Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bersama ini di serta Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 untuk maklumat rakan blogger denaihati.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Mizan

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara – BERNAMA

Ulasan aku mudah je kalau dah pemimpin Negara kita tak mahu patuhi maka rosaklah sistem sesebuah Negara. Esok lusa bila Pakatan menang Barisan pulak menentang tanpa kira perlembagaan. Kalau begini jadinya siapa yang rugi? Pasti Malaysia dan ada orang di luar sana tersenyum gembira melihat kejatuhan Malaysia. Perlembagaan mesti dipatuhi untuk menjamin kesejahteraan sebuah negara bila tiba masa mengundi Pangkahlah siapa yang kita sokong jangan pulak tidur di rumah.

AKU MENENTANG BERSIH 2.0 KERANA ADA CARA LAIN UNTUK MENYELESAIKAN TUNTUTAN INI DAN BAGI AKU ADA TUNTUTAN YANG LEBIH PENTING DARIPADA INI YANG MESTI DIPERJUANGKAN SEPERTI PENGESAKAN ALLAH DALAM APA SAHAJA KEPUTUSAN NEGARA. KENAPA YANG INI PEMIMPIN KITA SEMUA TIDAK MAHU TURUN KEJALAN MEMPERJUANGKAN?

70 Comments

  1. bagi saya, demo bukan matlamat utama. ia sekadar menunjukkan komitmen yg bersungguh-sungguh untuk menuntut perubahan. Itu sahaja. Kita pun tahu, beberapa siri rundingan telah dibuat antara kedua-dua belah pihak sejak bbrp lama. boleh kaji balik apa respon pihak berkaitan.

    Demo menuntut kerajaan mengesakan Allah? Menarik! tapi sepatutnya setiap hari 5 kali kita buat benda tu –> Solat Jemaah di Masjid. ia tidak boleh bersifat reactionary/adhoc. dalam ilmu dakwah, ada konsep tadarruj. apa dia tu? google saja dan tny ustaz2 yg faqih dlm bab ni. peace yo!
    Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..I Believe – Irfan Makki ft. Maher ZainMy Profile

    1. Soalnya aku tengok ustaz-ustaz PAKATAN cakap pun dah besar dan senang lenang mencarut terutama kepada yg tak menyokong mereka. Pertanyaan aku adakah itu dakwah konsep tadarruj. Kekadang cara mereka menakutkan kumpulan ketiga dan pasti mendapat sokongan dari kumpulan tegar penyokong mereka dan mendapat bantahan dari kumpulan yang dikutuk.
      Curahan rasa denaihati @ ..Terkini Perbicaraan kes pembunuhan Datuk SosilawatiMy Profile

  2. Pemimpin ibarat benih, kalau baik nye benih tu, maka baik lah pokok. Pemimpin kenalah ada ilmu dan berpegang pada agama. Ni tidak, hampir kesemua pemimpin, isteri je, reti buat style rambut jambul terkuar dari selendang. Macam mana negara nk maju, kalau agama yg dipegang pon lemah?

  3. Rakyat negara kita lemah lembut dan bersopan santun terkenal sejak dulu. Jika melakukan kekasaran dan memporakperandakan negara itu bukan amalan kita. Setiap masalah pasti boleh diselesaikan melalui perbincangan. Cakap memang senang. Nak itu nak ini. Cuba la kalau mereka yang laksanakan seperti permintaan mereka. Memang senang nak suruh bubar itu ini, tapi boleh jamin ke anggota yang baru nanti lebih baik. Daripada menganjurkan demo mintak itu ini, lebih baik berbincang dan bagi cadangan bagaimana nak mengatasi masalah. Semua orang boleh cakap Hapuskan Rasuah. Tapi cuba la bagi cadangan bagaimana nak hapuskan rasuah. Tak kira parti apapun, mereka tetap manusia. Kemungkinan melakukan rasuah itu tetap ada. Nak mintak negara jadi lebih baik tapi sanggup menyusahkan orang ramai, merosak harta, mengakibatkan kerugian. Berbaloi ke
    Curahan rasa Norasikin @ ..Panduan Menganyam Ketupat Bawang, Pasar, Sate, JantungMy Profile

  4. Sudah aman dan makmur di negara sndiri, buat apa mau demotrasi jalanan, walhal dlm p/raya dulu 5 buah negeri dpt ditawan, jika mau lg bole pangkah pd p/raya akn dtg…tak adil masakn dpt tawan 5 ngeri. Tahniah pd KDYMM krna ambil berat pada negara yg t/cinta.

  5. malaysia ni jd mcm thailand baru tauu! asik rusuhan je. nk kua umah pon takot. haa time tu baru padan muka. nk sgt malaysia ni huru hara. mohon izin nk share ye. thanks.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!