Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kisah Facebook sentiasa sahaja panas dengan berbagai gosip, luahan perasan, caci maki hamun sehinggalah dijadikan tempat menyebarkan berbagai fahaman gerakan seperti gerakan murtad. Kepada yang bijak Facebook juga menjadi lubuk mengumpul duit tetapi tidak kurang juga yang menipu dan tertipu. Sebelum ini Facebook baru mengubah berbagai syarat seperti yang aku tulis dalam entri “Facebook tidak benarkan promosi percuma” dan terkini Kerajaan mewajibkan perniaga online termasuk yang berniaga di Facebook mendaftar.
Semua ini isyarat berniaga di Facebook bakal menjadi semakin susah kecuali kepada mereka yang rajin belajar selok belok berniaga di sosial media. Ramai sifu-sifu Facebook yang menganjurkan berbagai seminar mengajar cara buat duit dengan facebook. Kepada yang berniaga menggunakan Facebook page kena pastikan likes banyak, berkualiti dan dari Malaysia bukan robot seperti sebilangan kecil penipu yang menjual page dengan harga murah. Bukan susah sangat nak tingkatkan likes sebuah Facebook page yang penting tuan page kena rajin belajar seperti membaca buku “Cara meningkatkan likes hanya dari Malaysia“. Setelah banyak likes kenalah kongsikan informasi yang bermanafaat mengikut niche follower tersebut.
Untuk berjaya dalam perniagaan di Facebook bukan sekadar mempunyai page yang ramai follower tetapi mesti juga mengetahui cara menjual produk mengikut trafik yang sesuai. Sudah pasti bisnis tidak akan menjadi kalau nak berniaga komestik kepada follower lelaki atau menjual viagra kepada follower wanita. Setiap usahawan online ada cara tersendiri dan ada yang menggunakan Sistem Trafik Percuma yang terbukti telah membantu ramai usahawan Facebook.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Pelik juga bila ramai dikalangan pengguna Facebook yang mengabiskan masa berjam-jam sehari bersosial mengabiskan duit membayar bil internet. 2015 ini anda semua kena berubah nak bersosial boleh tetapi kenapa tidak ambil peluang buat duit online. Kalau malas sangat nak buat promosi guna sahaja sistem robot untuk mempromosi produk anda di Facebook. Keluarlah sikit modal untuk belajar cara menggunakan sistem robot dengan sifu-sifu Facebook yang hebat atau kalau malas boleh je belajar secara online dengan menonton video “Kuasa Robot Facebook“.
Macam-macam cara ada untuk berjaya berniaga di Facebook walaupun berbagai syarat dikenakan oleh Facebook dan Kerajaan. Semuanya terpulang kepada kita hendak atau tak nak. Bayangkan kalau Facebook page anda antara top 10 facebook page Malaysia pasti berlipat kali ganda rezeki yang bakal masuk. Adakah mustahil untuk tersenarai di top 10 Malaysia walaupun anda bukan selebriti. Tidak mustahil tak percaya tengok senarai di bawah bukan semuanya selebriti.
Senarai Top 10 Facebook Page Malaysia (jumlah pada 18/12/2014)
- Upin & Ipin : 10,940,314
- Penmerah [dot] com : 5,134,884
- Tintu-Mon : 4,806,906
- Nama-nama Islam : 3,851,722
- Zizan Razak : 3,559,947
- Air Asia : 2,902,071
- Lisa Surihani : 2,748,888
- Berita Harian Online : 2,731,610
- Najib Razak : 2,728,985
- Islam Itu Indah : 2,514,811
Sekarang likes Facebook page Denaihati Network sudah melebihi 1 Juta berada pada ranking 74 dan bertambah setiap hari. Matlamat 2015 untuk masuk top 10 Facebook page Malaysia dan mengandakan pendapatan online melalui perniagaan di facebook. Anda bila lagi?
