Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ramadhan sudah hampir tiba. Ada yang nak join Titian Serasa Ramadhan tak?
Titian Serasa Ramadhan merupakan program komuniti yang ketiga, bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita. Menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisplinkan diri, Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan islam untuk turut menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada komuniti kita.
Terbuka kepada 500 peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan ini.
Tarikh: 12 Julai 2014 (Sabtu)
Tempat: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor Darul Ehsan
masa:
8.30 pagi – Pendaftaran09:30 – program seharian untuk Ramadhan (Interaktive Talk Show, Cabaran Kumpulan, Kerja Amal di Rumah Anak Yatim , Cabutan Bertuah dan Penampilan artis)
Artis:
Heliza Helmi (Akademi Fantasia Top 4)
Ben Ashaari (Bodyfitness blogger)
KeQing (Pelakon dan Penyanyi)
Fayse Goh (Juara Astro Talent Quest 2004)07:00 – Berbuka Puasa dan Majlis Makan Malam
Selebriti dari pelbagai kaum seperti Juara Astro Talent Quest 2004 yang terkenal, Fayse Goh, peserta peringkat akhir Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi, penyanyi dan pelakon terkenal, KeQing dan blogger fitness, Ben Ashaari akan bersama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam kem Ramadhan Yeo’s nanti.
Bagaimana untuk mendaftar?
[box type=”shadow”]
Orang ramai boleh mendaftar melalui muat turun borang penyertaan daripada Ramadhan’s Day-Out Fasting Camp Registration sekarang! Yuran penyertaan hanya RM10 setiap orang dan pendaftaran akan ditutup pada 6 Julai 2014. Terhad kepada 500 peserta sahaja.
[/box]
Yuran pendaftaran
RM 10 (termasuk 1 helai T-shirt, Sijil Penyertaan, makan malam bufet buka puasa dan cenderahati Yeos). Koleksi RM10 juga akan disumbangkan sebagai duit Raya untuk anak-anak yatim & peralatan untuk rumah-rumah.
Sila kemukakan slip pembayaran bersama-sama dengan Borang Penyertaan melalui:
Email : [email protected]
Fax : 03-7782 2730
“Yeo’s Ramadhan’s Fasting Day Out Camp 2014”
Alamat: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad
No. 7, Jalan Tandang, 46050, Petaling Jaya, Selangor.
Tarikh Tutup Pendaftaran
Ahad, 6hb Julai 2014 atau apabila mencapai maksimum 500 peserta
Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang. Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini. “Follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media sosial: Facebook, Instagram, Twitter dan hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s.
143 Comments
Bagus YEOS buat aktiviti macam ni.. Bayar RM10 dapat macam2.. best!
Curahan rasa Myra Jay @ ..Roti Daging BerCheese
YEOS sangat proaktif dalam bulan ramadhan … macam2 aktiviti yg telah dilakukan
tak lain tak bukan niatnya nak bernetwork & merapatkan hubungan sesama kita (terutama blogger)
yuran penyertaan amat berbaloi, siapa dapat t shirt lagi tu
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
moga lebih ramai syarikat yang mengikut jejak langkah yeos mengadakan Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s seperti ini.
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
Selain akan mempererat silaturahmi, acara ini juga akan menimbulkan rasa saling menghargai antar umat beragama
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
kalau boleh diadakan dalam bulan lain juga
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
bagus program sebegini.. kita lebih mengenali ada/agama masyarakat sekeliling..
Curahan rasa Mus @ ..Tiada Jalan Darat Cabaran Utama Ke Kg. Tanjung Layak-Layak, Pitas
Bestnyaa.. nak joiinnnn… tapi apakan daya… huhuuhu
Curahan rasa Nadot @ ..Makan malam di Al-Jazeera, Manchester
kenapa tidak berdaya untuk menyertai program ini?
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
Ben Ashaari duta Yoes kan?
Curahan rasa Ammar @ ..KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN EPISODE 23
Idea yang menarik dan jarang dilakukan,mesti network yg bagus bagus ramai disini
sasaran dengan 500 peserta mesti dapat ramai kawan baru nanti…
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
mungkin pihak yeos boleh mensasarkan lebih ramai penyertaan lagi.
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
Allahuakbar, menarik ni! tengah dok kenen-kenen juga ke hubby, kalau diberi greenlight nak juga join ni 🙂
Curahan rasa Hanim a.k.a Kenit @ ..RASHIDUN CALIPH CONFERENCE 2014
Ajak hubby sekali, dan bayarkan insyaAllah green light punyalah…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Malaysia 1435H/2014M
Bagus idea kem ni. Dan boleh gunakan peluang untuk tambahkan network juga. 🙂
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Daily Fresh Malaysia
Jomlah join, peluang baik sebarkan bisnis kad juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Negeri yang bercuti Awal Ramadhan
Inilah peluang untuk menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Kenali Tanda-Tanda Gastrik Dan Cara Mencegahnya
betul, menambah kenalan dan peluang tabur bisnis kad juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rania nama Islam Felixia Yeap
Bagus sertai kem macam ini. Kena sertai ramai-ramai ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Sambilan Yang Menguntungkan
Kesian, kalau takde artis tak jalan ke? hehehehe..
kem ramadhan tu.. bagus untuk remaja2
Curahan rasa zool @ ..Pencapaian Jun dan Perancangan Julai 2014
Dewasa pun boleh bro, 15tahun keatas amat digalakkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Buffet Ramadhan murah 2014
Boleh sertai jika macam ini kan. Bagus ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Sambilan Yang Menguntungkan
Comments are closed.