Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bersama ini di serta Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 untuk maklumat rakan blogger denaihati.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Mizan

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara – BERNAMA

Ulasan aku mudah je kalau dah pemimpin Negara kita tak mahu patuhi maka rosaklah sistem sesebuah Negara. Esok lusa bila Pakatan menang Barisan pulak menentang tanpa kira perlembagaan. Kalau begini jadinya siapa yang rugi? Pasti Malaysia dan ada orang di luar sana tersenyum gembira melihat kejatuhan Malaysia. Perlembagaan mesti dipatuhi untuk menjamin kesejahteraan sebuah negara bila tiba masa mengundi Pangkahlah siapa yang kita sokong jangan pulak tidur di rumah.

AKU MENENTANG BERSIH 2.0 KERANA ADA CARA LAIN UNTUK MENYELESAIKAN TUNTUTAN INI DAN BAGI AKU ADA TUNTUTAN YANG LEBIH PENTING DARIPADA INI YANG MESTI DIPERJUANGKAN SEPERTI PENGESAKAN ALLAH DALAM APA SAHAJA KEPUTUSAN NEGARA. KENAPA YANG INI PEMIMPIN KITA SEMUA TIDAK MAHU TURUN KEJALAN MEMPERJUANGKAN?


Spread the love

70 Comments

  1. sebagai sebuah negara yang dikenali didunia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, kita seharusnya rasa bersyukur kerana telah lama hidup didalam keadaan aman damai tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Rakyat tidak seharusnya terlalu mengikut perasaan, terbawa-bawa dengan alunan atau rentak songsang dibawa oleh orang yang tidak mempunyai rasa bertanggungjawab. Anak – anak kita pada masa akan datang akan semestinya terikut ikut dengan rentak tak bertamadun itu. Banyak perkara yang harus difikirkan bagi membangunkan lagi negara ini selain dari mengadakan perhimpunan yang sudah semestinya mendatangkan kerugian serta memburukan nama baik negara. Cuba kita renungkan sejenak adakah orang yang mengadakan perhimpunan tersebut mempunyai jasa kepada negara atau betul – betul bersih akal dan fikiran. renungkanlah.

