Terkini Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkini (3/3/13) : Lima anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap Pertempuran Kesultanan Sulu di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Sumber – Malaysiakini.

Berita terkini Pihak Keselamatan Mengempur Penceroboh di SINI.

Senarai Wira Negara Yang Terkorban dan Cedera (Sumber)

Lahad Datu
Terkorban
  1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
  2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud
 Tercedera
  1. Koperal 135383 Azman B. Ampong
  2. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim
  3. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli

korban Lahad Datu

Semporna
  1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
  2. ASP Michael, (KCKD Semporna)
  3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
  4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
  5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
  6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

korban Semporna

UNTUK DAPAT MAKLUMAT TERKINI PERTEMPURAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA SILA KE FB INI

Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam Pertempuran Kesultanan Sulu antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini. Sumber INI.

Kita biasa dengar peperangan berlaku di luar negara tetapi kini peperangan sedang berlaku di Malaysia demi mempertahankan maruah negara. Pertempuran di Lahad Datu sedang berlaku antara pasukan pertahanan Malaysia dan penceroboh yang mengelar diri mereka sebagai keturunan Sultan Sulu. Mengikut sumber di SINI menyatakan 10 penceroboh sudah terbunuh dan 2 Komando wira negara juga terkorban.

Peceroboh Lahad Datu - Sumber Google

Berbagai laporan dikeluarkan oleh berbagai media massa dalam dan luar negara tetapi berita rasmi belum dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina. Pihak Kerajaan sudah pasti akan mengeluarkan laporan rasmi pada masa yang sesuai untuk makluman dunia.

Mengikut laporan terbaru di SINI yang dilaporkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Kerajaan Filipina bahawa penceroboh telah menyerah diri tetapi angka yang terkorban hanya tiga orang tidak sama dengan kebanyakan laporan yang dilaporkan.

Pencerobohan Lahad Datu

Dunia telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia jadi sudah pasti Malaysia akan mempertahankan Sabah sehingga titisan darah terakhir. Sebarang tuntutan mesti dibuat melalui PBB bukan secara kekerasan kerana ianya tidak akan membawa kebaikan.

Yang peliknya kenapa pencerobohan ini berlaku ketika bahang PRU13 semakin memanas atau mungkin ada kaitan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Haram Sabah seperti berita INI dan INI dan INI apabila jerat yang diharap tidak mengena tetapi akhirnya terjerat leher sendiri jadi pencerobohan dirancang untuk mengalih perhatian Kerajaan dan Rakyat. Kerajaan yang lambat bertindak dikatakan lembab tetapi bila Kerajaan sudah bertindak dan ada yang terkorban, Kerajaan dikatakan kejam .. sudah terbaca dibanyak blog-blog politik.

Kerajaan Malaysia sudah sangat berlembut dengan penceroboh dengan memberi masa lebih daripada dua minggu untuk berunding tetapi penceroboh tegas tidak mahu berganjak dari bumi Sabah. Terkini Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan “memalukan” mereka dan kesultanan Sulu. “Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini,” Azzimudie dipetik sebagai berkata. Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.

Korban Lahad Datu

Kita doakan semuga peristiwa hitam Pertempuran Kesultanan Sulu ini berakhir segera dan tiada pertempuran balas dendam selepas ini. Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.


Spread the love

103 Comments

  1. Mereka semua nie..mcm komunis..nk tuntut sabah selepas kita merdeka..jgn beri muka wahai kerajaan malaysia..HUKUM SAJA..MALAYSIA NEGARA BERDAULAT..

  2. Nampaknya peristiwa ini menjadi negara kita semakin tidak selamat daripada musuh. Selalunya kita mendengar di luar negara, tapi sekarang terkena pada negara kita sendiri, Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban dan takziah buat keluarga mangsa .
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cetak Apa Yang Dikehendaki SahajaMy Profile

    1. Mungkin makan masa sebab mengikut sultan sulu ramai di sabah. Kalau diorg balas dendam memang akan jadi teruk kes ni. Sebab tu kerajaan cuba nego supaya tak melarat.

  3. Kerajaan masih tak arif nak handle benda macam nie. Siap boleh bagi tempoh masa lagi kat penceroboh. Ini merupakan ancaman terhadap kedaulatan negara. Sepatutnya, dah awl2 lagi kerajaan bertindak mengusir penceroboh ini.
    Dan satu lagi, kenapa polis pulak yang handle situasi nie. Ini kan isu National security! Biarla majlis keselamatan negara yang handle. Biar tentera yang handle. Nie bukan bidang kuasa polis.
    Tentera sepatutnya dah serang kedudukan penceroboh. Buat ape nak bagi tempoh??
    Curahan rasa Joe @ ..Simfoni KehidupanMy Profile

    1. Ini sudah bukan masalah Malaysia sahaja tapi melibatkan Filipina dan PBB. Yg penceroboh itu juga Islam jadi pasti cara nego itu lebih baik dan nampak berhemah.

      Soal korban nyawa apabila berlaku pertempuran susah nak cakap kerana melibatkan senjata. Jika malaysia usir penceroboh awal2 lagi tak juga jamin tiada yg terkorban kerana penceroboh memang datang dengan senjata.

      Antara pengajaran yg kita boleh ambil jangan terlalu selesa dgn keamanan yg ada kerana pantai Malaysia terlalu panjang untuk dilindungi setiap inci … bila2 masa sahaja penceroboh boleh masuk. Pendatang haram sahaja mendarat setiap hari di pantai malaysia.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!