Suka-suka, terpaksa atau ketagih? beri nafkah haram untuk keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa tabiat berjudi hidup dan berkembang di kalangan masyarakat kita. Judi dikategorikan sebagai aktiviti mungkar yang telah lama wujud di dunia ini.

Malah menurut catatan sejarah, Raja Parsi yang bernama Ardasyir bin Babak merupakan orang yang pertama mencipta permainan dadu.

Dalam masyarakat Melayu pula, kita dihidangkan sejarah Pak Kaduk yang mempertaruhkan kampungnya sebagai taruhan. Akibat tipu daya raja, Pak Kaduk akhirnya kalah dan akibatnya kampungnya tergadai. Cerita ini menunjukkan aktiviti judi telah berakar-umbi sejak zaman-berzaman tanpa mengira status dan keturunan.

Permainan video game kini sudah jadi kebiasaan

Awasi ahli keluarga masing-masing

Peredaran masa dan teknologi sememangnya pantas. Jika dulu orang berjudi tersorok di dalam hutan atau di premis tertutup yang dikawal, kini semuanya ada di hujung jari. Nampak mustahil pada waktu dulu, tapi sekarang dah tular.

Isteri-isteri… Awasi suami masing-masing, spotcheck handphone suami, dia kata main game, mintak tengok game apa. Jangan sampai suami terjebak dengan benda ni dan yang seangkatan dengannya.

Ini adalah contoh judi online. Untuk bermain game ini, perlu beli kredit dengan harga serendah RM50. Bila dah ada kredit, bolehlah mula bermain, iaitu tekan mesin judi di handphone sahaja.

Permainan biasanya sambil santai dan lepak-lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi. Game poker, jackpot dan bermacam jenis lagi ni memang dicipta untuk orang berjudi dan ketagih dengannya.

Kalau menang, duit akan dihantar ke akaun bank. Maka gunalah duit hasil judi itu (haram) untuk belanja keluarga.

Kalau kalah, akan beli kredit lagi RM50. Kalau kalah, beli kredit lagi. Sampailah habis duit gaji. Bila duit habis mulalah marah-marah. Lagi bagus buat potongan gaji zakat RM10, 20 atau 50 sebulan.

Tahi judi sentiasa gelisah

Ada yang baru berjinak dengan judi di telefon ini, mungkin tidak sedar yang mereka sebenarnya telah melakukan keingkaran kepada Allah SWT dan hidupnya tidak berada dalam ketenangan semasa di dunia lagi. Tabiat berjudi menyebabkan individu berkenaan dihinggapi penyakit keluh kesah.

Ini berlaku apabila ia leka berjudi menyebabkan jiwanya khusyuk dan lidahnya kering dari berzikir sedangkan zikir adalah benteng kegelisahan

Cabaran kehidupan seharian dalam melibatkan harta ini memang patut jadi pengajaran semua dan solusinya sudah ada di dalam Al Quran.

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!” (Al Kahfi : 42)

Inilah yang berlaku, antara kelemahan umat Islam…

1. Malas membaca, belajar dan memperbetulkan amalan
2. Tak kisah dengan riba, judi dan arak.
3. Terlalu taksub ideologi, puak & politik
4. Institusi zakat & waqaf diperlecehkan
5. Perceraian meningkat, masalah sosial bertambah dan anak-anak terabai kerana ibubapa tiada ilmu parenting yang betul.

Orang-orang Islam mestilah sedar bahawa berjudi tidak membawa sebarang manfaat, malah boleh menjerumuskan seseorang kepada memakan harta haram atau harta orang lain secara batil, yang mana ini amat ditegah oleh Allah SWT.

Maka jangan salahkan anak kita apabila mereka tidak cerdik, jadi kaki lumba haram, terbabit dengan bohsia atau suka melawan kata kedua ibubapa. Ini adalah kerana sesetengah ibubapa, sama ada secara sedar atau tidak, mungkin telah memberikan nafkah makan minum dan pakaian dari sumber yang haram melalui kegiatan berjudi.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha menjauhkan umat Islam daripada mendekati aktiviti-aktiviti perjudian, walaupun yang dianggap permainan seperti tikam gula-gula mainan, judi internet dan lain-lain lagi.

Ramai yang kata aibkan suami bila baca artikel “Suami lebihkan main game, isteri perlu waspada“. Apa kata anda?

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!