  2. Pingback: Perhimpunan Bersih 2.0 wajar diteruskan atau tidak? | Iqbal Wahab Dot Com
  3. Ramai orang kata ini hak individu untuk bersuara demi kepentingan dan hak sebagai rakyat yang hidup di dunia ini….. Apapun Gunakanlah Hak Sebetolnyer… Diperpolitikkan dengan agenda dari pihak2 yangmendominasikan kuasa dan kepentingan mereka dan diolahkan dengan kata2… membangkang memang senang DERRRR… Cuba laa arrange negara ni dari dulu2… Nak menyatukan PELBAGAI KAUM… Jangan terlalu berbangga dengan PERKATAAN MELAYU HAK sebenar MALAYSIA…. Jika ANDA bukan MELAYU… APA yang anda MAHU…. NAK KAN HAK BUKAN… SO…INGAT2 LAH ORANG MELAYU…. KEPENTINGAN DAH DIBERI SERBA SEDIKIT….. NAK KAN LEBIH LAGI…. Bukankah Itu TAK BERSYUKUR NAMANYER… DAH BAGI MUDAH….NAK LAGI MUDAH BROOOOO… DAH BAGI SUBSIDI…. NAK TAMBAH LAGI…. PERGI LAA NEGARA LAIN…. MALAYSIA sangat BERBEZA …. RAKYAT diberi macam2… Diaorang KUMPOL DUIT nak BELAJAR…. KITA TAK PAYAH SUSAH2…. DANA dah ADA… PASTU TAK BAYAR PLAK kannnnn…. DAH BLACKLIST cakap itu ini…tentang itu ini…BAB KEAGAMAAN PLAK….. ONE MALAYSIA kita ni…. NAK KAN MELAYU JER LEBIH…. Waaaa…. UNTUNGNYERRR…. TAK FIKIR PLAK PERASAAN KAUM LAIN…. DIA ORANG NGUMPAT KITER FAHAM kerrr……….. TAHU haaa…yerrr….Okay2… Pandai2lah Bersyukur dengan apa yang ada pada kita sekarang… Jika tiada yang dulu…. tiada yang kini… Bukan aku kata UMNO selamanyer yang TERBAIK… Tapi AKU bersyukur HIDUP di MALAYSIA yang aman damai… FIKIRKAN KEAMANAN… JANGAN SAMPAI kiter duduk bawah MEJA dok ikot KAUM LAIN yang handle semuanyer… EKONOMI confirm2 bukan kiter pegang… SO…. BERSYUKUR laaa ORANG KAUM DIA join kitenyer HALUAN… kalau dah BETERABUR…. EKONOMI segalanyer sekarang… BUKAN DUIT TERLALU PENTING… TAPI TAK DER DUIT TAK BLEH WAT PER SEKARANG…. REZEKI Perlu mencari… REZEKI Dok kat MALAYSIA ni haaa… DAH MELIMPAH…. SAMPAI tak puas HATI… NAK REJEKI LEBIH… belajar tak diutamakan… nak BERSUARA jer Utamakan… Belajar tu besar broooo IMPAK diaaa… segalanyer BELAJAR…. TAKKAN KITA NAK Belajar Lagi NAK MAJUKAN SEMULA EKONOMI sekarang SEBAB dah HANCUR dengan SIKAP TAK PUAS HATIeeeee….NAK ITU INI….NAK LEBIH….NAK HAK……NAK PER LAGI…..ANAK MUDER PANDAI BERSUARA sekarang…PERIT PUNAH DULU2…BUKAN rasa pon kan…. SO….Waaaaa BOLEH fikir semua ni… Lu orang FIKIR laaa… ahahahah…KATA HAK INDIVIDU nak BERSUARA kan… kah3…. aperpon… REALITY HIDUP KINI DAH SEMAKIN PINCANG DENGAN AGENDA KUASA DALAM POLITIK DAN EKONOMI…. ader duit..SEMUA BOLEH JALAN…. hu2… TAK DER DUIT… dok follow aper2 jer… JADI FOLLOW laaa yang anda kata OKAY… INGAT YANG DULU X SALAH…. KERANA YANG DULU ADA SEKARANG NI haaaaa…. (^_^) Peace…. NO WAR… KATAKAN TIDAK PADA BERSIH ……..

    1. dlm setiap perkara yg dilakukan..terdapt 2 jawapn yg dicari….1)jwapn yg Baik..2)jwapn yg Salah…..tp hari ni…kite ditayangkan dgn anggapan yg buruk shj…walaupun…hal yg Baik itu wujud…..klo betul sgt lah sistem Pentadbiran diMalaysia ni…aku rse..dh lme dah…BN dok kmpung……Yang Mulia bertitah pon tidak memihak kpd mane2 komponen..baginda cakap…Bersih tidak diperlu diteruskan….dan 1 lagi..kpd Kerajaan yg memerintah…hendaklan melkasanakn tugsa dgn Amanah dan Jujur…

  4. hm, patut semua pihak perlu pikirkan cara alternatif nak selesaikan masalah ini, kalau perhimpunan ini berjaya dilangsungkan dan mendapat sambutan yg hangat, habis rosaklah reputasi Malaysia di mata dunia, kita perlu ingat, apa jua yg berlaku walaupun di dalam negara, dunia sentiasa memerhati dan menilai, kalau negara Malaysia kita yg selama ini boleh dianggap aman damai tiba2x hangat dengan demonstrasi jalanan berskala besar sebegini, agak2xnya apa pandangan dunia kepada kita. Fikirkanlah tentang masa depan generasi muda negara, perkara ini boleh menjadi ikutan pada masa hadapan kerana mereka telah melihat generasi sebelum mereka melakukannya dan pada jiwa mereka yg masih belum kenal keadaan sebenar negara kita ini akan menyangka perkara tersebut boleh dilakukan pada masa hadapan, apa akan jadi pada negara kita nanti, sekadar sebuah pandangan… =)

  5. Ini petikan dari artikel tulisan Raja Petra, kita renungkan kebenarannya

    Two members of my own family have sat on the throne as Agong — so we know that His Majesty, at best, lives in a diamond-studded golden cage. The cage may be golden and diamond studded, but it is still a cage nevertheless.

