Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips menambah ramai follower Facebook”. Kali ini Abang nak berkongi kisah kehidupan yang berlaku pada insan terpilih iaitu peluang hidup kali kedua.
Setiap insan ada kisah dan perjalanan hidup yang berbeza samada suka atau duka. Teringat kisah anak saudara koma akibat kemalangan motor sendirian kerana terlanggar lubang ketika pulang dari kerja. Doktor pakar telah sahkan yang beliau akan koma lama berdasarkan pengalaman mengurus pesakit-pesakit yang sama sebelum ini. Dengan izin ALLAH, anak saudara sedar dari koma dan boleh berjalan seperti biasa selepas dua bulan dirawat.
Inspirasi daripada kisah tersebut maka Abang tanya pada sahabat-sahabat Facebook untuk kongsikan kisah pengalaman diberi peluang kedua untuk hidup oleh ALLAH. Alhamdulillah ramai yabg berkongsi kisah untuk kita jadikan pengajaran.
Lisa Nurulain : pernah time accident ingatkan dah nak meninggal time tu.
Che Sue Izzeyda : Pernah di penghujung tahun 2003, kereta nyaris dilanggar oleh lori yang laju menuju ke arah kereta kami yang rosak dalam keadaan melintang jalan kerana enjin kereta tidak dapat dihidupkan di tengah jalan. Alhamdulillah, nasib baik lori yang sedang menuruni bukit tu sempat elak kereta kami dan kereta bapa saudara yang berhenti di tepi jalan.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking top 50 Malaysia dengan lebih 2.1 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Munauwaratul Lailinnur : Pernah waktu kemalangan motor kepala hampir kena divider besi tu. Member cakap ingatkan kepala terkena risau putus kepala.
Azura Baharudin : Pernah tuan. Tapi bukan sebab kemalangan. Sebab pinjam along 40k. 10 hari sekali kene bayar interest 4k tak termasuk hutang 40k tu. Rasa nak mati tuan. Bila phone bunyi je menggigil. Tapi Alhamdulillah Allah bantu bagi peluang saya selesai kan masalah tu. Ibarat saya dapat nyawa balik tuan lepas tu. Lega.
Azizah Ahmad : Pernah waktu melahirkan arwah anak bongsu, tumpah darah sehingga masuk icu.
Arlina Anang : Pernah tib-tiba di diagnos paru-paru berair, warded mengejut dah siap operate dan rasa tak mungkin dapat balik rumah tapi alhamdulillah masih bernafas.
Sis Lin : Pernah Tuan Haji Amir Hassan. Waktu saya di uji sakit tahun lepas hingga badan tak boleh bergerak dan admit hospital hingga 8 jam hypertension. Masa tu saya ingat nyawa saya dah hampir hujung dan mungkin saya stroke atau angin amar. Syukur Allah uji saya dengan sakit dan masih bagi peluang untuk hidup dan sihat. Hargailah sihat sebelum datagnya sakit.
Nurdiana Mohamad : pernah dua kali yang betul-betul besar terjadi dalam hidup. Pertama masa sedar dari koma tahun 2013 sebab penyakit TTP (Thrombotic thrombocytopenic purpura) dan kali kedua awal taun 2018, dapat tau ada sakit SLE. Banyak ujian Allah bagi masa dapat tahu pnyakit baru ni. insyaAllah ada hikmahnya.
Ismail Kelana : Pergaduhan gangster di Bali, 40 orang lebih datang. Kawan saya meninggal dan Allah selamatkan saya terpukul terlempar jauh.
Hairiyazid Jailani : Kena septic shock (jangkitan kuman). Hari pertama kena pun dah teruk. Suhu badan tinggi dan tekanan darah pun jadi very low yang boleh menyebabkan jantung berhenti dan mati. Masuk wad hospital Jengka 3 hari, then boleh discharge. Tapi hari ke 4 pergi klinik sebab tak tahan sangat. Semasa kat klinik, doktor cakap kalau kena serangan septic shock ni, selangkah kaki dah ke kubur. Tak ada jaminan hidup (50-50). Doktor pun pelik mcm mana saya boleh dibenarkan keluara dari wad sedangkan bagi kes tu perlukan at least seminggu untuk reda. Dan kes begitu biasanya di bawah kendalian hospital Temerloh. Then doktor suruh admit wad semula. Cukup 7 hari, dan stabil, saya dibenarkan keluar. Biasa sangat dengar kes septic shock membawa maut. Ramai kenalan saya yang pernah kena dan meninggal dunia. Hanya beberapa hari sebelum saya kena tu pun, saya ziarah seorang kenalan yang juga meninggal sebab kes jangkitan kuman. Rasa bersyukur sebab saya antara yang survive.
Mohd Azmil : Masa kecil pernah mandi kolam terjatuh tempat dalam, duk gapai dalam lemas terpegang tali, alhamdulillah selamat.
Begitulah sebahagian daripada kisah dan ujian yang ALLAH beri kepada insan-insan terpilih untuk diberi peluang yang kedua. Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas, setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan. Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]
Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat ALLAH serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Pasti ada pengajaran daripada kisah sahabat-sahabat kita di atas. Bersyukurlah dengan peluang pertama apatah lagi peluang kedua yang ALLAH berikan kepada kita. Sayangi diri kita dan apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Gunakan usia, tenaga, kesihatan dan rezeki yg diberi ALLAH untuk perkara-perkara yang memberi manafaat kepada dunia. Jangan bermalas-malas dan berusaha sehabis baik untuk segalanya.
Pasti sahabat-sahabat yang membaca coretan ini juga mempunyai pengalaman tersendiri, kalau sudi kongsikan di ruangan komen. Jangan lupa kongsikan kisah ini kepada sahabat-sahabat sosial median diluar sana.
