Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kisah Facebook sentiasa sahaja panas dengan berbagai gosip, luahan perasan, caci maki hamun sehinggalah dijadikan tempat menyebarkan berbagai fahaman gerakan seperti gerakan murtad. Kepada yang bijak Facebook juga menjadi lubuk mengumpul duit tetapi tidak kurang juga yang menipu dan tertipu. Sebelum ini Facebook baru mengubah berbagai syarat seperti yang aku tulis dalam entri “Facebook tidak benarkan promosi percuma” dan terkini Kerajaan mewajibkan perniaga online termasuk yang berniaga di Facebook mendaftar.
Semua ini isyarat berniaga di Facebook bakal menjadi semakin susah kecuali kepada mereka yang rajin belajar selok belok berniaga di sosial media. Ramai sifu-sifu Facebook yang menganjurkan berbagai seminar mengajar cara buat duit dengan facebook. Kepada yang berniaga menggunakan Facebook page kena pastikan likes banyak, berkualiti dan dari Malaysia bukan robot seperti sebilangan kecil penipu yang menjual page dengan harga murah. Bukan susah sangat nak tingkatkan likes sebuah Facebook page yang penting tuan page kena rajin belajar seperti membaca buku “Cara meningkatkan likes hanya dari Malaysia“. Setelah banyak likes kenalah kongsikan informasi yang bermanafaat mengikut niche follower tersebut.
Untuk berjaya dalam perniagaan di Facebook bukan sekadar mempunyai page yang ramai follower tetapi mesti juga mengetahui cara menjual produk mengikut trafik yang sesuai. Sudah pasti bisnis tidak akan menjadi kalau nak berniaga komestik kepada follower lelaki atau menjual viagra kepada follower wanita. Setiap usahawan online ada cara tersendiri dan ada yang menggunakan Sistem Trafik Percuma yang terbukti telah membantu ramai usahawan Facebook.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Pelik juga bila ramai dikalangan pengguna Facebook yang mengabiskan masa berjam-jam sehari bersosial mengabiskan duit membayar bil internet. 2015 ini anda semua kena berubah nak bersosial boleh tetapi kenapa tidak ambil peluang buat duit online. Kalau malas sangat nak buat promosi guna sahaja sistem robot untuk mempromosi produk anda di Facebook. Keluarlah sikit modal untuk belajar cara menggunakan sistem robot dengan sifu-sifu Facebook yang hebat atau kalau malas boleh je belajar secara online dengan menonton video “Kuasa Robot Facebook“.
Macam-macam cara ada untuk berjaya berniaga di Facebook walaupun berbagai syarat dikenakan oleh Facebook dan Kerajaan. Semuanya terpulang kepada kita hendak atau tak nak. Bayangkan kalau Facebook page anda antara top 10 facebook page Malaysia pasti berlipat kali ganda rezeki yang bakal masuk. Adakah mustahil untuk tersenarai di top 10 Malaysia walaupun anda bukan selebriti. Tidak mustahil tak percaya tengok senarai di bawah bukan semuanya selebriti.
Senarai Top 10 Facebook Page Malaysia (jumlah pada 18/12/2014)
- Upin & Ipin : 10,940,314
- Penmerah [dot] com : 5,134,884
- Tintu-Mon : 4,806,906
- Nama-nama Islam : 3,851,722
- Zizan Razak : 3,559,947
- Air Asia : 2,902,071
- Lisa Surihani : 2,748,888
- Berita Harian Online : 2,731,610
- Najib Razak : 2,728,985
- Islam Itu Indah : 2,514,811
Sekarang likes Facebook page Denaihati Network sudah melebihi 1 Juta berada pada ranking 74 dan bertambah setiap hari. Matlamat 2015 untuk masuk top 10 Facebook page Malaysia dan mengandakan pendapatan online melalui perniagaan di facebook. Anda bila lagi?
124 Comments
wah banyaknya likes diorg kan. jeles nya jeles nya. insyaAllah will improve.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..9 Langkah Kekal Cantik Bagi Ibu Hamil
Betul tu Raihanah Ahmad.. saya pun jelas juga tengok bilangan like fanpage dia orang banyak macam tu. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
nampak sangat yang budak2 sekarang ni banyak sgt tgk internet. siap ada facebook sendiri utk like page Upin Ipin. haha!
