Biodata Mohamed Azmin Ali

Spread the love

YB Mohamed Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Presiden PKR.

Di peringkat negeri Selangor, beliau adalah ahli jawatankuasa Selcat. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua PKR Sabah, kemudian PKR Wilayah Persekutuan dan kini PKR Selangor.

Biodata YB Azmin Ali

Nama : Mohamed Azmin bin Ali
Tarikh lahir : 25 Ogos 1964
Adik Beradik : Azwan Ali, Ummi Hafilda, Arpah Ali, Norlia Ali, Intan Dawini Ali
Pasangan : Datin Seri Shamshida Taharin
Anak-anak :
Farah Shazliyana (1989),
Mohamed Ameer Shazrin (1991),
Farah Amira (1993),
Farah Afifah (1995),
Mohamed Basheer Noor Alhaq (1997),
Mohamed Yusuf Al Sadiq (2002)

Penghargaan Selangor :

  • Darjah Kebesaran Mahkota Selangor Yang Amat Mulia (SPMS)
  •  Setia Mahkota Selangor (SMS)

Keluarga

Bapanya Ustaz Ali dan ibunya Hajjah Che Tom Yahaya. Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali (pelakon, pengacara) dan Arpah Ali (pakar motivasi). Azwan Ali pernah membuat ugutan bunuh terhadap adiknya Umi Hafilda menerusi Twitter.

Pada 13 Januari 2012, Ummi buat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail . Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah. Akhirnya Azwan dan Umi Hafilda berdamai.

Pendidikan

Azmin Ali lahir di Singapura (yang ketika itu masih berada dalam Malaysia) pada 25 Ogos 1964. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 – 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 – 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat.

Kerjaya politik

Pada tahun 1987, Mohamed Azmin yang berusia berusia 23 tahun pada ketika itu dilantik sebagai pegawai khas kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemudian beliau menjadi setiausaha sulit kepada Anwar apabila Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selepas Anwar didapati bersalah atas kes rasuah dan liwat pada tahun 1998, Azmin menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional.

Di dalam Pilihan Raya Umum 2008, Azmin bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Gombak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan telah memenangi kedua kerusi tersebut.

Pada November 2010, beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Presiden PKR dan memegang jawatan tersebut hingga kini. Pada Pilihan Raya Umum 2013, Mohamed Azmin turut bertanding di kerusi-kerusi yang sama dan memenanginya.

Fitnah seks

Pada April 2012, Azmin Ali mendakwa bahawa pelbagai fitnah telah dilemparkan kepada dirinya. Antaranya, video yang memaparkan seorang lelaki bersama seorang wanita di dalam tandas dan modus operandi ini sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fitnah turut dilemparkan ke atas isteri dan anaknya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham . Kemudiannya beliau dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan semasa Bersih 3.0 beliau dituduh mencetuskan provokasi.

Azmin Ali, isteri serta anak kecil mereka telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Hasil ujian DNA jelas menyebut serta mengesahkan Azmin dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak mereka.

Pada 2 Jun 2012, rumah Azmin Ali di Taman Bukit Antarabangsa menjadi sasaran 50 pemuda dipercayai dari UMNO Ampang. Mereka membawa plakad dan melaungkan slogan “PKR penipu” dan “Azmin rasuah”.

Azmin Ali dan Wan Azizah dikatakan mempunyai isu berkaitan politik mereka dan kehidupan peribadi. Pertengkaran antara Azmin dan ahli keluarga Anwar diketahui oleh orang ramai sejak Azmin cuba untuk menunjukkan kuasa beliau sebagai Naib Presiden parti.

sumber : Bernama

Pada 23 September 2014, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga Pengerusi HARAPAN mengumumkan barisan kabinetnya yang turut menamakan Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!