Sekian terima kasih.
72 Comments
baca kisah2 mereka , rasa sangat menginsafkan
saya tak pastilah nak kategori peluang kedua atau tidak, ketika memandu di highway utara, mungkin mata terlalu letih, terlelap dlm 2-3 saat, hampir2 langgar divider jalan yg tengah tu. ya Allah berdebarnya rasa lepas tu. dahlan lane kanan, agak laju juga. boleh bayangkan apa terjadi aklau terlanggar divider tu? nauzubillah. terusss pandang anak2 yg masih kecil dan sedang tidur dlm kereta tu, sayuuu je rasa. insaf takmo terlena dah
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Review Ebook Teknik WeChat, teknik buat duit cara sempoi
Post yg sangat memberi kesan . Ia telah mengigatkan saya tentang nikmat hidup dan pentingnya kita bersyukur dengan peluang yg Allah berikan kpd kita
Curahan rasa Tah @ ..Hilangkan Penat Semasa Mengandung Untuk Ibu Yang Bekerja
Terima kasih kerana post ini mengingatkan saya tentang nikmat hidup. Semoga kita tergolong dalam kalangan org yg sentiasa bersyukur. Insyaallah
Curahan rasa Tah @ ..Hilangkan Penat Semasa Mengandung Untuk Ibu Yang Bekerja
alhamdulillah masih sempat diberikan masa untuk merenung kembali nikmat manakah yg telah kita dustakan.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Resepi Mudah Nasi Arab Khabsah Ayam
peluang kedua ini sangat berharga…
jangan dilepasakan untuk terus membuat kebaikan dan beramal..
sebab kita tidak tahu ada lagi tak kalau peluang yang kedua…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pakej Fotografi Perkahwinan Yang Paling Disarankan
Diberi peluang untuk terus menikmati hidup memang nikmati yang sangat patut disyukuri. Alhamdulillah
Curahan rasa JMR @ ..Strategi Untuk Cukupkan Simpanan Persaraan
Pernah dua kali.
First dalam mimpi. Mimpi seakan realiti. Kena operate. Risiko hidup 90-10. Tak leh gerak masa tue. Itu mimpi.
Second masa nak bersalin anak sulong. Emergency caesar sbb Kinah tak sedarkan diri tiba-tiba selepas berjam-jam dalam labour room. Kena paksa bersalin induce. Tak de energy. Rasa mcm dah gone masa tue. Reading mesin CTG tunjukkn jantung anak drop tiba-tiba. Masuk Operation Theatre (OT) tak sedar diri dah.
artikel ini memang menginsafkan..
semoga kita terpelihara dari musibah sedemikan rupa..
hanya insan terpilih sahaja mampu untuk mengatasinya..
in shaa Allah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pakej Fotografi Perkahwinan Yang Paling Disarankan
Kerana Allah masih sayang kepada Kita, diujiNya kita. Kesyukuran kita patutnya berganda. Pertamanya syukur kita dapat lepas dari ujian itu. Keduanya syukur kita ‘sedar’ selepas ujian.
Betapa ramai yang tidak sedar walau diuji berkali-kali.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Di Mana Anda Mengundi 9hb Mei ini?
apa apa pun kita kenalah bersyukur untuk setiap pemberian drp Allah. Baik buruk pasti ada hikmahnya kan
mungkin ada hikmah di sebaliknya apa yang terjadi..
ia juga dapat menjadi pengajaran kepada yang lain
bila baca perkongsian kat atas tu rasa betuah pulak. setakat ni tak pernah di timba bencana yg hampir melibatkan nyawa.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Buat Link WhatsApp di Facebook
Kan!
Sungguh bertuah tidak dihadirkan dengan ujian yang berat. Subhanallah. Semoga Allah lindungi kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
berat sungguh dugaan jika melibatkan nyawa..
antara hidup dengan mati..
moga kita dijauhkan dari malapetaka sedemikian rupa..
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pakej Fotografi Perkahwinan Yang Paling Disarankan
Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri tuan sekeluarga.
Selagi masih hidup kita dapat beramal dan bertaubat. Bersegeralah taubat dan berlumba lumba buat kebaikan di dunia
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Makan sedap di Shah Alam? Aduh laparnya! Ini 10 Tempat best lazat & bersih.
2 bulan koma akibat kemalangan memang cukup lama, si keluarga pasti risau keadaan mangsa. Takut pihak majikan berhentikan kerja kalau koma terlalu lama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Tudung Di Bulan Ramadan
Betul… Setuju.. ujian yang Allah berikan kepada kita adalah untuk menguji keimanan seorang manusia.
Kalau difikirkan balik setiap ujian tersebut ada hikmah disebaliknya… Seberat-berat ujian yang kita rasai mungkin belum seberat lagi ujian-ujian yang diberikan kepada rasul-rasul dan nabis-nabi…
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
Kita lihat ujian yang diberikan kepada nabi Ibrahim A.S, nabi Musa A.S, nabi Nuh A.S, Nabi Yunos A.S, nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi lain… Kesemua ujian-ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka walaupun mereka terdiri daripada para nabi dan rasul
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
Kalau Nabi dan rasul yang mempunyai tempat istimewa di sisi Allah S.W.T pun tak terlepas daripada ujian berat… inikan pula kita manusia biasa…
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
kekadang musibah ni adalah ‘teguran’ untuk muhasabah kembali perjalanan yang telah kita lalui.
Jadikan ujian sebagai pendorong untuk lebih kuat dan memperbaiki hidup. Kita memang tak boleh jadi orang lain, tapi boleh jadi yang lebih baik
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Great Tips To Keep Your Life Organized
Comments are closed.