Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “DS Najib Razak dedah dokumen sulit duit dari Raja Saudi”. Kali ini nak kongsi tentang tips mencari menantu yang baik.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bagi orang zaman sekarang, mereka lebih mementingkan akan paras rupa dan kecantikan tubuh wanita atau kekacakan seorang lelaki dalam mengukur keperibadian seseorang untuk dijadikan calon menantu. Walhal kriteria yang dipakai Rasulullah itulah yang membuat baginda dapat menikmati kedudukan yang mulia dan dihormati.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Dari Jabir r.a., Sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda: Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya; maka pilihlah yang beragama” (HR. Muslim dan Tirmidzi).
Rasulullah SAW melarang kaum lelaki memilih kecantikan semata-mata dalam menentukan calon isteri. Baginda bersabda:
“Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam yang baik agamanya itu lebih utama.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Cara memilih menantu orang dulu
Orang dulu kalau nak berkenalan dengan bakal menantu minta anak bawa bakal menantu datang rumah. Di rumah nanti ibu bapa akan menilai tingkah laku bakal menantu daripada beberapa ujian di beri. Yang lelaki kekadang diminta jadi imam solat fardu. Yang perempuan kekadang di minta ke dapur untuk bantu bakal emak mertua.
Memang menyeramkan bakal menantu apabila bakal mertua jemput datang ke rumah. Boleh tanya pada ibu bapa kita apa perasaan mereka dahulu apabila diminta datang ke rumah bakal mertua.
Kena pandai berlakon kalau nak dipilih jadi menantu.
Cara memilih menantu yang baik
Baru-baru ini dapat tips paling terbaik dari seorang Maulana cara untuk mengenali bakal menantu yang baik, memang tak akan ada peluang untuk berlakonan sebab ini yang Sahabat Nabi ajar.
Apa caranya …
Bawa bakal menantu musafir bersama paling sikit selama tiga hari tiga malam maka kita boleh kenal sifat sebenarnya.
Satu hari ketika seseorang memuji kawannya dalam persaksian sebagai orang baik, ‘ Umar bertanya padanya, ” Apakah engkau pernah memiliki hubungan dagang atau hutang piutang dengannya, sehingga engkau mengetahui sifat jujur dan amanahnya ?”
” Belum,” jawabnya ragu.
” Pernahkah engkau,” cecar Umar, ” Berselisih perkara dan bertengkar hebat dengannya sehingga tahu bahwa dia tidak fajir dalam berbantahan ?”
” Ehm, juga belum…”
” Pernahkah engkau berpergian dengannya selama 10 hari sehingga telah habis kesabarannya untuk berpura-pura lalu kamu mengenali watak-watak aslinya ?”
” Itu juga belum. “
“ Kalau begitu pergilah kau, hai hamba Allah. Demi Allah kau sama sekali tidak mengenalnya !”
Berdasar kisah ini untuk mengenali bakal menantu secara dekat ajak dia bermusafir. Kenalah keluar sedikit modal untuk manafaat berpanjangan bukan sahaja di dunia malahan yang lebih penting untuk kebaikan akhirat.
Hasil perkahwinan anak kita dengan bakal menantu ini bakal melahirkan keturunan kita. Keturunan yang baik pastilah hasil dari perkahwinan pasangan yang baik-baik.
Semuga artikel ini dapat memberi sedikit panduan kepada ibu bapa yang mencari-cari cara terbaik untuk memilih menantu yang bagus selain melihat kepada agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya.
42 Comments
Wah kena travel dengan bakal menantu pula macam ni. Tunggu lagi 3 tahun kot baru anak boleh kahwin.
Curahan rasa Rahimah Majid @ ..Kami Nak Beli Baju Sejuk Yang Mampu Milik
3 tahun dah tak lam tu. Kena bawa bakl menantu travel sambil menilai la kan hehe
Betul.. Keturunan yang baik hasil daripada pasangan yang baik. Entry ini sgt bagus tuan. Moga membantuu bagi sesiapa yang mencari calon menantu
Curahan rasa aryn fadz lee @ ..VITAMIN UNTUK AHLI SUKAN AGAR KEKAL BERSTAMINA
Tu pasal kita kena ikut apa yang Rasulullah cakp, nak keturunan yang baik kena lah pilih menantu yang baik. anak sndr pun kena jadi baik juga hehe
Lama lagi perjalanan saya nak mencari menantu yang baik..
cuma yang pasti kena elakkan menantu yang jadi pembawa thalasemia .
