Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tak ada jiwa nak menulis blog lagi“. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang jadi blogger sejak 2006. Dua tahun blogger bawah tanah, menulis dalam bahasa Inggris, sampai sekarang masih ada blog rahsia tersebut tapi tak siapa tahu. Hanya pembaca yang membaca dari carian SEO tanpa mengenal penulisnya.
Tahun 2008 mula menulis secara terbuka. Nak tahu kenapa Abang jadi blogger kenalah baca entri “Kenapa Denaihati jadi blogger“. Jadi blogger ramai mengeloh nak cari idea menulis. Cara Abang, bila dapat idea Abang akan terus tulis tanpa henti hingga habis. Kemudian baru betulkan ejaan dan susun ayat. Beberapa bulan kemudian betulkan semula fakta yang kita tulis kalau ada perubahan. Beberapa tahun kemudian betulkan lagi fakta pada entri yang sama jika ada perubahan lagi.
Abang pun ikut kata dan nasihat guru yang lebih pandai walaupun lebih muda, menulis kena mula jangan tunggu sempurna.
Menulis blog ni sebenarnya ada tanggungjawab besar. Abang baru sedar apabila bertemu dengan team Google Malaysia. Google adalah pustaka terbesar dunia. Yang memberi informasi kepada pencari-pencari seluruh dunia antaranya bangsa Melayu yang ada ratusan juta di seluruh dunia. Masalahnya bahan berbahasa Melayu terlalu sedikit di dalam pustaka Google.
Kita blogger adalah penyumbangnya jadi pastikan setiap tulisan kita menggunakan ejaan yang betul kerana ianya bakal menjadi bahan rujukkan generasi akan datang.
Abang nak tanya mana yang betul resepi atau resipi?
Yang salah akan jadi betul pada sudut pandang Google apabila majoriti menggunakan perkataan tersebut berulang-ulang kali oleh ramai penulis dalam tempoh yang lama.
Itu istimewanya blogger yang tak ada pada aktivis sosial media lain. Untuk jadi lebih istimewa jom jadi Elite Blogger bersama Akademi Denaihati. Apa kelebihannya baca sini entri “Istimewanya jadi Elite Blogger“.
Semua kesempurnaan bermula dari diri kita.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
91 Comments
Setuju sangat. Cuma masalah saya ni selalu tunggu entry tu macam ‘sempurna’ dari segi isi, idea, even gambar sekalipun.
Akhirnya, tak publish-publish.
Ni kena usaha ikut cara Abang Denaihati ni.
Semoga saja saya bisa menjadi full blogger bukan lagi blogger musiman setelah membaca beberapa tips ini hihihi
Curahan rasa Sangkar Ayam @ ..Sangkar Lovebird
Sesetengah penulis menulis ke arah perpecahan, mereka gembira melaga lagakan sesama manusia seperti fahaman politik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Menyesal Tak Pakai Pemasaran Emel
Alhamdulillah..Penerangan yang sangat berguna..Banyak ilmu yang dipelajari.Kipidap..Terbaik!!!!
Jadi blogger pun kena ada banyak bacaannya juga. Ini penting untuk memantapkan penulisann kita dengan maklumat yang sahih, ejaan yang betul dan susun ayat yang betul.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Dari pandangan umum, memang senang jadi blogger trtapi nak jadi penulis sempurna yang susah.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Menulis blog informatif mesti mau selalu update. Kesian pengguna internet kalau kita bagi maklumat yang dah obsolete.
Curahan rasa Aneka Resipi @ ..Resepi Spaghetti Bolognese Sardin Dengan Cendawan
Blogger macam juga wartawan, pemberita, kena cari maklumat yang betul dan sahih sebelum disiarkan di blog.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Bukan mudah nak jadi blogger yang sempurna.. saya dah 10 tahun pun masih banyak yang perlu diperbaiki
Curahan rasa zool @ ..CIMB taja Azizul, Fatehah
Betul tu Zool….. Saya baru 7 tahun pun banyak juga kena belajar berkaitan blog. Lebih lagi nak tulis artikel yang berkualiti dan boleh tepatkan di depan muka surat pertama di injin carian.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Saya pun tengah belajar jadi blogger yang lebih bertanggungjawab dan bermanfaat kepada orang lain.. Kena pandang jauh sampai ke akhirat sebenarnya, kan.. Setiap yang kita tulis dan sebar tue ada malaikat yang mencatat pahala atau dosa.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Catatan Ringkas Pengalaman Bercuti Ke New Zealand 9 Hari 8 Malam Bersama Anak-anak
blogger adalah kerjaya yang hebat dan mulia..
penyampai ilmu dan info yang hebat..sehingga sekarang saya masih belajar untuk menjadi blogger yang hebat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Promosi Takaful Melalui Kaunter Bergerak
MrHanafi nak jadi blogget hebat dan sempurna. Ramai yang bercita-cita sebegitu tetapi hakikatnya ia amat sukar untuk menarik pembaca.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Sedang belajar jadi blogger.. Belajar.. Belajar.. Belajar.. Dan terus belajar…
Curahan rasa Ayu @ ..SALAM PERKENALAN DUHAI DUNIA BLOGGER
Belajar ni sampai ke mati. Ilmu tidak pernah habis selagi hayat dikandung badan. Kita dituntut belajar walaupun ke negeri China.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
ramai yang menganggap jadi blogger ni senang. tulis dan terus publish.. nak dptkan pembaca setia tu bukan main susah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tarikh Israk Mikraj 2017 Malaysia
memang bukan semudah yang disangka..
kena banyak berusaha untuk menarik orang membaca
Curahan rasa zool @ ..Kursus Inovasi Dan Pemikiran Kreatif Dari Yayasan Inovasi Malaysia
Daya pun dah bertahun jadi blogger tetapi sangat sukar nak dapat pembaca setia kecuali kita berusaha tulis artikel yang betul-betul mereka mahukan.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
denaihati menjadi inspirasi menulis blog bagi kita semua. tulisannya jernih, bermanfaat, dan menghasilkan..
Jemput jalan-jalan kat blog Killa.. saya masih newbie dalam ilmu blog.. mohon beri tunjuk ajar… =)
Ramai nak belajar jadi blogger sempurna dengan menulis artikel yang berkualiti tetapi ia memerlukann pembacaan yang banyak.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Kalau setakat tulis artikel dan publish saja belum cukup untuk menjadikan blog kita disukai ramai.
Kita juga kena blogwalking ke blog orang lain juga supaya mereka tahu kewujudan blog kita tu.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Make friends dengan blogger lain. Banyak lagi benda yang tak tahu jadi tahu selepas blogwalking. Penting tu~ 🙂
Curahan rasa Faezah @ ..Selesaikan Masalah Sembelit dengan Shaklee
Setuju dengan Abang Denaihati. Ada je idea, terus tulis, kemudian baru baut proodreading. Kalau biar lama-lama nanti idea tu terus hilang.
Saya menulis dalam bidang saya sendiri untuk pastikan idea datang mencurah-curah. Hari-hari berhadapan dengan pesakit sihir sedikit sebanyak memberikan percambahan idea untuk menulis.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?
Comments are closed.