Suara hati ikhlas menjelang PRU14 asalkan bukan fitnah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Terima kasih ALLAH kerana beri peluang kedua untuk aku hidup”. Kali ini Abang nak berkongi pandangan dan pendapat sempena kita menyambut pesta demokrasi Pilihan Raya ke 14.

Sebagai rakyat Malaysia setiap daripada kita bebas untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. Jangan risau kalau kita penyokong PAS akan dibelasah teruk oleh penyokong Pakatan Harapan (PH), kalau kita penyokong Barisan Nasional (BN) jangan terasa diperbodohkan oleh penyokong parti lain dan kalau kita penyokong PH jangan risau kalau kita dihina penyokong parti lain.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking top 50 Malaysia dengan lebih 2.1 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Catatan kali ini Abang nak kongsikan semua tulisan Abang di Facebook sepanjang hari berkempen PRU14. Baca sampai habis sebab di akhir catatan ini ada catatan yang Abang tidak pernah kongsikan di sosial media.

Pembubaran Parlimen

Akhir yang di nanti tiba PRU14, peperangan bukan baru bermula tapi ini kemuncak perseteruan. Benih perbezaan sudah lama disemai ke dalam minda penyokong dan yang atas pagar, benih kebencian kepada yang membangkang sudah lama tersemat di hati. Akhirnya ALLAH juga yang akan mengerakkan hati kita untuk memilih. Pemimpin mana yang sesuai dengan masyarakat yang ada di Malaysia sekarang.

Pilihan raya adalah peperangan database

Usahawan yang sukses adalah mereka yang mahir menganalisa data dan menggunakan data dalam pemasarannya. Begitu juga ahli politik mesti pandai menganalisa data dan menggunakan data bukan sekadar cakap-cakap sahaja. Sentimen hanya digunakan untuk mengubah hati pengundi atas pagar sahaja kerana yang lain sudah lama membuat keputusan.

Content Marketing Politik

Ramai sifu mengajar content marketing untuk bisnis. Musim PRU14 kena ada sifu yang mengajar content marketing untuk politik. Menulis dengan strategi untuk melembutkan hati pengundi atas pagar yang masih 50/50 sangat penting. Kalau nak menulis untuk penyokong tegar mudah sahaja mengutuk mengeji pun boleh sebab mereka sudah confirm menyokong.

Manafaat pesta Pilihan Raya kepada orang bisnis

Orang politik sibuk mencari pengundi. Orang bisnis pulak sibuk berbisnis yang kena mengena dengan pesta mengundi seperti print t-shirt, print banner dan poster serta paling meriah kedai makan. Kita orang sosial media pun boleh dapat banyak manafaat daripada pesta politik selama sebulan ni. Apa manafaatnya? Itu ikut kreativiti masing-masing.

Nasihat kepada usahawan yang berpolitik

Kena buat keputusan, nak jadi ahli politik atau nak jadi usahawan. Kalau nak jadi ahli politik no problem nak beremosi status politik. Kalau nak jadi usahawan sukses kena bawa emosi usahawan jangan bawa emosi politik pada status harian kita. Usahawan kena jual produk pada semua melangkaui sempadan politik dan negara.

Diri sendiri juga mesti berubah

Harap kerajaan berubah tu ok.
Yang tak ok kalau kita ni tak berubah-ubah.
Dari dulu kaki komplen tapi tak bertindak mengubah untung nasib diri sendiri itu yang malang sangat.

Persamaan Politik dan Bisnis

Bisnis dan politik tak sama tapi ada satu yang sama. Ada yang masuk politik berjiwa besar untuk menjadi pemimpin sehingga peringkat paling tinggi kalau boleh sampai jadi Perdana Menteri. Ada yang masuk politik tak ada visi jadi macai sampai bila-bila pun tak apa. Buat bisnis pun gitu ada yang berjiwa besar nak jadi multi jutawan tapi ramai juga buat bisnis sekadar nak dapat duit kocek cukup lah.