Curahan rasa zool @ ..SUKMA 2018 : Raja , Ratu Pecut Baharu Muncul
Owh yang ada gen thalasemia pun tak elok gak untuk keturunan kan. Kena buat pemeriksaan juga nanti kan
terima kasih untuk tips mencari menantu yang baik, alhamdulillah bisa mendapatkan gambaran. terima kasih
di indonesia pun sama juga tak tips nak cari menantu yang baik ni? Ke ada tips yang best? Boleh kongsikan
Bukan perangai menantu sahaja. Perangai semua orang akan terserlah bila dia bermusafir.
Atau dengan kata lain..bila berjauhan lama-lama dari rumah. Hal ini bukan tip ulama tapi setahu saya memang ada dikatakan dalam hadis.
haha betul tu. Sama gak orang cakp bila travel dgn kawan. Macam perangai buruk kantoi
Bila bawak musafir baru tau perangai sebenar bakal menantu tue, mudah-mudahan panduan ni memudahkan bakal2 ibu mertua dapat mencari menantu yang baik untuk anak2.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Ambil Vitamin C Untuk Kesegaran Segera Jika Ada 5 Masalah Ini
bagus gak tips macam ni. bila bermusafir barulah nampak sejauh mana tinggi kesabarannya, keegoannya, kekuatan mentalnya dan macam2 lagi. boleh praktik untuk anak sendiri nanti.
lagi best bila bermusafir, mertua dok bagi test macam macam, tengok bakl menantu melenting ke tak heheh
Tips mencari menantu yang baik sebagaimana kriteria yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadithnya dalam memilih bakal isteri adalah yang terbaik. Formula itu juga sesuai dalam memilih menantu lelaki dan perempuan. Apabila agama didahulukan, Insya-Allah semuanya selamat.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa Ameer
insya allah tips ini bermanfaat di masa depan setelah kita menjadi orang tua kelak,
Kalau cari menantu perempuan, jangan tengok perempuan itu sahaja. Kena tengok juga adik beradik perempuan itu. Kerana kata orang… anak-anak lebih mengikut perangai ibu (dan adik beradik ibu) berbanding bapa.
Fakta yang sebenarnya tidak diketahui. Ini kepercayaan orang Arab sahaja.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Mulakan Bisnes Bakery Dari Rumah Dan Jana Pendapatan Tambahan RM200-RM1000 Sebulan!
menantu yang baik untuk mentua yang baik… tips yang bermanfaat yang masa depan.. terbaik
ye..betul tu , mertua yang baik biasanya akn dapat menantu yang baik. Macam suami baik akan dapat isteri yang baik kan
kena ada tips cari mertua yang baik juga. kena timbal balik, menantu baik untuk mertua yang baik
Curahan rasa Raihanah @ ..Harga Vivix Shaklee Murah
nhehe macam mana nak cari mertua yang baik tu. Macam tak kena je kalau nak uji mertua. . hehe
Walau pun masih belum punya menantu di masa sekarang, tips ini saya simpan dulu untuk bekalan masa depan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Dan S29
samalah kita bro. Tunggu lagi 16/17 tahun baru belek balik tips di blog DH ni. Masa tu nak kena praktik dah hehe
kalau letakkan agama sebagai kriteria utama inshaAllah..dalam Islam banyak sebut rupanya hanya kita yang tak dalami dan amalkannya
Curahan rasa zara @ ..Atasi Masalah Hati Berlemak Atau Fatty Liver Secara Semulajadi
Saya nunggu artikel tips mencari pasangan yang baik saja he he he he
Curahan rasa Hasbie @ ..Cara Daftar Paket Yellow 1Gb Lewat SMS
hehe mencari pasangan yang baik juga penting. Otomatik akan menjadi menantu yang baik. Btol tak?
Comments are closed.