Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila tiba hujung minggu aku memang sibuk dengan jemputan bisnis preview samada dalam negara atau luar negara. Kesibukan ini adalah pilihan aku sendiri untuk berkongsi sedikit ilmu kepada rakan-rakan yang perlu bantuan. Teringat kata Robert T Kiyosaki bisnis abad sekarang banyakkan memberi khidmat membantu manusia lain dan akhirnya duit akan datang dengan banyak tanpa diundang.
Giliran kali ini mendapat jemputan untuk membantu rakan bisnis di Kota Bahru pada hari Sabtu dan di Seremban pada hari Ahad jadi jadual perjalan mesti kena tepat. Selalunya urusan belian tiket Airasia secara online diuruskan oleh rakan bisnis tetapi kali ini aku memilih untuk buat sendiri. Tak nak menyusahkan kawan-kawan lagi pun kalau beli awal boleh dapat tiket Airasia lebih murah.
Awal pagi sebelum terbang ke Kota Bahru, aku menguruskan beberapa urusan keluarga. Dua jam sebelum penerbangan aku memandu sendiri ke KLIA2 sebab nak tinggalkan kereta untuk memudahkan aku terus ke Seremban ke esokkan harinya. Sampai di KLIA2 aku terus ke kiosk untuk check in tapi rupanya aku sudah terlajak masa. Aku terus ke kaunter tapi kerani kaunter kata aku sudah terlewat 10 minit untuk check in. Baru teringat selalunya buat online check in sebab tu boleh sampai lewat, memang tak teringat lansung awal pagi tadi nak check in online kerana sibuk menguruskan hal keluarga.
Aku sudah janji dengan rakan-rakan Kota Bahru jadi walaupun lewat sampai aku mesti pergi juga. Aku beratur di kaunter untuk mengubah jadual penerbangan. Setelah menunggu hampir sejam sampai giliran aku untuk minta mengubah jadual penerbangan yang seterusnya. Semasa itu aku terniat nak periksa MyKad sebab kalau tak silap, aku keluarkan MyKad dan lesen memandu dari wallet sebelum pergi kembara Guangzhou minggu sebelum itu. Memang menjadi amalan aku apabila mengembara ke luar negara selain Singapore aku akan tinggalkan MyKad, lesen dan kad ATM yang tidak diperlukan untuk keselamatan.
Ketika adik kat kaunter sibuk menyemak jadual penerbangan seterusnya ke Kota Bahru, baru aku sedar yang aku lansung tidak membawa apa-apa pengenalan diri samada MyKad atau passport. Jadi kalau ada tiket untuk next penerbangan pun memang aku tak boleh nak naik. Kebetulan pulak tiket yang ada lewat malam jadi aku buat keputusan tidak meneruskan perjalanan ke Kota Bahru.
Kalau sebelum ini kisah tak dapat terbang di KLIA kerana masalah teknikal passport tapi kali ini tertinggal Mykad. Apabila nak berjalan dengan kapal terbang memang kena ada checklist yang perlu dibuat sehari dua sebelum terbang kalau tidak memang jadi macam ini. Mungkin aku terlalu yakin sebab sudah selalu terbang sana sini dan akhirnya terkena juga asbab kelalaian sendiri. Tapi aku yakin setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mohon jutaan maaf kepada rakan-rakan yang sudah menunggu di Kota Bahru, insyaa Allah kita jumpa di majlis yang akan datang. Hasrat untuk memberi khidmat nasihat bisnis kepada rakan-rakan Kota Bahru tetap membara kerana itulah cara terbaik untuk mengembangkan perniagaan.
222 Comments
saya pernah beberapa kali naik kapal terbang dan saya paling risau apabila masa untuk berlepas atau check in
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Kalau naik kapal terbang MAS lagi scary… Nama saya dah beberapa kali pernah kena panggil sebab tak berada di tempat boarding masa kapal terbang nak berlepas… Syukur Alhamdulillah, setakat ni belum pernah lagi tertinggal naik flight MAS…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Apakah disana tidak bisa menggunakan Driving License sebagai pengganti MyKad? Disini saya sering ketinggalan ID Card tapi bisa gunakan DL untuk penggantinya. Hhhmmm…
saya tidak pasti juga lesen memandu boleh menggantikan Mykad dalam urusan begini..sebab kat ini prosedure sangat ketat dan standard untuk semua
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
hmmm, saya tak pernah mengalaminya lagi. Cuma saat2 getir kejar gate dekat nak tutup tu memang sellalu rasa. Rasa macam nak lari tanpa kasut je.