Pergaduhan orang politik olok-olok je

Bagusnya orang politik setelah bergaduh macam mana pun boleh duduk semeja sehingga yang memenjara boleh bersahabat baik dengan yang di penjara demi perjuangan. Orang bisnis bila dah gaduh bermasam muka tak kesudahan, nak ngopi semeja memang tak lah. Itu bezanya.

Janji orang politik

Bukan main marah kita pada orang politik kononnya berjanji tapi tak ditepati. Padahal mereka berusaha menepati janji yang dibuat walaupun bukan 100%. Yang ditepati kita tak komplen yang tak ditetapi tulah kita sibuk. Kita pulak jadi macam tuhan menghukum diaorang. TAPI Pernah tak kita marah pada diri sendiri yang berjanji macam-macam setiap kali tahun baru yang tak pernah ada usaha untuk kita tepati janji sendiri. Itulah sebabnya kita marah sana, marah sini sekadar nak tutup aib sendiri.

Manusia tak boleh ubah dunia

Kalau kita rasa orang politik boleh ubah dunia sila baca maksud ayat ini sekali lagi.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). – Surah Al-Inshirah, 7 – 8.

Manusia wajib berusaha tapi setelah berusaha kita serah pada yang Maha Memberi untuk memberi apa yang terbaik. Terbaik itu mungkin bukan yang kita paling suka.

Jaga periuk nasi sendiri

Biar orang lain sibuk berpolitik. Kita ambik peluang gandakan duit. Tiba tarikh 9/5 kita pergi pangkah mana yang berkenan di hati. Mengundi 5 tahun sekali tapi periuk nasi kena berisi setiap hari.

Selamatkan Malaysia

Fakta menarik PRU. Ketika Tun M jadi PM, pembangkang kata Selamatkan Malaysia. Ketika Pak Lah jadi PM, pembangkang kata Selamatkan Malaysia. Ketika Najib jadi PM, Tun M kata Selamatkan Malaysia.

Ujian negara Malaysia yang kaya

Teringat semasa zaman susah dulu seorang guru agama menasihati, katanya paling susah apabila kita diuji dengan kesenangan. Paling malang apabila kita tak sedar kita sedang diuji ALLAH. Selepas lebih 15 tahun mendapat nasihat tersebut, Abang sangat setuju setelah melihat ramai kawan-kawan yang gagal dengan ujian kesenangan.. Ustaz juga kata samalah macam negara Malaysia yang kaya raya dengan berbagai sumber ekonomi menjadi rebutan, masing-masing kata mereka lah yang paling terpandai pentadbir kekayaan ini berbanding yang lain. Kalau Malaysia ini miskin tiada sumber kekayaan pasti tiada yang nak berebut-rebut memerintah. Kesimpulannya sebenarnya kita sedang diuji ALLAH dengan kesenangan. Tunggu bila susah nanti lain kisahnya.

Sahabat berpanjangan pilihan raya lima tahun sekali

Sebenarnya majoriti daripada rakyat sudah ada pilihan. Cuma tak ramai yang nak luahkan pilihan mereka sebab PRU lima tahun sekali, persahabatan berpanjangan. Lagi pun dengan menulis berbagai status tak akan mengubah pilihan di hati. Nak suruh orang solat pun susah Ni kan nak minta diaorg ubah mengundi. Kata seorang sahabat pada Abang beberapa hari lepas.

Sokong pemimpin tak kisah apa dia buat

Bila kita tak suka apa sahaja yang pemimpin buat semua tak betul tapi bila kita suka, apa sahaja yang dia buat walaupun tak betul kita nampak betul je, kata seorang guru suatu masa dulu.

Perceraian orang politik

Ada suami isteri lepas bercerai semua cerita buruk nampak dan disebarkan. Ahli politik pun ada yang macam tu bercerita kisah buruk parti yang dulu di sokong apabila bercerai parti. Rasanya strategi tu macam dedah keburukan sendiri. Cerita je kebaikan parti yang kita sokong lebih ramai orang tabik dari membawang.

Belum tentu apa yang ahli politik suka di sukai ALLAH

Politik sekarang banyak guna logik akal bila tewas tu yang masing-masing tak dapat nak terima. Apa yang kita rasa logik belum tentu ALLAH suka. Kata seorang orang lama dalam politik.

