Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkini (3/3/13) : Lima anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap Pertempuran Kesultanan Sulu di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Sumber – Malaysiakini.
Berita terkini Pihak Keselamatan Mengempur Penceroboh di SINI.
Senarai Wira Negara Yang Terkorban dan Cedera (Sumber)
- Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
- Koperal 113088 Sabarudin B. Daud
- Koperal 135383 Azman B. Ampong
- Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim
- Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli
- Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
- ASP Michael, (KCKD Semporna)
- Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
- Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
- Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
- Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
UNTUK DAPAT MAKLUMAT TERKINI PERTEMPURAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA SILA KE FB INI
Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam Pertempuran Kesultanan Sulu antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini. Sumber INI.
Kita biasa dengar peperangan berlaku di luar negara tetapi kini peperangan sedang berlaku di Malaysia demi mempertahankan maruah negara. Pertempuran di Lahad Datu sedang berlaku antara pasukan pertahanan Malaysia dan penceroboh yang mengelar diri mereka sebagai keturunan Sultan Sulu. Mengikut sumber di SINI menyatakan 10 penceroboh sudah terbunuh dan 2 Komando wira negara juga terkorban.
Berbagai laporan dikeluarkan oleh berbagai media massa dalam dan luar negara tetapi berita rasmi belum dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina. Pihak Kerajaan sudah pasti akan mengeluarkan laporan rasmi pada masa yang sesuai untuk makluman dunia.
Mengikut laporan terbaru di SINI yang dilaporkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Kerajaan Filipina bahawa penceroboh telah menyerah diri tetapi angka yang terkorban hanya tiga orang tidak sama dengan kebanyakan laporan yang dilaporkan.
Dunia telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia jadi sudah pasti Malaysia akan mempertahankan Sabah sehingga titisan darah terakhir. Sebarang tuntutan mesti dibuat melalui PBB bukan secara kekerasan kerana ianya tidak akan membawa kebaikan.
Yang peliknya kenapa pencerobohan ini berlaku ketika bahang PRU13 semakin memanas atau mungkin ada kaitan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Haram Sabah seperti berita INI dan INI dan INI apabila jerat yang diharap tidak mengena tetapi akhirnya terjerat leher sendiri jadi pencerobohan dirancang untuk mengalih perhatian Kerajaan dan Rakyat. Kerajaan yang lambat bertindak dikatakan lembab tetapi bila Kerajaan sudah bertindak dan ada yang terkorban, Kerajaan dikatakan kejam .. sudah terbaca dibanyak blog-blog politik.
Kerajaan Malaysia sudah sangat berlembut dengan penceroboh dengan memberi masa lebih daripada dua minggu untuk berunding tetapi penceroboh tegas tidak mahu berganjak dari bumi Sabah. Terkini Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan “memalukan” mereka dan kesultanan Sulu. “Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini,” Azzimudie dipetik sebagai berkata. Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.
Kita doakan semuga peristiwa hitam Pertempuran Kesultanan Sulu ini berakhir segera dan tiada pertempuran balas dendam selepas ini. Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.
103 Comments
Semoga masalah ini segera bisa diatasi tak ada korban lagi untuk yang telah berkorban semoga menjadi Syahid dan Arwahnya bersama orang Beriman
Curahan rasa munir ardi @ ..Menerapkan SEO Untuk Pemula Seperti Saya
mati dlm perjuangan dua wira malaysia. takziah kepada keluarga mangsa dan semoga penceroboh tu cepat2 dihalau keluar malaysia.
Curahan rasa MK Kimi @ ..Poyo Tapi Tiada Aktiviti
semoga semua pemberontak tuh dapat ditumpaskan…
Curahan rasa papa mifz @ ..Tempat Makan Best di Pulau Langkawi
Nampaknya blog ni agak condong ke arah sebelah pihak?
Pencerobohan dianggap rancangan pihak tertentu, konspirasi utk menjatuhkan pihak lagi satu, namun menjerat pihak tu., statement pedas tu..nampaknya blogger neutral pun x semestinya neutral, air tenang jgn disangka tiada buaya..
Curahan rasa aimaniman @ ..FriGHTENday : Duniaku Syurgaku
Masa mula2 dapat tahu hal ni memang terkejut sgt.. YA Allah selamatkanlah tanah air kita…
Curahan rasa Nurul @ ..Wordless Wednesday: Nak Lagi..
Assalam, semoga semuanya baik2 saja… kami di Tawau nie pun takut juga… aku tak tahulah apa nak jadi lah wei…
Kita doakan semuga Allah lebutkan hati penceroboh utk menyerah diri dan penyokong2 mereka tak bertindak ganas.
Nah sebagai rakyat sabah,kita sentiasa berhati-hati dalam semua aspek.,tidak semestinya di Daerah Lahad Datu malah seluruh daerah negeri Sabah ini.Dari Laut Cina Selatan sehingga ke Laut Sulu dan merentasi Banjaran Croker Keselamatan Negara harus dipertahankan,Alfatihah kepada semoga yang terkorban dalam tragedi di Daerah Lahad datu.
Semoga situasi ini dapat diselesaikan dengan cara yang aman,salam takziah kepada keluarga 2 anggota Komando PDRM yang terkorban,semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah
Curahan rasa wazy @ ..Apa Yang Anda Perlu Anda Tahu Tentang Minda Aktif 9A Plus
kami antara pekerja yang diarahkan balik awal ke rumah kerana disuruh berhati-hati.. panik seketika.. tapi alhamdulillah, so far , keadaan masih terkawal..
Curahan rasa Aya @ ..Darurat! Lahad Datu Zon Perang
Harapkan supaya kes ini cepat selesai supaya keamanan kembali.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Imej Baru Humaira
alfatihah, semoga roh kedua-dua perwira nagara ini dicucuri rahmat dan jasa mereka dikenang selamanya
Curahan rasa ajumohit @ ..Identiti 2 Komando Malaysia Terbunuh Di Lahad Datu
semoga kedua bejah pihak bisa segera bernegosiasi,
damai duniaku,sukse terus Gan.
Curahan rasa Jasa Limbah Sidoarjo @ ..SEDOT WC CANDI/TINJA SIDOARJO
Saya tertarik mengatakan bahawa insiden ini merupakan satu konspirasi … dan saya juga tertarik dengan kenyataan bahawa Sabah dari segi analogi politiknya adalah bukan milik Malaysia.
Dan saya juga sangat-sangat tertarik terhadap bukti yang menunjukkan bahawa selama ini Kerajaan memang membayar ‘sewa’ kepada Kesultanan Sulu.
Nampaknya blogger lebih pintar mencari maklumat daripada seorang wartawan itu sendiri.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Insiden Ceroboh Lahad Datu – Al Fatihah Wira Negara
saya pula tidak tertarik dengan cara yang digunakan pihak penceroboh itu…
Curahan rasa beckhrooy @ ..Domain Dot My (.My) Makin Popular
Al-Fatihah buat keluarga dua anggota komando PDRM yang terkorban dek insiden ini.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Insiden Ceroboh Lahad Datu – Kesultanan Sulu
Kami di Mesir sangat terkilan dengan berita ni. Sedih sangat! Dah la anak-anak arwah kecik-kecik. Sungguh, 🙁
Curahan rasa Zida @ ..Please Be Nice, March
Comments are closed.