Terkini Bersih 2.0 permulaan suatu perjuangan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sudah berakhir perhimpunan Bersih 2.0 tetapi mungkin ini baru suatu permulaan suatu perjuangan baru untuk Pakatan. Lebih 1500 telah ditangkap termasuk 91 individu yang dilarang masuk ke KL diantaranya Khairy Jamaluddin, Datuk Azeez, Datuk Seri Hadi Awang, AnWAR Ibrahim, Tian Chua, Azmin Ali, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar dan ramai lagi.

Puashati penganjur kerana dikatakan sambutannya lebih ramai daripada Bersih 1.0. Hasrat penganjur untuk menyentuh hati rakyat Malaysia sangat berjaya samada rakyat semakin menyokong atau semakin membenci mereka. Hasrat penganjur untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pemimpin Malaysia zalim juga berjaya walaupun berbagai peringatan telah diberi.

Kegagalan Kumpulan Baju Kuning Thailand perlu dipelajari

Semangat Bersih 2.0 akan terus disemarakan sehingga PRU13 bagi memastikan rakyat sentiasa ingat kepada reformasi yang semakin dilupakan. Isu pemimpin zalim, rasuah, kejam, kenaikan harga barang dan sebagainya ibarat lansung tiada bakti akan dinyanyikan bagi membakar perasaan 1Malaysia.

Kepada semua pemuda pemudi yang sedang bersemangat jangan lupa daftar mengundi kerana walau berapa juta yang hadir demonstrasi tetapi kalau semasa mengundi tidur lena di bilik maka tak ada maknanya. Nyatakan protes anda samada menyokong atau menentang kerajaan di atas kertas undi.

Harapan aku satu jangan sehingga politik menghancurkan Malaysia kerana politik bukan segalanya dalam hidup ini. Yang dihisab diakhirat kelak adalah lebih dari hanya politik.


Spread the love

55 Comments

  1. harap2nya kalau bertul bersih untuk pilihan raya ni supaya lebih adil dan telus.. saya harap ianya berjaya.. dan saya harap, ambiga tidak memounyai propaganda atau objektif tersendiri untuk mengetuai perhimpunan ni..
    selepas ape yg dia dah buat dengan agama Islam kita.. setelah dia mencerca agama ISlam kita.. patut dia perlu diperangi… bukan ISlam sama islam..melayu sama melayu bertelagah..
    jangan plak sebab ambiga join pembangkang dan disebabkan itu dia meminta pihak2 pembangkang untuk support dia supaya mempertahankan tuntutan2 IFC yang dia kemukakan sudah..!! jangan jadi kambing hitam untuk orang kafir! jangan disebabkan politik..agama dan negara kita tergadai!

    sembahyang hajat berjemaah di stadium lagi berkat daripada perhimpunan camni..yg boleh timbulkan huru hara..kita orang ISLAM ikut cara ISLAM jangan ikut kafir..
    Curahan rasa myblowie @ ..@ tenangkan minda dengan TIDO..ZZzzzzzMy Profile

  2. Bersih 2.0, betul2 bersih sampai semua sampah2 masyarakat keluar dijalanan termasuk juga sampah sarap bertaburan, mencacatkan ibu negara. Demotrasi di jlnan bukan budaya Malaysia. Jgn jadi macam Mesir, Yamen, Libya, menjadi huru-hara sampai Negara luar(Amerika dan sekutunya) dpt masuk dgn sewenang-2nya dpt menghancurkan negara Islam dgn cara yg halus, sampai bertelagah sesama sendiri sesama agama(Islam). Fikir dan renung2lah….sama2 ada otak.

  3. Setiap orang ada penilaian sendiri..
    Skrg dah ramai bijak pandai…

    Yang baik ikut, yang buruk tue tinggalkan laa..

  4. Peringatan kepada pemimpin diluar sana. Undi saya sangat berharga dan hanya diberikan kepada pemipin yang bekerja dan bukannya untuk yang banyak bercakap tapi kerja tidak jalan. Pilihan raya semakin hampir barulah pemimpin turun dari kayangan untuk meraih undi

  5. sebaik2 perancangan..perancngan Allah itu manusia tak mampu nak halang…ibaratnya walaupun polis dah berkawal dan roadblock , tv dah mainkan isu ini rakyat tetap ke jalanan hanya untuk suarakan suara mereka …

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!