Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh dikata melainkan sujud syukur tanda terima kasih kepada ALLAH SWT apabila Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog selesai dengan jayanya. Bukanlah sempurna 100% tetapi dengan tempoh yang sangat singkat kejayaan menganjurkan seminar ini oleh Team Denaihati Network bolehlah dibanggakan. Terima kasih kepada Shakiddo, Anarm dan Eizil yang bertungkus lumus sejak awal menguruskan dengan bantuan Shahril, Hazman, Nurliza, Pendekar Berkuda dan semua sukarelawan.
Jutaan terima kasih kepada penganjur bersama Kumpulan Media Karangkraf khasnya kepada Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi/CEO yang juga sudi berkongsi kisah susah senang membina perniagaan dan kisah macam mana memikat isteri, semua peserta teruja sangat. Tidak lupa kepada En Ahmad Yani Abd Manaf, Senior Editor Majalah i yang juga menjadi jambatan melancarkan majlis yang dihoskan di Dewan Sultan Muhammad V Karangkraf. Paling terbaik Dato’ Hussamuddin juga memberi ruang kepada Sinar Harian menjadi rakan media yang mempromosi meluas keseluruh Malaysia.
Seminar Buat Duit dengan Affiliate tidak akan menjadi kenyataan kalau bukan dengan tajaan utama Jopana.my dan penaja bersama Amaraiman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen (khas untuk peserta dan semua pembaca ada diskuan 20% jika order sekarang dengan hashtag #denaihati), Klikjer.com, Choc4Gaza dan semua penaja t-shirt HazmanFadzil.com, Kitepunye.com, Hafiz.my, Flavapictures.com.my, Mohdzarin.com, Cahayadiana.com, Beevenommalaysia.com, Mohdfairiz.com dan Crunchykapit.com. Sumbangan penaja semua telah membantu menyebarkan ilmu kepada semua peserta.
Watak paling penting yang menjayakan seminar tidak lain tidak bukan adalah yang bijak pandai ahli panel iaitu Prof Hariz bakal jutawan muda, Zeo Unic yang memang unik, En Titan juga ada banyak nama samaran (mohon maaf penganjur terlupa order Cendol), Shuth penulis e-Book bahasa Melayu pertama di dunia dan Eizil guru besar Akademi Denaihati. Ilmu yang mereka sampaikan ringkas tetapi padat menjadi pembuka minda asas untuk buat duit affiliate dengan blog. Tidak lupa juga kepada Hilal Azmi yang diangkat dari peserta menjadi emcee serta Ustaz Noehas yang telah membuka dan menutup majlis dengan bacaan doa.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang datang dari Indonesia, Singapore, Kemboja dan dari berbagai pelusuk Malaysia, semuga majlis ilmu ini memberi manafaat penyuntik idea baru bagi menempuh 2015 yang lebih mencabar kehidupannya. Kami penganjur menghulur jadi sepuluh memohon ampun dan maaf sekira ada salah dah silap, terlanjur kata juga tidak terlayan serta tertegur. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk juga dari ALLAH atas kelemahan diri kami.
Kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.

Semuga ada lagi penganjur lain yang akan menganjurkan seminar buat duit dengan affiliate khas untuk blogger seperti ini kerana hampir semua seminar buat duit dengan affiliate adalah untuk IM. Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini hanya satu permulaan untuk perjalanan menjana wang berganda.
No related posts.
89 Comments
memang merupakan satu permulaan yang baik.kini tentu sudah semakin maju
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
buat duit dengan blog rasanya begitu menarik mendengarnya tetapi tentu saja tak senang harus banyak belajar
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
Tahun ini kawe pun nak cuba buat duit online banyak-banyak… menerusi blog. Syok tengok orang lain semua dah berjaya..
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..17 E-Book Buat Duit Online Terlaris Di Pasaran
jom kita sama-sama buat duit dengan affiliate juga bro, duit sape tak nak kan
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
afiliasi sempat merasakan juga bagaimana mencari duit dengan hal ini tapi tak terlalu pintar jadi ditinggalkan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Peran Ilmu Dalam Kehidupan
semoga memberikan rezeki dari jalan lain karena Allah sangatlah pemurah dan Penyayang
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
memang harus bekerja keras belajar pada ahlinya kalau hendak dapat kejayaan
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
buat duit dengan blog rasanya begitu menarik mendengarnya tetapi tentu saja tak senang harus banyak belajar
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
sedih tak dapat join.. belum ada rezeki lagi. insyaAllah nanti kalau ada lagi, bole cuba
Curahan rasa Datin Tyka @ ..5 Bulan Tanpa Laman Sosial
datin takde masalah rasanya kalau nak buat duit dengan affiliate, banyak masa terluang 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
selamat berjaya kepada smeua peserta..cabaran sebenar baru bermula untuk amalkan segala imu diperolehi dan terjemahkan kepada hasil…mana tahu rezeki di tahun 2015 melimpah-limpah
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
memang kalau dah belajar tu kena la praktikkan, semoga tahun-tahun mendatang menjanjikan pulangan yang besar juga
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
wah, luar biasa, SUksess banget. Saya segera menyusul kesuksesan kesuksesesan agan agan semuanya.
Curahan rasa anep @ ..Waduh, Kripik Pisang Ditolak China, Kenapa Ya?
mesti ikut segala hal yang berhubungan dengan blog seperti ini supaya beroleh ilmu langsung dari pakar nya
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
memang terbaik tim denaihati ini semua pakar di bodang blog afiliasi dan juga sEO
good semoga sukses selalu and lancar. semoga smakin berkembang terus.
Prof Hariz dah bakal jadi jutawan muda bagaimana ya rasanya jadi jutawan
Curahan rasa Abdullah @ ..Awas Musik Haram
very good.. sukses slalu yaa.. keep posting terus.. sukses,, semangat..
Curahan rasa ARTIS THAILAND TERCANTIK @ ..7 artis Thailand tercantik dan paling hot
Comments are closed.