Curahan rasa suristory @ ..Macamana Nak Asingkan Sampah di Rumah
tindakan kita yang terburu-buru boleh menyebabkan perkara ini berlaku..saya berharap tuan dapat bersabar menghadapi ujian dan dugaan ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
cabaran dalam usaha mengembangkan empayar perniagaan..takpe, boleh dijadikan pengajaran kan hehe
Curahan rasa JMR @ ..Stuffed Crab Kemaman Menu Wajib Cuba.
setiap kejayaan amat memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit..harap pengalaman begini memberi iktibar kepada kami semua..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Pernah juag terlepas flight. Jadi pengajaran betul. Kena datang ke Airport lebih awal agar tidak kelam kabut
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BILA IBU ANAK TIGA BERNIAGA DI TAMU
takpe, pengajaran dan pengalaman boleh mematangkan lagi perjalanan hidup lepas ni..
Curahan rasa JMR @ ..Stuffed Crab Kemaman Menu Wajib Cuba.
bila terlepas flight macam tu rugi masa dan ketika pun ada..tetapi ada hikmah jika difikirkan secara positif
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
betul , seringkali nak terjadi seperti tu . banyak nak kapal terbang lain yang mempunyai fasilty lain lebih top , but all from how we think about that
Curahan rasa sewa elf surabaya @ ..Pelayanan Terbaik dari Rafindo
Kalau nak selamat kena check in siap-siap la kan..
Lebih senang kalau adaberlaku kejadian yang tidak diingini macam ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Itulah yang sebaik-baiknya Noriza Rahman. Tapi saper tahu kita hanya merancang.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
kadang-kadang manusia boleh silap dan alpa akan perkara ini..tak pe lah anggap sahaja ia bukan rezeki.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Moga rakan-rakan yang menunggu boleh memaafkan kesaahan yang tidak disengajakan …insyaAllah ada rezeki pasti bertemu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Betul tu Noriza, Mungkin ada hikmah nya, kita hanya merancang tapi Allah yang mementukan. Ada yang diluarkan jangakaun dan pemgetahuan kita.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Kalau dah selalu travle kekadang diri terlalu yakin semua benda dah ada kan…
so, next time kena beringat..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Melainkan kita selalu bersedia dengan astu beg yang sedia sentiasa untuk travel, macam beng sandang macam tu.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
saya setuju dengan pendapatan mr sani..sediakan beg yang khas untuk mykad,passport dan pelbagai dokumen yang penting..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Kalau dah berjanji dengan raka-rakan namun tidak dapat dipenuhi memang rasa bersalah ja..namun ada hikmah yang tidak diketahui
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Memang terasa bersalan sangat tu Noriza. Rasa kecewa pun ada juga sebab dah mungkir janji kan..
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
pada zaman sekarang agak mudah sebenarnya..kita boleh lakukan video konference atau call guna wechat pun boleh apa..bagi memaklumkan kesulitan yang kita hadapi.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Saya pun pernah terlepas flight Air Asia sebelum ini… Tetapi, saya telah belitiket baru , sepatutnya saya bayar penalti shj 🙁
Kalau tak tahu prosedur memang boleh terbeli tiket baru kan..
lessons learnt…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
bayar penalti lebih baik dari beli tiket yang baru..kita rugi berganda..tak pe lah bagi yang ada bajet lebih…kira sedekah je la tu.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Betul tu dengan bayar penalty boleh jimat sikit duit kos tambang tu. Iyalah bukannya murah kan..
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
kalau lah bayaran penalti itu semahal harga tiket lagi merana kita dibuatnya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Sabar tuan. Pasti ada hikmah terlepas kapal terbang. Semoga dipermudahkan urusan di lain kali.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Servis Design Logo Kompeni & Bisnes Ala Korporat Daripada Logofusion
Tu la kan…segala kejadian pasti ada hikmahnya..
kena redha dan sabar
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Kalau ada passport pun sistem AirAsia ni nak tengok MyKad juga kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
MV pun selalu jadi macam tu, keluarkan MyKad lepas tu lupa mana letak…
Kalau nak kemana-mana memang kena khaskan la tempat yang sesuai untuk simpan supaya tak lupa ambik balik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Kena hati hati juga tu Noriza. Sekarang ni kalau hilang IC kena denda lebih mahal dari tahun sebelum ini. Sebab sampai ratus ribu yang hilang IC ni..
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
MV tak pernah lagi beli tiket online sendiri..
tak konfidenboleh dapat harga murah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Untuk Air Asia kena beli awal untuk dapat tiket murah. Kalau tidak harga tiket macam biasa aje. Nak bagus beli masa promosi.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Comments are closed.