Anwar Ibrahim pilih Port Dickson sebagai laluan untuk jadi PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “DS Najib Razak dedah dokumen sulit duit dari Raja Saudi”. Isu panas politik sekarang bila DS Anwar Ibrahim akan mengantikan Tun M. Sebelum itu DSAI perlu menjadi ahli parlimen dan hari ini PKR telah mengumumkan kawasan yang bakal dipertandingkan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

PKR hari ini mengumumkan kerusi parlimen Port Dickson akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai laluan untuk menjadi Perdana Menteri ke 8.

Pengumuman hari ini mengesahkan khabar angin bahawa kerusi itu – satu-satunya yang dipegang PKR di Negeri Sembilan – akan dikosongkan untuk presiden PKR itu. Ia diumumkan anggota parlimen kerusi itu sendiri, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor. Pada PRU lalu, Danyal mendapat 36,225 undi untuk menewaskan calon BN V Mogan (18,515) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).

gambar Anwar Ibrahim di UM

Dua gossip panas sedang berlegar-legar di ruangan angkasa Malaysia.

Pertama katanya Mohamed Azmin Ali yang selama ini setia kepada DSAI akan melawan tuan untuk mengantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 8. Ini bukan lagi rahsia kerana kem Rafizi menjaja keseluruh negara untuk memangkan dirinya sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

Kedua katanya Tun Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada DS Anwar Ibrahim kerana Tun tidak yakin dengan rekod peribadi DSAI.

Semua ini hanya gossip tepi jalan tetapi dijaja dalam kempen pemilihan PKR sekarang.

Tun M, DS Anwar Ibrahim dan Azmin Ali semua asal dari UMNO yang masih memerintah negara paling tidak lima ke sepuluh tahun akan datang.

Pendapat Abang secara peribadi isu yang dimainkan oleh PKR dalam pemilihan kali ini sangat bahaya. Salah langkah Pakatan Harapan boleh kehilangan Kerajaan kerana dalam PRU14, UMNO masih parti yang paling banyak kerusi iaitu 57 di Parlimen berbanding parti-parti yang lain. Ada beberapa ahli parlimen UMNO yang keluar dari UMNO tetapi itu boleh dipujuk bila-bila masa sahaja. Bagaimana UMNO boleh mengambila alih Kerajaan PH? Ada macam-macam cara semuanya bergantung bagaimana PKR bemain politik.

Rakyat biasa hanya nak tengok Malaysia yang lebih baik, lebih mudah dan aman damai.

41 Comments

  1. Tak minat sangat politik tapi tulah kena juga ambil tahu serba sedikit.
    Bak kata Ben Carson ” we’ve been conditioned to think that only politicians can solve our problems. But at some point, maybe we will wake up and recognize that it was politicians who created our problems.”

    1. Jangan terlalu cepat menilai. Dah namanya politik, memang akan ada titik titik kotor..sama teruks sebenarnya kan haha

  2. Rupanya ini yang disebut sebagai Langkah PD selama ini. Akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa calon pilhan mereka di Parlimen Port Dickson samada Anwar Ibrahim atau selainnya. Selamat menjalankan tanggungjawab buat pengundi Port Dickson.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa AmeerMy Profile

    1. Impain anwar utk menjadi PM bakal tercapi tak lama lagi. Dah jadi YB di PD kat. Itu pun kalau Tun M bagi laluan yang mudah

  3. Saya percaya ramai yang suka DS Anwar…. tapi harus diingat, masa terlalu dekat orang keluar mengundi. Takut orang bengang kerana terpaksa mengundi sekali lagi hanya semata-mata untuk mengangkat seseorang yang “kelihatan” tidak sabar untuk menjadi PM.

    Lagi satu dengan isu Rafizi dan Azmin yang mula memuakkan. Kritikan dari Ketua Wanita PKR yang kelihatan tidak serasi minda sesama tim PKR.

    Takut orang boring. Tidak keluar mengundi dan kalah! Tidak pasal-pasal malu je….
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Mulakan Bisnes Bakery Dari Rumah Dan Jana Pendapatan Tambahan RM200-RM1000 Sebulan!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!