Terkini Bersih 2.0 permulaan suatu perjuangan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sudah berakhir perhimpunan Bersih 2.0 tetapi mungkin ini baru suatu permulaan suatu perjuangan baru untuk Pakatan. Lebih 1500 telah ditangkap termasuk 91 individu yang dilarang masuk ke KL diantaranya Khairy Jamaluddin, Datuk Azeez, Datuk Seri Hadi Awang, AnWAR Ibrahim, Tian Chua, Azmin Ali, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar dan ramai lagi.

Puashati penganjur kerana dikatakan sambutannya lebih ramai daripada Bersih 1.0. Hasrat penganjur untuk menyentuh hati rakyat Malaysia sangat berjaya samada rakyat semakin menyokong atau semakin membenci mereka. Hasrat penganjur untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pemimpin Malaysia zalim juga berjaya walaupun berbagai peringatan telah diberi.

Kegagalan Kumpulan Baju Kuning Thailand perlu dipelajari

Semangat Bersih 2.0 akan terus disemarakan sehingga PRU13 bagi memastikan rakyat sentiasa ingat kepada reformasi yang semakin dilupakan. Isu pemimpin zalim, rasuah, kejam, kenaikan harga barang dan sebagainya ibarat lansung tiada bakti akan dinyanyikan bagi membakar perasaan 1Malaysia.

Kepada semua pemuda pemudi yang sedang bersemangat jangan lupa daftar mengundi kerana walau berapa juta yang hadir demonstrasi tetapi kalau semasa mengundi tidur lena di bilik maka tak ada maknanya. Nyatakan protes anda samada menyokong atau menentang kerajaan di atas kertas undi.

Harapan aku satu jangan sehingga politik menghancurkan Malaysia kerana politik bukan segalanya dalam hidup ini. Yang dihisab diakhirat kelak adalah lebih dari hanya politik.


Spread the love

55 Comments

  1. Kulitnya bersih, hati pun bersih
    Budi yang baik hatinya pengasih

    Kulitnya bersih hatipun bersih
    Memikul belati tiada memilih

    Jadikan bersih hatipun bersih
    Berkata bermulut fasih

    Jadikan bersih, hatipun bersih

    Dialah khazanah pintu terpilih
    Curahan rasa kid @ ..Lagu BERSIH yang telah di BANNED!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!