Bergilir-gilir Tukar Seluar Sukan Dengan Adik, Netizen Prihatin

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dalam keadaan negara kita sedang kecoh dengan peralihan kuasa untuk memimpin kerajaan, satu cicipan dari saudara Syafaat Nasir telah mendapat perhatian netizen.

Di dalam cicipan beliau, dia berkata

Sedang pemimpin Malaysia berebut kuasa, satu kisah untuk direnung bersama. Tadi latihan pusat olahraga, ada sorang peserta dari sekolah lain datang pakai seluar sekolah.

“Mana seluar sukan?”

“Harini giliran adik pakai sebab dia ada PJ. Saya pakai seluar sekolah la.”

Sedih.

Budak ni bukan sekolah saya. Bekas anak murid masa dia darjah 1 je dulu. Masa mula posting. Sekarang dah darjah 5.

Dia atlet olahraga saya. Sekarang tengah latihan pusat. Next week kejohanan.

Dan apa yang mengharukan ialah apabila ada beberapa insan yang pemurah memberi sumbangan kepada adik tersebut untuk beli seluar.

Terima kasih yang DM nak bagi sumbangan kat dia. Nanti saya bagi la cikgu dia suruh belikan seluar.

Terima kasih semua yang menyumbang. Ada banyak dah ni. Cukup dah saya rasa. Esok insyaallah pi beli seluar dia dan untuk adik dia. Kalau ada lebih lagi, belanja dia makan.

Terima kasih abang dan akak semua. Esok saya update. Beli lepas training kot.

Dan hari ini adik tersebut telah dapat seluar track, baju sekolah dan stokin baru hasil dari sumbangan netizen.

Habis training olahraga tadi terus beli seluar track, baju sekolah dan paling penting stokin sebab stokin dia ada sepasang je.

KFC sebab ada yang derma suruh bawa dia makan KFC. Siap bungkus untuk family sekali. Terima kasih abang dan akak semua! Semoga dimurahkan rezeki!

Baca : Sedekah yang terbaik, ini amalan yang harus dilaksanakan

Reaksi Netizen

Baca : Hebatnya Kuasa Istighfar!

Alhamdulillah. Semoga apa yang disumbangkan oleh netizen menjadi amal jariah di akhirat kelak. Aminn

Kredit : SyafaatNasir

5 Comments

  1. Alhamdulillah , muka adik tuh nampak happy sangat dengan senyumnya .

    Semoga yg memberi sumbangan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah .Aminn

  2. alhamdulillah ramai rakyat malaysia yg prihatin . dah join giveaway mama tak? jom join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. RM 1000 utk dimenangi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!