Tips penting pasca banjir yang perlu tahu

Spread the love

Musibah banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor sejak Sabtu mendorong pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang perseorangan untuk bersatu di bawah semangat Keluarga Malaysia dalam menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

Keprihatinan rakyat Malaysia dan kuasa media sosial membantu capaian bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas, apabila pelbagai pihak mula membuka pintu, menawarkan perlindungan serta bantuan apabila bencana banjir semakin buruk.

Tips Penting pasca-banjir yang dikongsikan oleh Tuan Faisal Rahim

• Balik rumah ketika air banjir masih paras betis untuk cuci rumah.

• Sebab mudah nak cuci dinding, tarik karpet dan tikar getah untuk letak kat luar rumah.

• Mudah nak keluarkan perabot, tilam dll yang rosak dan kembang.

• Bila air banjir dah paras buku lali, balik rumah sekali lagi untuk full bersihkan lumpur+kotoran kalau ada. Tolak keluar.

• Kalau balik ketika air banjir dah kering sepenuhnya, lumpur akan penuh di dinding dan lantai.

• Korang perlukan air yang sgt banyak nak bersihkan.

• Nak bersihkan rumah yang berlumpur (kering) memang sangat memenatkan. Seminggu tak siap.

• Sukarelawan paling banyak diperlukan untuk bersihkan rumah berbanding waktu ini.

Tips berikutnya yang dikongsikan oleh Tuan @amirun_mizan

1. Fokus buang lumpur kalau boleh jangan guna air sangat. Tarik sahaja

2. Fokus bersihkan tempat lapang untuk kumpulkan perabot semua.

3. Lepas settle lumpur, baru guna air untuk bersihkan sepenuhnya.

4. Fokus satu bilik/ruangan by satu bilik/ruangan Fokus bahagian dalam rumah

Berikutnya yang dikongsi @haziqzolkiflee

Aku cuba listkan yg paling penting :

1. Waterjet (Priority sbb lumpur tebal)

2. Penyodok air ke/lumpur ke

3. Penyapu sampah

4. Plastik sampah heavy duty

5. Glove 6.Kereta sorong

Tips berikutnya yang dikongsikan oleh @khairulaming

1. cuci bilik tidur dahulu. you need a clean and comfortable space untuk tidur dan rehat sbb proses cuci akan ambil masa seminggu

2. jangan terus hidupkan alatan elektronik yg dah tenggelam walaupun dah kering

3. cuci brg2 yang ada fabrik dahulu mcm carpet, sejadah, pakaian, sebelum dia mula jadi keras sbb lumpur. barang2 mcm pinggan mangkuk, tupperware tu last sekali pun takpe

4. kalau ada tilam yg mmg dh berbau teruk and tak boleh pakai, letak dulu depan rumah. pls jangan bakar tilam tu, asap hitam busuk keluar nanti

5. keluarkan sampah dari parit depan rumah supaya air cucian boleh mula mengalir

6. kalau nak cat balik dinding and ada duit lebih, invest kat cat minyak. kalau terjadi lg banjir inshaAllah tak melekat sgt “water mark”

7. actually benda plg tak senang lepas banjir ialah debu dan bau. mmg akan keluar bau bangkai and satu kejiranan akan jd sangat berdebu bila lumpur kering dan mula berkerak. yg ni mmg kena tnggu hujan berkali-kali utk flush balik semua debu. this will take a few weeks

8. yang part electronic, kereta, motor ni aku nk mintak tolong org lain sambung kat bwh cara2 nak handle kalau dh tenggelam air banjir. sbb time banjir teruk dulu aku tengah sekolah lg time tu, tak pandai benda2 macam ni.

Banyak lagi tips yang dikongsikan, kalian boleh lihat di sini.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!