Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa yang tak nak jadi Jutawan kalau pun tidak masuk senarai top 20 orang paling kaya Malaysia sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Bukan mudah nak jadi Jutawan tidak seperti mengutip sampah tepi jalan. Kalau kita baca biodata top 10 richest men in the world pasti ada ciri-ciri yang sama yang menjadikan mereka insan yang paling kaya di dunia.
Selain mempunyai sifat-sifat seperti bangun awal, menepati masa, berdisiplin, kerja kuat ada satu ciri yang unik yang ada pada semua orang paling kaya di dunia dan di Malaysia. Hampir semua orang terkaya ini mempunyai yayasan yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan. Mereka mengeluarkan berbillion dollar peruntukan untuk yayasan mereka.
The Bill and Melinda Gates Foundation — which has been handed $31 billion of Warren Buffett’s money — has turned its considerable charitable funds to help poor farmers in Africa. – WSJ (11/12/11)
Di Malaysia ramai yang sedia maklum bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk membiayai berbagai projek membantu masyarakat. Adakah mereka semua ini yakin semakin banyak mereka memberi maka semakin banyak mereka akan dapat?
Mari kita baca firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang maksudnya :”Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui”
Juga firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 245 yang maksudnya : “Siapa yang meminjami (infaqkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”
Mungkinkah ini boleh dijadikan Tips menjadi Jutawan. Seandainya kita mengambil kira setiap infaq, sedekah atau zakat yang ikhlas di balas ALLAH SWT dengan dilipatgandakan seratus kali maka kalau hendak mengumpul 1 juta maka kita perlu memberi RM10,000, (RM10,000 x 100 = RM1 juta) dan jika inginkan RM10 juta perlulah memberi RM100,000 (RM100,000 x 100 = RM10 juta). Yang penting memberi dengan ikhlas hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu. Memberi mengikut kemampun sedikit-sedikit lama-lama terkumpullah RM10,000 atau RM20,000 atau RM100,000.
Yang pasti untuk menjadi Jutawan tidak datang sekelip mata dan perlu disertakan dengan usaha-usaha yang lain selain memberi. Selain daripada itu ALLAH SWT akan memilih manusia yang paling layak menjadi Jutawan kerana menjadi Jutawan juga adalah ujian besar daripada NYA kerana buka semua mampu memegang status Jutawan.
Tips menjadi Jutawan ini adalah hanya teori peribadi aku yang seperti ada logiknya untuk diamalkan. Kenapa tidak kita bermula dari hari ini dan kita lihat dalam tempoh 10 tahun siapa yang berjaya menjadi Jutawan.
242 Comments
Banyakkan menderma..nanti murahlah rezeki
Curahan rasa faizfakhirin @ ..5 Petanda Peperangan Di Iran Semakin Hampir
banyakkan berdoa..insyaAllah..rezeki ada untuk kita..
Curahan rasa Din @ ..Alamak!! Tadi Aku Pergi Tandas Dengan Siapa?
Berdo’a dan bekerja. itu lebih tepat.
Curahan rasa salsabila @ ..Fragrance For Men
bersedekah tu umpama melabur. lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak ganjaran yang kita terima…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..28 MAC: TARIKH KERAMAT LIYANA JASMAY
bukan senang nak senang, bukan susah nak susah…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..UNIKNYA RUMAH TERBALIK BORNEO TAMPARULI
Semua berhak menjadi jutawan, cuma yang membataskan ialah cara kita guna untuk mencapainya
Curahan rasa Myra Jay @ ..Sijil HALAL : Penjara dikuatkuasa pada 1 Julai
Yang jadi jutawan sekarang, kebanyakan pekerja keras…
Curahan rasa Dadan @ ..Razia Warnet
Bener banget tuh, yang pemalas ga bakalan jadi jutawan.
Curahan rasa salsabila @ ..Duty Free Perfume
Jadi jutawan harta dan jutawan hati itulah idealnya…
Curahan rasa Dadan @ ..Razia Warnet
kalau Allah bg rezeki dpt la jd jutawan..
Jutawan lahir batin…
Curahan rasa Dadan @ ..Razia Warnet
Assalam, betapa senangnya nak jadi kaya sebenarnya… kita saja yg menyusahkan diri…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Keputusan Undian Suku Akhir Dan Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) 2012
Tapi, itulah..orang zaman sekarang nie pemalas… Dia nak jadi jutawan tu dengan segera. Patutkah semua tu… nak jadi jutawan kena ada kesabaran, bukannya senang nak jadi jutawan.
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Najwa Tak Takut Kalah
Kalau betul2 nak jadi jutawan segera, pi ikut one in a million, ataupun ikut peraduan power root tu..hahaha
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Najwa Tak Takut Kalah
x dapat bayang kalu jadi jutawan..haha
Curahan rasa yakuza @ ..Wajarkah Gaji Pembantu Rumah RM700?
semua org nak jd jutawan , tp …
Curahan rasa puanbee @ ..Lelaki kacak nak lagi kacak
Tapinya apa mbak puanbee..?
Curahan rasa Dadan @ ..Razia Warnet
koq kenapa tidak dilanjutkan… hehehee 🙂
Curahan rasa Dadan @ ..Razia Warnet
Tapi apa kak Bee ?… peluang itu ada cuma keyakinan saja yg diperlukan…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Keputusan Undian Suku Akhir Dan Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) 2012
Man jadda wa ja da…sesiapa yg berusaha, dia yg dapat..~
Curahan rasa Syapit @ ..WarKaH kE sYuRgA
Betul tu Syapit… saya sokong…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Najwa Tak Takut Kalah
Kita kena berusaha dan berdoa kepada Allah 🙂
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..FULL VIDEO RAJA LAWAK 6 AKHIR
totally agree…Kadang2 rezeki datang tanpa diduga apabila kita bantu saudara mara or sesiapa yang memerlukan….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Duit : Kawan Boleh Jadi Lawan
Comments are closed.