Program Elite Blogger – usaha untuk meningkatkan kualiti penulisan blog

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

penulisan blog sudah wujud sejak sekian lama, saban hari ada ramai blogger-blogger baru yang menceburkan diri dalam bidang penulisan ini. Ianya memang mudah untuk dimulakan, namun sekiranya kita sekadar menulis tanpa perancangan, ianya akan menjadi sekadar hobi.

Program Elite Blogger

Penulisan sebagai hobi

Suatu ketika dahulu, ramai yang memulakan penulisan blog ini sebagai hobi, dan apabila mereka telah menulis untuk tempoh yang lama, sedikit demi sedikit, penulisan tersebut telah bertukar menjadi sumber pendapatan mereka.

Perkara ini menyebabkan lebih ramai yang ingin menjadi blogger juga. Namun begitu, jika kita mula menulis dengan bermotivasikan duit, kita akan cenderung untuk kecundang lebih awal. Ini disebabkan proses menjana pendapatan melalui blog tidak berlaku dengan cepat.

Ianya memerlukan tempoh yang tertentu sebelum kita boleh mengutip hasil. Walaupun memang ada ramai blogger berpengalaman dapat mempercepatkan perkara ini, ianya belum tentu boleh dilakukan oleh blogger-blogger baru.

Program Elite Blogger

Program Elite Blogger ini adalah inisiatif kami di Denaihati Network Sdn Bhd untuk membantu rakan-rakan blogger meningkatkan kualiti blog masing-masing. Yuran komitmen yang dikenakan adalah untuk menilai siapa rakan blogger yang benar-benar berkeinginan untuk meningkatkan kualiti blog mereka.

kelas yang diadakan untuk peserta Elite Blogger.
kelas yang diadakan untuk peserta Elite Blogger.

Program Elite Blogger ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakan-rakan blogger yang telah menguruskan blog mereka sekurang-kurangnya 8 bulan dengan penulisan yang konsisten.

Akademi Denaihati menyediakan latihan demi latihan untuk peserta Elite Blogger ini. Latihan yang diberikan setakat ini semuanya percuma, mungkin juga akan ada latihan berbayar pada harga yang sangat rendah.

Kelebihan Elite Blogger

Antara kelebihan yang akan dinikmati oleh peserta Elite Blogger adalah mereka bukan sahaja akan menerima latihan percuma, mereka juga akan menerima projek berbayar daripada Denaihati Network pada kadar yang lebih tinggi daripada blogger biasa yang ditawarkan projek yang sama.

sesi perkongsian bersama Elite Blogger
sesi perkongsian bersama Elite Blogger

Ini berlaku apabila peserta Elite Blogger telah berjaya menulis dengan standard yang telah ditetapkan. Standard ini ditetapkan untuk memberikan impak pemasaran yang lebih baik kepada syarikat yang mendapatkan perkhidmatan pemasaran daripada Denaihati Network Sdn Bhd.

Kami mensasarkan, dengan wujudnya program Elite Blogger ini, lebih ramai blogger akan dapat menulis dengan baik dan konsisten untuk menjana pendapatan tambahan setiap bulan.

Semoga usaha yang dibuat ini, akan menyumbang kepada peningkatan industri penulisan blog tanahari insyaALLAH.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program Elite Blogger ini, boleh buat pendaftaran di halaman berikut

Daftar program elite blogger

51 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!