Assalamulaikum dan salam 1Dunia, semangat Aidil Fitri kian membara dihati semua umat Islam walaupun puasa Ramadhan masih ada beberapa hari lagi. Ramai yang sudah membuat persediaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang. Kalau di Indoensia lebih dikenali sebagai Mudik Lebaran yang menjadi fenomena satu Indonesia setiap kali menyambut lebaran Aidil Fitri.
Setiap tahun ada sahaja berita sedih kisah kemalangan maut ketika pulang ke kampung. Ramai keluarga yang kehilangan yang tersayang akibat terkorban di jalan raya. Majoriti kemalangan jalan raya dapat dielakkan seandainya persiapan yang rapi dibuat sebelum pulang ke kampung.
Aku nak berkongsikan Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya dalam keghairahan untuk pulang ke kampung :
1. Servis kenderaan dan periksa tayar kereta. Jangan lokek mengeluarkan sedikit budget untuk memastikan kenderaan dalam kondisi terbaik demi keselamatan keluarga. Apa lah sangat nilai wang ringgit jika dibandingkan nyawa isteri dan anak-anak. Jangan servis kenderaan last minute sebab takut-takut pusat servis dah tutup.
2. Pemandu mesti bersiap sedia minda dua hari sebelum memandu pulang ke kampung. Pastikan tidur yang cukup supaya badan segar ketika memandu. Majoriti kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap ketika memandu.
3. Rancang waktu untuk pulang ke kampung jangan buat keputusan pulang ke kampung secara tergesa-gesa. Perancangan yang baik akan memastikan isteri dapat mengemas barang keperluan dengan lebih teratur dan tidak akan ada barang yang tertinggal.
4. Solat malam dan berdoa semuga ALLAH SWT pelihara perjalanan pergi balik kita. Sebaiknya solat sunat musafir sebelum nak bergerak keluar pulang ke kampung. Pastikan membaca doa naik kenderaan sebaik sahaja kita mula bergerak pulang ke kampung.
5. Bersabar ketika memandu dan ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Ramai Rakyat Malaysia yang baik budi perkerti tetapi menjadi ganas apabila mula memegang stereng kenderaan. Ingat kita masih lagi berpuasa jangan ikut perasaan bukan sahaja hilang pahala puasa tetapi juga boleh mengundang kemalangan maut. Ingat bukan kita sahaja nak pulang awal pemandu yang lain begitu juga. Seandainya kita potong barisan dan memandu melulu pasti ini akan menyumbang kesesakan jalan raya.
6. Jika mengantuk teramat sangat ketika memandu cari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat. Jangan paksa diri untuk cepat sampai tetapi akhirnya sampai ke hospital atau ke alam kubur.
Ini lah antara Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan raya ketika pulang ke kampung dan mungkin Rakan Blogger boleh tambah mana-mana yang tertinggal. Sayangi diri anda dan ingat ada keluarga yang tersayang sedang menunggu di kampung. Jangan biarkan mereka menerima berita sedih ketika orang lain sedang bergembira menyambut Aidil Fitri.
Kita berusaha ALLAH SWT menentukan segalanya. Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati ketika memandu.
Balik nanti jangan lupa semak saman @ Semak saman secara online dan SMS.
98 Comments
terbaik!! thanks! (^_^)
terima kasih for the tips.. Prevention lebih baik dari treatment.. 🙂
Curahan rasa Ayabizz @ ..Ibu Mengandung Paling Muda!
Alhamdulillah,.. nampaknya butang google+ sudah muncul..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012
rasa xlengkap kalau artikel yg bagus tidak di’plusone’kan 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Menjelajah Kilang Ferrari Di Maranello: Assembly Line
insyaALLAH semua selamat… yang pentingberhati-hati & bersabar + tawakal…
Curahan rasa Paksu-IT @ ..[Solve] Warning Headers Already Sent By Post-template.php
bertenang ketika memandu.. tak kan lari kampung dikejar… berhati-hati lebih baik dan berwaspada selalu…
Curahan rasa yangbaik @ ..Selamat Hari Raya Eidul Fitri
setiap tahun berita ngeri kemalangan terpapar. sejauh mana keberkesanan kempen yang dijalankan tentang kemalangan pun tidak tahu berkesan atau tidak.
kesedaran secara individual masih rendah. itu belum masuk individual yang punyai masalah hati.
doa diiringi supaya kemalangan di negara kita dapat dielakkan.
Curahan rasa megat @ ..5 Tanda-tanda penyakit hati
kesedaran pemandu Malaysia masih di paras yg rendah. kebanyakannya memandu mengikut nafsu. kalau sendiri yg kena, x apa. kalau yg dilanggar yg menemui ajal, itu adalah satu penganiayaan.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Menjelajah Kilang Ferrari Di Maranello: Assembly Line
Betul tu, sentiasa pastikan kenderaan dalam keadaan baik kerana peratus terbesar penyumbang kemalangan maut ialah masalah teknikal dan kesilapan manusia.
Curahan rasa Hisyam @ ..#SteveJobs Letak Jawatan
Di Indonesia MUDIK menjadi fenomena unik dan menarik dari sebuah tradisi yang awalnya hanya berkutat pada masalah kefitrahan diri menjadi sebuah budaya mobilitas massal yang sangat masif dan konsumtif.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Teleprompter Alat Bantu Kesayangan Presiden di Atas Podium
Mulanya hanyalah menjaga silaturahmi dan keberkahan di antara kerabat, sahabat maupun orang-orang terdekat, berubah menjadi gelombang kehidupan yang mampu mempengaruhi tatanan ekonomi negara. Semua karena tradisi MUDIK!
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Teleprompter Alat Bantu Kesayangan Presiden di Atas Podium
kapan mudik bang
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to save money for Students
hampir 23 juta orang mudik tahun ini bang
Curahan rasa munir ardi @ ..Happy Eid.ul Fitr
semoga kemalangan tahun nih dapat dikurangkan
Curahan rasa Hans @ ..Snow White And The Seven Dwarfs – Part 3 (Versi Hans)
Mudik atau kembali ke udik (kampung) tidak lagi menjadi sekadar tradisi, tapi mudik juga sebagai fenomena pergerakan dan mobilitas manusia Indonesia dalam kurun waktu singkat dan dalam sebuah gelombang yang luar biasa besar.
Untuk tahun ini saya mudik setelah lebaran Aidil Fitri
Disamping karena arus kendaraan juga sudah agak lengang
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Pertandingan dan Pembagian Group Liga Champions 2011/2012
oke saya tunggu bang
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to save money for Students
bang terima kasih untuk tu.. Selamat hari raya juga eik 🙂 blk kampung kat mana? 😉
Curahan rasa Shah URL @ ..Automatik Ping Blog ke Twitter
saya otw pulang ke kampung… naik train… moga perjalanan saya selamat 🙂
semoga selamat bro bertemu semua keluarga
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to save money for Students
wah… ruangan komen di perbaharui… header pon smart… caya lah!
header perpaduan Aidil fitri dan hari kemerdekaan
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to save money for Students
sabar dan berhati-hati, jangan gopoh itu terbaik unt elak perkara buruk berlaku
selamat hari raya DH dan rakan semua
Curahan rasa neo @ ..6 Langkah Mudah Untuk Menulis Dengan Pantas
Comments are closed.