Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tak ada jiwa nak menulis blog lagi“. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang jadi blogger sejak 2006. Dua tahun blogger bawah tanah, menulis dalam bahasa Inggris, sampai sekarang masih ada blog rahsia tersebut tapi tak siapa tahu. Hanya pembaca yang membaca dari carian SEO tanpa mengenal penulisnya.
Tahun 2008 mula menulis secara terbuka. Nak tahu kenapa Abang jadi blogger kenalah baca entri “Kenapa Denaihati jadi blogger“. Jadi blogger ramai mengeloh nak cari idea menulis. Cara Abang, bila dapat idea Abang akan terus tulis tanpa henti hingga habis. Kemudian baru betulkan ejaan dan susun ayat. Beberapa bulan kemudian betulkan semula fakta yang kita tulis kalau ada perubahan. Beberapa tahun kemudian betulkan lagi fakta pada entri yang sama jika ada perubahan lagi.
Abang pun ikut kata dan nasihat guru yang lebih pandai walaupun lebih muda, menulis kena mula jangan tunggu sempurna.
Menulis blog ni sebenarnya ada tanggungjawab besar. Abang baru sedar apabila bertemu dengan team Google Malaysia. Google adalah pustaka terbesar dunia. Yang memberi informasi kepada pencari-pencari seluruh dunia antaranya bangsa Melayu yang ada ratusan juta di seluruh dunia. Masalahnya bahan berbahasa Melayu terlalu sedikit di dalam pustaka Google.
Kita blogger adalah penyumbangnya jadi pastikan setiap tulisan kita menggunakan ejaan yang betul kerana ianya bakal menjadi bahan rujukkan generasi akan datang.
Abang nak tanya mana yang betul resepi atau resipi?
Yang salah akan jadi betul pada sudut pandang Google apabila majoriti menggunakan perkataan tersebut berulang-ulang kali oleh ramai penulis dalam tempoh yang lama.
Itu istimewanya blogger yang tak ada pada aktivis sosial media lain. Untuk jadi lebih istimewa jom jadi Elite Blogger bersama Akademi Denaihati. Apa kelebihannya baca sini entri “Istimewanya jadi Elite Blogger“.
Semua kesempurnaan bermula dari diri kita.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
91 Comments
Thanks infonya gan semoga saya juga bisa menjadi seorang blogger yang sempurna hehehe
Terima kasih kerana memberi inspirasi. Rasa nak aktif kembali ber blogging.
Curahan rasa Syakirah @ ..14 Cara Jemput Rezeki Allah
Menulis dengan niat hendak tambah nilai dan memberikan manfaat kepada orang lain
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..7 Jenis Vitamin Untuk Cantik
Menulis tak perlu jadi sempurna. Asalkan dapat memberi manfaat kepada orang lain pun sudah cukup bagus..
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Selamat Tinggal H12-Media…
Terus rasa bersemangat nak menulis sebab membaca artikel ini. Terima kasih denaihati. Tapi, teringin juga nak tahu blog rahsia tue… hehe
Curahan rasa Cik Norizam @ ..Pertolongan Kecil Tetapi Nilainya Sangat Besar
Rasa bertanggungjawab nak sampaikan info yang mudah difahami. Semenjak itulah saya menaip tanpa menggunakan shortform, penuh sepenuhnya~ 🙂
Curahan rasa Faezah @ ..Selesaikan Masalah Sembelit dengan Shaklee
percaya atau tidak masih ada blogger yg guna short form bila menulis dan dalam masa sama tertanya tanya kenapa blog tak ada pembaca
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Belum pernah jumpa lagi. Short form ni subjektif juga. Tak semua orang faham apa yang kita short form kan. 😀
Curahan rasa Faezah @ ..Selesaikan Masalah Sembelit dengan Shaklee
bukan senang nak jadi blogger.. true blogger bukan hanya copy paste sahaja.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
saya menulis dalam.keadaan bahasa yang begitu berbunga kata kawan2..sudahnya saya terikut2 dengan slang bahasa sekarang utk membuatkan tulisan itu tak boring.hakikatnya tulisan dengan rjaan yang betul dan bahasa yang indah itu begitu mahal nilainya pada orang yang menghargai mutu tulisan
Blog dalam bahasa Melayu memang tak banyak. Ada sesetengah topik, ia didominasi oleh penulis dari negara seberang yang menggunakan Bahasa Melayu.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?
Wah terimakasih lagi Bang, saya merasa belum sempurna dan dewasa dalam menjadi blogger yang baik dan cakap apalagi sempurna, ini mantab…
Curahan rasa Buwel Dewasa @ ..Sebuah Cerita Dewasa Tentang Penampakan Yang Cantik
semoga saran Abang ini bisa sangat berguna bagi semua pemula blogger ni.
Satu perkongsian yang sangat bermakna bagi penulis blog diluar sana. Semoga saya dapat menulis blog yang baik untuk dijadikan perkongsian bagi orang lain.
salam,saya baru bermula dalam dunia blogger ini.terima kasi input ini,maknanya setiap idea yang masuk kena terus tulis sampai habis kan.saya akan usahakan.best la tips abang ni.
Curahan rasa Lydia bungkak @ ..SIAPA DIRI SAYA
terima kasih tuan.. perkongsian yang sangat berguna.
saya harap saya akan terus konsisten update blog. sampai jadi sempurna seorang blogger
Curahan rasa umiadam @ ..Cara Merawat Gout Dengan Makanan Tambahan
Comments are closed.