Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ramadhan sudah hampir tiba. Ada yang nak join Titian Serasa Ramadhan tak?
Titian Serasa Ramadhan merupakan program komuniti yang ketiga, bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita. Menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri, Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk turut menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.
Terbuka kepada 500 peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan ini.
Tarikh: 12 Julai 2014 (Sabtu)
Tempat: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor Darul Ehsan
masa:
8.30 pagi – Pendaftaran09:30 – program seharian untuk Ramadhan (Interaktive Talk Show, Cabaran Kumpulan, Kerja Amal di Rumah Anak Yatim , Cabutan Bertuah dan Penampilan artis)
Artis:
Heliza Helmi (Akademi Fantasia Top 4)
Ben Ashaari (Bodyfitness blogger)
KeQing (Pelakon dan Penyanyi)
Fayse Goh (Juara Astro Talent Quest 2004)07:00 – Berbuka Puasa dan Majlis Makan Malam
Selebriti dari pelbagai kaum seperti Juara Astro Talent Quest 2004 yang terkenal, Fayse Goh, peserta peringkat akhir Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi, penyanyi dan pelakon terkenal, KeQing dan blogger fitness, Ben Ashaari akan bersama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam kem Ramadhan Yeo’s nanti.
Bagaimana untuk mendaftar?
[box type=”shadow”]
Orang ramai boleh mendaftar melalui muat turun borang penyertaan daripada Ramadhan’s Day-Out Fasting Camp Registration sekarang! Yuran penyertaan hanya RM10 setiap orang dan pendaftaran akan ditutup pada 6 Julai 2014. Terhad kepada 500 peserta sahaja.
[/box]
Yuran pendaftaran
RM 10 (termasuk 1 helai T-shirt, Sijil Penyertaan, makan malam bufet buka puasa dan cenderahati Yeos). Koleksi RM10 juga akan disumbangkan sebagai duit Raya untuk anak-anak yatim & peralatan untuk rumah-rumah.
Sila kemukakan slip pembayaran bersama-sama dengan Borang Penyertaan melalui:
Email : [email protected]
Fax : 03-7782 2730
“Yeo’s Ramadhan’s Fasting Day Out Camp 2014”
Alamat: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad
No. 7, Jalan Tandang, 46050, Petaling Jaya, Selangor.
Tarikh Tutup Pendaftaran
Ahad, 6hb Julai 2014 atau apabila mencapai maksimum 500 peserta
Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang. Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini. “Follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial: Facebook, Instagram, Twitter dan hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s.
143 Comments
bulan ramadan atau bulan puasa amat banyak penyumbang dan penaja yang berlumba lumba untuk memberikan hadiah dan sumbangan.
Curahan rasa ikhwan @ ..Nak Cari Kerja Atau Cari Kerjaya
aku biasa minum yeos juga yang sari kedelai ada sampai didekat rumah saya produksi Malaysia
begitu seronok event semacam ini apalagi jumpa banyak rakan blogger dan dalam suasana Ramadhan
Curahan rasa Al Najwa @ ..Waktu Pemberian Nama Anak Dan Hukum Merayakan Pemberian Nama Anak
Pasti seronok kalau kita dapat join event sebegini. Boleh dapat kenal dengan rakan baru dan berjumpa dengan rakan blogger. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
betul tu..dapat berkenalan dengan blogger-blogger..dapatlah tukar-tukar pendapat antara masing-masing berkaitan dengan blog
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
seronoknya ada majlis-majlis yang melibatkan blogger macam ni, sepanjang jadi blogger, nik tak pernah lagi merasai majis sebegini. harapnya lepas ni dapatlah bersama blogger-blogger lain ke majlis sebegini.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Salam Benua
Kalau tinggal kat area KL, bolehlah join event sebegini Nik. Seronok dapat berjumpa dengan blogger ni. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
bestnya event, tak perasan pon ada..kalau tahu musti saya dah jaoin aritu…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
saya tak pernah join event DH. kalau saya dok KL dah lama dah join sekaki
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau tinggal berdekatan, bolehlah join event sebegini ya. Saya pulak tinggal jauh sangat ni. Tak merasa dapat join event macam ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
saya sertai program ni memang best first time joint aktiviti dengan anak yatim, kalaupun tak sama kumpulan dengan kawan kita tetap akan merasa seronok jika cuba bergaul dengan rakan baru
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Awak join? Pasti seronok rasanya kan kalau dapat join event sebegini, boleh jumpa rakan blogger jugak 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Satu program yg amat baik untuk pendedahan kpd orang yg bukan Islam tentang amalan berpuasa. Semoga dengan adanya program ini, mungkin akan membuka pintu hidayah buat mereka… InsyaAllah. Program yg baik dgn niat yg baik pasti Allah beri keberkatan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
Betul tu RM, niat yang baik pasti ada keberkatan nya. Manalah tahu mereka yang bukan islam tu akan tertarik dengan islam kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Baru tahu ada program macam ni. Bagus juga untuk melatih mereka dan memberi mereka peluang untuk merasa bagaimana umat islam berpuasa kan.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
setuju kak azhafizah.. Dengan majlis atau program yang macam ni, mereka yang bukan beragama islam sedikit sebnayak dapat merasai pengalaman berpuasa seperti kita. 🙂
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Salam Benua
Setuju! Mereka yang bukan beragama Islam dapat mempelajari ilmu tentang Islam jugak melalui event sebegini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Oh dah terlepas.
Memang menarik sebab turut perkenal cabaran untuk bukan islam berpuasa sehari
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras
mungkin melalui cara ini mereka yang bukan islam boleh kenal islam lebih mendalam dan tak mustahil perlahan-lahan dieorang akan mencintai agama islam
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Oh! Dah terlepas.. Tapi takpe la.. Yeo’s sentiasa mejadi pilhan di pula puasa nih. Air soya n air cincau Yeos.. Aumphh
Curahan rasa amirnawawi @ ..Harga Promosi Ephyra sempena Ramadhan.
Wah, Tuan Ben Ashaari pun ada! Pasti majlis akan menjadi lebih meriah. Ada Heliza Helmi pula tu. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Tu la.. Smeua jemputan menarik. saya teringin juga nak jumpa Abang ben ni. almaklumlah tak pernah jumpa sekalipun..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
Bro ben antara blogger otai yang glamer dekat malaysia ni. mesti semue orang nak jumpe die
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Yuran pendaftaran pun murah, wah. Memang berbaloilah dapat join ni, selain dapat melakukan amal jariah,
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Memang berbaloi dengan harga pendaftaran macam ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Memang berbaloi sangat harga yuran pendaftaran ni. Kalaulah kita dapat join event sebegini, kan seronok.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
sape yang pergi, share lah kat blog ye
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Ada tak blog yang share pasal benda ni. nak baca jugak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Terlewat baru tahu. Patut lah semalam penuh timeline dengan gambar-gambar dan update dari program ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Tahun depan harus tahu dan tak boleh terlewat lagi ia kan baru best dan bisa join juga
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf : Tidak Mempertentangkan Nash-Nash Wahyu Dengan Akal
Comments are closed.