Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkini (3/3/13) : Lima anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap Pertempuran Kesultanan Sulu di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Sumber – Malaysiakini.
Berita terkini Pihak Keselamatan Mengempur Penceroboh di SINI.
Senarai Wira Negara Yang Terkorban dan Cedera (Sumber)
- Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
- Koperal 113088 Sabarudin B. Daud
- Koperal 135383 Azman B. Ampong
- Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim
- Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli
- Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
- ASP Michael, (KCKD Semporna)
- Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
- Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
- Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
- Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
UNTUK DAPAT MAKLUMAT TERKINI PERTEMPURAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA SILA KE FB INI
Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam Pertempuran Kesultanan Sulu antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini. Sumber INI.
Kita biasa dengar peperangan berlaku di luar negara tetapi kini peperangan sedang berlaku di Malaysia demi mempertahankan maruah negara. Pertempuran di Lahad Datu sedang berlaku antara pasukan pertahanan Malaysia dan penceroboh yang mengelar diri mereka sebagai keturunan Sultan Sulu. Mengikut sumber di SINI menyatakan 10 penceroboh sudah terbunuh dan 2 Komando wira negara juga terkorban.
Berbagai laporan dikeluarkan oleh berbagai media massa dalam dan luar negara tetapi berita rasmi belum dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina. Pihak Kerajaan sudah pasti akan mengeluarkan laporan rasmi pada masa yang sesuai untuk makluman dunia.
Mengikut laporan terbaru di SINI yang dilaporkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Kerajaan Filipina bahawa penceroboh telah menyerah diri tetapi angka yang terkorban hanya tiga orang tidak sama dengan kebanyakan laporan yang dilaporkan.
Dunia telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia jadi sudah pasti Malaysia akan mempertahankan Sabah sehingga titisan darah terakhir. Sebarang tuntutan mesti dibuat melalui PBB bukan secara kekerasan kerana ianya tidak akan membawa kebaikan.
Yang peliknya kenapa pencerobohan ini berlaku ketika bahang PRU13 semakin memanas atau mungkin ada kaitan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Haram Sabah seperti berita INI dan INI dan INI apabila jerat yang diharap tidak mengena tetapi akhirnya terjerat leher sendiri jadi pencerobohan dirancang untuk mengalih perhatian Kerajaan dan Rakyat. Kerajaan yang lambat bertindak dikatakan lembab tetapi bila Kerajaan sudah bertindak dan ada yang terkorban, Kerajaan dikatakan kejam .. sudah terbaca dibanyak blog-blog politik.
Kerajaan Malaysia sudah sangat berlembut dengan penceroboh dengan memberi masa lebih daripada dua minggu untuk berunding tetapi penceroboh tegas tidak mahu berganjak dari bumi Sabah. Terkini Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan “memalukan” mereka dan kesultanan Sulu. “Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini,” Azzimudie dipetik sebagai berkata. Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.
Kita doakan semuga peristiwa hitam Pertempuran Kesultanan Sulu ini berakhir segera dan tiada pertempuran balas dendam selepas ini. Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.
103 Comments
Harap sengkata ini dpt diselesaikan dgn segera, tanpa menimbulkan sebarang konflik dgn mana2 pihak.
Curahan rasa auc @ ..Statistik Blog AUC Bulan Februari 2013
Apelah masalah dorang yg sebenarnya? Dah bertahun hidup bru skang timbul isu kesultanan sulu. Why dari dulu tak datang menuntut jika benar hak mereka? Tak pasal2 orang yang tak bersalah turut terkena tempias. Hentikan keganasan, kekalkan keamanan.
harap keadaam kembali pulih secepat mungkin,..
Curahan rasa afif @ ..Semakan Online dan SMS Keputusan Spm 2012|Tarikh Keluar 20 Mac 2013
Semoga bisa terselesaikan secepatnya tak ada lagi darah yang tertumpah
Curahan rasa munir ardi @ ..Samsung Galaxy S IV segera datang
Semoga semuanya segera ditamatkan dgn tiada lagi pertumpahan darah.
Al-fatihah utk dua arwah komando.
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super Mac 2013 Astro Arena 801
Semoga Allah melindungi kita..dan kita ambil iktibar
Curahan rasa Noor Aini Samsusah @ ..LADAP 2. : di Sabak Bernam Mini Convention Centre.
sad…
Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..
Curahan rasa MrLonely @ ..Saya Anak Malaysia Blogger
semoga situasi ini cepat berakhir dan diselesaikan sebelum jadi makin parah
Curahan rasa beckhrooy @ ..Semakan Keputusan SPM 2012 Result Online
dad jugak berita yg kata salah seorang vip politik pembangkang jd dalang..tian chua pula kata ini semua konspirasi umno..ahli politik ni dh xde kje lain ke agaknya??dalam situasi mcmni pun nk politikkan segala benda..patut kita kena bergnding bahu atasi musuh yg menceroboh kedaulatan negara..
Curahan rasa Berita Semasa @ ..Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah vs Tentera Sultan SULU Filipina : Berita Terkini 3 Komando Ditembak Mati!
harap penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.. Al Fatihah kepada yang terkorban..
Curahan rasa KiD @ ..Kerja Baru Shakiddo.com
tak ramai yg buat coverage berita ni diperingkat awal..
Curahan rasa izwanyusof @ ..Rekabentuk Mekanikal Projek Tahun Akhir
Risikan Filipina ada org dlm yg terlibat .
~http://newsinfo.inquirer.net/366851/govt-intel-eyes-3-groups-abetting-sulu-sultans-claim
Curahan rasa aljukimong @ ..Cinta Di Menara Al Burj : Lawak, gedik dan terbaik
Lahad Datu dekat dengan kampung asal saya. Sekarang pun di bandaraya Kota Kinaballu tempat yang ramai bangsa Suluk tinggal di kawal ketat oleh Polis seperti di Telipok Ria dan Kampung Likas.
takut ada rusuhan berlaku kerana bangsa tentera Sultan Sulu di Lahad Datu sama dengan bangsa Suluk yang tinggal di sini. Bahasa pertuturan pun sama.
Mantap, semoga Indoensia dan malayasia bisa bersatu menumpas kebatilan….
Curahan rasa choky @ ..Pengobatan Alternatif Darah Tinggi
sampai berbunuh bunuhan. kejam!
Curahan rasa khairul asrol @ ..Semakan Secara Online dan SMS Keputusan SPM 2012
Comments are closed.