124 Comments
hebat upin ipin…ramai betul yang follow…dah page denai hati network pun apa kurangnya..bukan senang juga sebenarnya nak dapat liker yang beratus ribu nie
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tahniah untuk page yang berjaya dalam top 10 malaysia, saya yakin suatu hari nanti rakan semua akan berada disitu juga, dengan syarat usaha berterusan.
ps/ pen merah tu sekarang dah banyak post mengarut dah saya tengok.. 😀
Curahan rasa buat duit @ ..Hello world!
ohmedia tak termasuk dalam 10 teratas lagi yer.
kagum dengan penmerah tu..
Curahan rasa EjamOthman @ ..Masalah Bunyi Pada Perodua Axia.
Sungguh jauh jangkauan nak ke ratus ribu like tu. Baru angka 4 ribu untuk page bisnes. Page untuk blog tak sampai seratus pun lagi.
Jauh sangat perjalanannya tu. Perlu usaha berlipat lipat lipat kali ganda.
Curahan rasa razis @ ..5 Gambar Jambatan Terpanjang Dan Tertinggi di Dunia. Takut Nak Lalu. Gayat.
Banyak juga like facebook untuk peringkat no 1 di malaysia ini
Curahan rasa Berita Tino @ ..Harga BBM Akan Turun Di Akhir Tahun
meanwhile di facebook page NikKhazami Says…. takde orang like langsung. 🙁
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – The Hunger Games: Mockingjay Part 1
ternyata Upin & Ipin mendominasi page like facebook tertinggi ya di malaysia, hebat … 🙂
Curahan rasa Info Menarik @ ..Cara Backup Semua Konten Di WordPress Gratis dan Berbayar
wow semuanya hebat hebat belaka. Semoga matlamat Denaihati Network untuk menjadi top 100 facebook page untuk tahu 2015 tercapai.. Terbaik
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Wah tak sangka ya upin dan ipin paling tertinggi hehe,kebanggaan anak malaysia ni,memang sukar nk dpt bnyk like dengan fanpage jika kurang kualiti dan tak nak belajar mningkatkan kualiti pages..terkena pada sy juga la hehe..mungkin hrus ubah sesuatu..selalu fokus blog tp pages mcm persinggahan..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Pembongkaran Penipuan Kes Minta Derma En Jesni: Guna Foto Bayi
Fanpages sy bru 300 likes huhu sedih betul,tapikan sekarang sy kena fhm apa yg facebook mahu..mcm kuasa hastag,photo bkualiti..sbb bila letak hastag mmg ramai viewer..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..“Saya Menang WANG BESAR RM30,000!!
Saya pun target nak dapatkan 15K fanpage like untuk blog pada tahun 2015. Ada satu page kendalian saya dah capai 10K likes, dan ada yang dah dapat 32K likes. Yang pasti, page tersebut BUKAN page utk optimasi buat duit menerusi fanpage. Mana page yang bukan buat duit memang senang diberikan pendedahan oleh FB .. hoho
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Jom Aktifkan MyKad
nak kena lebih usha nih kalau nak sampai bejuta like ,
Curahan rasa onlajer @ ..Power Tool Asas Untuk Kontraktor Baru
Usaha keras yang pasti kan hehe bukan mudah tp jika sabar berusaha dan dapat hasil..betapa indahnya..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Pembongkaran Penipuan Kes Minta Derma En Jesni: Guna Foto Bayi
wow hasrat blog denaihati tu tinggi melangit insyaalllah dengan usaha lebih fanpage dh akan dapat disenaraikan dalam top 100 Facebook page Malaysia
Curahan rasa adna2029 @ ..Daftar WhoHAA.com Sekarang
Biar ada target tinggi, maka usaha pun akan lebih. 🙂 beza antara orang biasa dengan luar biasa.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..4 Sifu Pemasaran Bantu Tingkatkan Jualan 300 Peratus!
wowwww…. fanpage Upin&Ipin dapat 11 juta lebih like. Memang animasi kartun jadi pujaan kanak-kansk dan semua lapisan masyarakat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Adakah Bisnes Online Tanpa Daftar Dianggap Haram?
Bilalah fanpage saya boleh dapat seperti top 10 ni. Moga ada manfaatnya dapat like banyak-banyak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO – Jom Aktifkan Mykad
wah masing-masing page yang hebat. kalau senaraikan page facebook blogger yang popular kan bagus jugak.
Comments are closed.