dari Indonesia.
memang hebat upin dan ipin ini berjaya jadi nombor satu kapan bisa punya FB Page seribu saja dah syukur
setiap satu page itu memang mempunyai likers yang tersendiri. memang tak disangkal lagi kelebihan setiap page tersebut.
Curahan rasa Pendekar @ ..Kenapa Perlu Branding Blog?
semuanya memang punya kelebihan dan punya peminat tersendiri terlebih ipin upin luar negara pun ada
setiap page ada kelebihan yang tersendiri yg dapat menarik minat para pengunjung untuk LIKE dan menjadi pengunjung tetap….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
fulamak….salute kt penmerahdotcom yg tersenarai dlm top 10….nie kalau dpt beriklan dlm tu confirm meletop sale….agaknya apa rahsia mereka dapat like yg begitu banyak ( x termasuk fanpage artis).
Curahan rasa azmi @ ..Christina Perri sekali lagi ke Kuala Lumpur
rahsia mereka adalah content setiap status mereka sendiri… itulah rahsia sebenar mereka.
Curahan rasa Pendekar @ ..Kenapa Perlu Branding Blog?
Branding dan content memang jadi kunci keberhasilan semoga bisa dapat banyak like juga suatu hari nanti
branding mereka cukup kuat yang dapat menarik peminat dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa-paksa….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
mmg boleh meletup sale kalau boleh iklankan di dalam page tu kan…
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
Hebat la diorang ni. Peminat like tanpa dipaksa. Kalaulah blog SP tersenarai dalam top 1000 pun dah kira ok..huhu
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Cara Tidur Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
insyaALLAH… boleh dah tu… memang kena rajinkan diri lah gamaknya….
Curahan rasa Pendekar @ ..Panduan Terkini Temuduga – Interview SPA
kerja keras dan usaha tiada henti mestilah berjaya seperti mereka dan mesti ada tim tangguh di balik mereka ini
peminat akan LIKE page yg dpt memberikan sesuatu seperti dapat berehat santai apabila melihat sesuatu informasi yang ditonjolkan….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
Sekarang ni dah kurang aktif dengan FB ni. Page pun sekadar cukup syarat berupdate… Nak dpt juta2 spt top 10 ni…mustahillah… Semoga tercapai cita2 denaihati.
Curahan rasa BM @ ..Misi Blogwalking – Rutin Seorang Blogger
thx infonya.. keep posting.. semiga sukses trus yaa.. mantap artikel nya..
Wahh… semoga cecita Admin tuk tersenarai dalam Top 100 di thn 2015 akan tercapat dengan jayanya ya….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kepentingan Pengambilan Kolagen
Boleh juga jadikan KPI untuk tahun 2015. Walaupun jauh beribu batu, tetapi kulangkahi jua…
Semoga hasrat Denaihati terlaksana.
Curahan rasa yangbaik @ ..Sentiasa menjaga dan melaksanakan
KPI tu apa tuan?
Indeks Penilaian Prestasi ke?
macam best je bunyi…
Curahan rasa Pendekar @ ..Sekitar Seminar Buat Duit Dengan Affiliate
Top2 juga, kalau nak kena delete kena juga hahahaha… sedih kan …
Curahan rasa Noor Azlin @ ..Bola Bola Bola AFF Suzuki Cup
biasanya kalau official dah dapat…memang takkan kena delete dah…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalut Pulak.
yang top 10 page facebook tu banyak artis … 😉
susah kita nak bersaing.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Punca Ramai Pelajar Gagal Dapat A PT3 2014
Penmerahdotcom bukan artis namun mereka berjaya juga mendapatkan banyak like dengan content dan branding mereka
very good.. keep posting.. blog walking.. sukses slalu.. thx yaa.. hehee,,
Curahan rasa ARTIS JAV TERCANTIK @ ..FREE LIVE STREAMING TV ONLINE
Facebook medium pemasaran, tapi laman web kena ada jugak. Lagipun Facebook dah mula tunjuk dasar kapitalis dia, kena bayar untuk reach tinggi.
Curahan rasa Adam @ ..(VIDEO) Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 6
hahahaha… yang ini win… kah kah kah…
dasar kapitalis dah nampak… maklumlah kampeni depa dah masuk nasdaq..
Curahan rasa Pendekar @ ..Panduan Terkini Temuduga – Interview SPA
tak free lagi mesti cari alternatif lain nampaknya takut suatu hari fb tak free mesti bayar
Comments are closed.