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – The Hunger Games: Mockingjay Part 1
Orang yang mengikuti perkembangan info di Fanpage upin & ipin ni, bukan dari Malaysia sahaja, malah dari seluruh dunia. . Jadi tak hairanlah kalau fanpage dia orang boleh dapat like sebanyak itu..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
semoga lepas ni boleh tengok page denai hati di ranking teratas carta ini:)
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Palma Cafe A Malaysian Bistro Hidang Makanan Sedap
Ya betul.. harap lepas ni fanpage Denaihati hati boleh berada dalam senarai 100 fanpage terbaik di Malaysia. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Makin mencabar tahun 2015. Ekonomi merosot. Berniaga online semakin mencabar dan pelbagai syarat dikenakan.hidup perlu diteruskan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Tips Penjagaan Kereta Supaya Tetap Tip Top
Saya setuju dengan Wira Merah. . Sekarang ni pun dah terasa kesannya walaupun masih belum melangkah ke tahun 2015..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Upin Ipin top tu, zizan razak dan lisa surihani antara artis duk di senarai atas.
Curahan rasa Imran @ ..Light And Motion Putrajaya 2014
Retis memang femes. . 1 Malaysia kenal.. tak mustahil kalau dia orang boleh dapat sampai 15 juta like iaitu bersamaan dengan separuh rakyat Malaysia. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
hebat lah diorang. good luck tuan denaihati untuk tahun 2015. fyna pun plan yang terbaik untuk blog fyna juga.
Curahan rasa fyna @ ..By: fyna
Good luck Fyna.. semoga dapat melakukan yang terbaik pada tahun 2015 nanti.. dah tak lama dah pun..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Wah Upin & Ipin berada paling atas. Pastinya ramai likers dari Indonesia.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Hiho..
Banyak betol like diorang ehh..
Kalau ada satu page 50k pun da cukup lumayan dahh..
Curahan rasa titan @ ..Salah satu cara paling RARE untuk GEMBIRAkan hati bini.
Betul tu bro saya setuju.. Harap fanpage saya boleh dapat 100k like pada tahun depan. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Hebat2 belaka Top 10 Facebook Page Malaysia ni ye. Semoga tahun depan Denaihati masuk senarai ini ye. 😉
Semoga tahun depan Denaihati masuk senarai tersebut, dan saya percaya denaihati bisa
Curahan rasa Dawaihati @ ..5 Kiat Praktis Menekan Pengeluaran Rumah Tangga
Semua Fanpage yang disenaraikan di atas hebat-hebat Belaka.. Termasuk Fanpage Blog Denaihati yang ada ratusan ribu like.. Fanpage saya baru ada puluhan ribu like sahaja… In Shaa Allah pada tahun 2015 mensasarkan dapat 100K Like…
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Insha Allah DenaiHati boleh capai target good luck sentiasa support Denaihati…
Curahan rasa Mahamahu @ ..#OHHSome Fest Dunia Social Di Alam Nyata Bersama Hotlink
Terima kasih atas sokongan yg diberi semuga ianya memberi manafaat kepada semua blogger yg sentiasa bersama.
Curahan rasa denaihati @ ..Datuk Hussamuddin Pencetus Ummah sebenar
Assalammualaikum… bro Denaihati,
wahhh… FB likes ini semua terbaik.. juta2 tu..
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..Kisah Karamah Abdullah bin Umar
insyaallah denai hati bakal disenaraikan dalam list top 10 suatu hari nanti, tak mustahil 🙂
Curahan rasa ikhwan @ ..Komisyen Affiliate Rendah Apa Masalahnya
banyaknya fan page masing-masing… siap boleh kalahkan page PM tu..
page amran fans tak tersenarai ke?
Curahan rasa zool @ ..Sistem Perbankan Internet : Adakah anda menggunakannya ?
Page amran fans mengikut rapat di belakang yang 10 ni … heee 23x
Curahan rasa denaihati @ ..Program Affiliate adakah haram
Comments are closed.