    Remember back in the late-1950s when Tunku Abdul Rahman was the First Prime Minister of Malaysia and Tuanku Abdul Rahman the First Agong? A British cabinet minister tried to barge in to the Tunku’s office without an appointment and the Prime Minister refused to see him. Malaysia, after all, had gained independence and was no longer a British colony so who did this Kwailo think he is?

    Later, during an audience with the Agong, the British cabinet minister complained to His Majesty and suggested that His Majesty sack the Prime Minister for his kurang ajar (insolence).

    To this suggestion His Majesty the Agong replied that in Malaysia it is not the King who sacks the Prime Minister but the Prime Minister who sacks the King.

    That was way back 50 years or so ago and things have not changed much since then. In fact, since Tun Dr Mahathir Mohamad took over as Prime Minister 30 years ago, it has become worse.

    Was not Dr Mahathir the man who engaged the Monarchy in a Constitutional Crisis back in the mid-1980s where Umno openly and loudly reminded Their Highnesses that the Federal Constitution of Malaysia clearly states that the King has to ‘take advice’ from the Prime Minister and the Sultans from the Menteris Besar?

    Many Malaysians at that time lauded and applauded Dr Mahathir’s ‘brave’ effort at ‘cutting down the royalty to size’. And His Highnesses were sent running back to their palaces with their royal tails between their legs, metaphorically speaking.

    Today, how many believe that the Rulers make their own decisions? How many believe that a statement from Istana Negara is a statement from the mouth of His Majesty the Agong?

    Does not Istana Negara come directly under the Prime Minister’s Department? And since the time of Dr Mahathir are not all statements from Istana Negara first vetted by the Prime Minister’s Department and first approved by the Prime Minister’s Department before they can be released? And is it not the procedure that the Prime Minister’s Department drafts all statements and speeches of the Agong?

    I remember when the late Sultan of Johor was the Agong and, as was customary, he read out his speech prepared by the Prime Minister’s Department. His Majesty had never seen that speech until it was time to deliver it and clearly he was struggling with it.

    Halfway through the speech, His Majesty, with a look of irritation on his royal face, retorted: siapa tulis ni (who wrote this)?

    But then His Majesty the Johor Sultan has been known to do things ‘out of script’ like jumping over the fence during a football match or stepping down from the VVIP stage to try his hand at riding a superbike during the Merdeka Day parade.

    Never has Malaysia seen such a ‘colourful’ Agong in its 53 years of Merdeka and probably never will again.

    So there you have it: my short story on Malaysia’s monarchy and why BERSIH must first explore whether the titah from the Agong released yesterday needs to be further clarified before the committee decides whether to call off the planned BERSIH rally of Saturday, 9th July 2011 or proceed with it. And later today we will know the answer to that question.

  6. Bercakap soal banyak lagi cara lain yang dapat digunakan selain berdemo, cara apa ya? Boleh jelaskan? Hantar surat bantahan? Berbincang dgn kerajaan? Maaflah, ramai bercakap tentang byk lagi cara lain, tapi berapa ramai yg menjelaskan apakah cara lain yang dapat kita buat untuk salurkan ketidakpuashatian. Takkan semua yang kerajaan buat kita perlu setuju? Macam lalang.. Sekadar ingin bertanya dan menyuarakan pandangan…

    1. biasa la tu bro.tak semua kerajaan kena ikut.kalau semua nak kena ikut telunjuk,susah jugak nanti.ada benda yang kita kena terima & redha,ada jugak yang kita kena tentang.tapi dengan berdemo sampai menyusahkan orang lain pun tak baik jugak kan?

      ni pun sekadar pendapat aku jugak…
      Curahan rasa pacifista @ ..Manga Fairy Tail 241: The Power of ‘Life’My Profile

  7. Daulat Tuanku…

    DYMM Agong dah bertitah, jadi sebagai rakyat Malaysia kena la patuh. Baginda bukan berpihak kepada mana-mana pihak, cuma menerangkan pendapat baginda tentang Perhimpunan Bersih 2.0.

    Jadi boleh la fikir guna akal yang waras wajar atau tak teruskan Perhimpunan Bersih 2.0.
    Curahan rasa Iqbal @ ..Keputusan Malaysia vs Taiwan 2nd leg Kelayakan Piala DuniaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!