Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidayah milik ALLAH dan seorang lagi insan iaitu Felixia Yeap yang bertuah antara beribu dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahnya. Setiap hari di merata pelusuk dunia ada sahaja manusia yang mendapat hidayah ALLAH dengan berbagai cara biar pun sekecil mana tetapi ianya dapat menyentuh hati dan iman mereka. Hati Felixia Yeap tersentuh apabila buat pertama kali diminta memakai tudung ketika pengambaran iklan Celcom seperti juga Aliza Kim yang mempunyai kisah tersendiri mendapat hidayah ALLAH.
Itulah hebatnya janji ALLAH seperti yang disebut dalam ayat 125 Surah Al Anaam yang maksudnya : “Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk mendapat hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpa azab kepada orang-orang yang tidak beriman”
Semua itu kerja ALLAH manusia tiada kuasa untuk mengubah orang lain seperti perkongsian Aliza Kim dalam penjelasanya bagaimana beliau mendapat hidayah : ” I felt like God was leading me step-by-step and placing each book in the perfect order for me to see the truth. And, even though it was my personal choice to begin the search for truth, I sincerely feel now that the truth had found me“. Manakala hati Felixia Yeap juga diketuk dengan cara yang berbeza : “I was naive…and unfortunately I still am. And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life. I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside“.
Teringat pada seorang sahabat Ustaz Iqmal, mualaf yang sudah 8 tahun berhijrah dari agama Hindu kepada Islam katanya salah menggunakan perkataan mualaf yang hanya merujuk kepada penghijrahan manusia dari agama kafir kepada Islam kerana terlalu ramai orang Melayu yang juga baru mendapat hidayah setelah terleka bertahun-tahun yang seharusnya juga di panggil mualaf. Kita Melayu kekadang terlepas pandang kerana tidak dapat membezakan keindahan Islam kerana telah lahir dalam Islam.
Teringat juga kata Ustaz Nouman Ali Khan katanya hatinya sangat tersentuh dan sayu ketika berjalan di Malaysia apabila melihat masjid tersergam indah kerana bukan semua negara mempunyai keistimewaan begini. Katanya lagi ALLAH boleh sahaja gantikan masjid tersebut dengan kuil atau tokong jika kita tidak menjaga dan menghargai pemberian Tuhan. Umat Islam Malaysia perlu sangat bersyukur dengan kemulian yang diberi oleh ALLAH.
Mengikut cerita sahabat-sahabat pendakwah setiap hari beribu-ribu di Europah dan Amerika yang mendapat hidayah ALLAH berhijrah mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berhijrah secara total dengan berpakain mengikut syariat dan mencari ilmu sehingga ramai yang menjadi lebih hebat dari orang Islam yang telah lahir dalam Islam. Lihat sahaja pakaian Felixia Yeap yang lebih mengikut syariat daripada wanita Islam.
Kita memang bukan tuhan untuk menghukum sesiapa tetapi ALLAH dengan jelas telah memberi panduan hidup kepada semua wanita Islam dan seandainya engkar ada balasan yang telah ditetapkan seperti yang telah dijelaskan dalam entri “Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat“…. itu perintah ALLAH bukan kata-kata manusia. Semuga Raisyyah Rania Yeap (nama Islam untuk Felixia Yeap) yang bakal berhijrah pada 5 Ramadhan 1345H dan Aliza Kim serta ramai lagi akan menjadi idola kepada umat Islam lain untuk menjadi lebih baik daripada mereka dan semuga kita bukan antara umat Islam yang ALLAH sesakkan dada dengan sesempit-sempitnya.
454 Comments
semoga Banyak lagi yang beroleh hidayah menyadari kemurnian dan kebenaran Cahaya Islam
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Cara Sederhana mengatasi bau Mulut
tahniah felixia yeap atau lebih dikenali dengan nama islam rania, salam ukhwah dari saya.
Curahan rasa ikhwan @ ..Strategi Kumpul Hantaran RM50 Ribu
/semoga kan lebih banyak lagi selebriti yang berhijrah kepada kebenaran berhijab dan melaksanakan sunnah
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
hidayah Alloh SWT memang tak bisa ditebak siapa yang akan mendapatkannya Hanya Dialah yang Maha Mengetahui
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Rezeki dan berkah bukan dari jimat penglaris
Alhamdulillah kehidupan Neelofa dah jauh semakin baik selepas berhijrah. Muda muda dah ada bisnes sendiri. Syukur
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Banyak trafik masuk ke blog denaihati kerana artikel ini. Wahh memang ramai yang search pasal saudari rania kan
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
tulah guna ahli seo mikir keyword dan trafik yang akan masuk ke blog betulkan
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf : Tidak Mempertentangkan Nash-Nash Wahyu Dengan Akal
dengar cerita DH dapat banyak trafik pasal felixia yeap ni. rugi pulak dulu tak buat entry pasal dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Haha kan. Rugi tak up entri pasal rania. Mana nak tahu jadi keyword popular
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
mestilah semua artikel kat sini kan sudah dipikir secara matang sebelumnya mengenai keywordnya
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf : Tidak Mempertentangkan Nash-Nash Wahyu Dengan Akal
ingat lagi dulu sebelum neelofa bertudung, macam tak berapa suka tengok dia. sekarang bila neefola dah bertudung timbul rasa suka dekat neefola
Curahan rasa misz aa @ ..physics
neelofa memang lebih manis kalau bertudungkan? nampak cantik aje suka tgk
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
cantik dan dikenali terutama karena taat kepada perintah Allah yaitu menutup aurat
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf : Tidak Mempertentangkan Nash-Nash Wahyu Dengan Akal
Alhamdulillah. Bila dah menutup aurat dengan betul, insya Allah disenangi ramai. Hikmah mematuhi syariat kan
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Teduh hati memandang muslimat yang berjilbab dan menutup aurat apalagi sesuai syar’i
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf
kenal aliza kim waktu tengok tvalhijrah semasa hari raya aidil firti tahun ini. dia sangat comel
Curahan rasa misz aa @ ..Birthday Giveaway by Shad
semoga Allah terus memelihara mereka2 yang diberikan hidayahNya..seronok melihat ramai dah artis yang berhijab dengan mengikut sunnah yang betul
Curahan rasa nord @ ..BAHAYA Mengamalkan Kolagen secara Berterusan..
Sudah bertudung, tambah wajahnya ayu alas budi bicara yang baik jika tambah iman baiki insyallah kita antara insan yang layak masuk syurga kalau ada usaha untuk membuat kebaikann selamanya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
jika kita dapat menjadi contoh pada sebahagian yang lain sekali gus kita juga akan dapat pahala dariNYA
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
Comments are closed.