Orang politik juga membawang

Adakah Mak cik dan Pak cik bawang seMalaysia ni belajar budaya membawang dari orang politik? Cuma mak cik dan pak cik bukan orang politik ini membahan kehidupan semua orang berbanding orang politik fokus pada orang politik sahaja. Dah macam maharajalawak pulak semua ni.

Seni politik tak boleh di duga

1. Ada yang senyum lebar apabila Tun M berdiri dan duduk satu pentas dengan ketua-ketua pembangkang walaupun sejarah silam yang gelap kerana ramai antaranya pernah dipenjara oleh beliau.
2. Ada yang senyum sinis bagaikan dosa besar apabila PAS berbaik dengan BN yang dulu ketika zaman Tun M telah banyak dosa besar dilakukan kepada PAS.

Siapa tak kenal dengan kesenian politik Tun M. Adakah kali ini dia membakar diri untuk menyelamatkan BN. Atau memang Tun M tidak mahu bersama dalam kelumpuk yang dikatakan akan karam supaya namanya tetap gah dipersada politik.

Kita tunggukan berbagai kejutan bakal didramakan menunggu tanggal keramat 9/5/2018.
Debat akan terus panas, jangan dinasihati mereka kerana mereka tak akan dengar nasihat sesiapa demi KUASA.

Bergabung jadi lagi kuat

Konsep bisnis untuk pergi sangat jauh memang kena bergabung. Sebab semua ada kemahiran berbeza Tapi ada juga yang takut dengan konsep bergabung sebab takut hilang control. Sedangkan parti politik pun bergabung, membina Pakatan dan Barisan. Kenapa geng bisnis tak nak ikut cara yang bagus ni walaupun politik dan bisnis seni tak sama. Orang bisnis nak terlebih politik pasti ada kesan untuk jangka masa panjang. Blogger pun sama.

Orang politik boleh berubah pendirian di saat terakhir

Orang politik boleh berubah pendirian bila-bila masa sahaja. Jadi jangan percaya sangat cakap mereka sekarang. Lima tahun lagi boleh berubah perjuangan sehingga menjilat kembali apa yang dikatakan lima tahun dahulu. Sejarah telah membuktikan. Dulu puji, sekarang kutuk akan datang ampu balik. Di mana sahaja kita boleh berbakti pada dunia bukan politik sahaja. Bukan bermakna kita anti politik Bila tiba masa wajib memilih sebagai tanggungjawab rakyat sebuah negara. Kata seorang sahabat beberapa hari lepas masa kami memanaskan tekak dengan kopi hitam panas.

Penamaan Calon PRU14

Penamaan calon PRU pun penuh dengan strategi bukan sahaja berkempen. Itulah seninya politik sebab itu ada yang boleh bertahan lama dan ada yang cuba untuk masuk tapi lemas. Seperti bisnis, politik pun ada sepak terajangnya sendiri. Nak masuk kena tahan walaupun hanya aktif online. Jangan pulak kita sibuk mengentam tapi bila kena hentam balik terus hati tisu. Semua Barisan, Gabungan dan Pakatan ada lebih dan kurangnya. Jangan harap pihak sini nak puji sana. Kita usahawan digital layan je. Cari manafaat bukan mudarat.

Nasihat dari seorang otai politik

Bro, ko nak jadi usahawan, aktivis sosial atau ahli politik? Kalau ko nak jadi usahawan atau aktivis sosial baiklah bersederhana meluahkan pendapat berpolitik. Tak salah nak berpihak tapi tak perlu nak tulis status berlebihan. Sebab follower kita dari berbagai fahaman politik pasti akan tersentuh hati dengan status keterlaluan kita. Diaorg memang tak komen tapi simpan dalam hati. Ianya memberi kesan pada bisnis atau urusan sosial untuk jangka masa panjang. Tapi kalau ko dah nekad nak jadi ahli politik tak kisah dengan prestasi bisnis. Ko boleh hentam kiri kanan, atas bawah dan bersedia tanggung segala akibatnya. Tu nasihat seorang sahabat yang sudah lama bersepak terajang dalam politik.

Jangan suka-suka nak beri nasihat kepada tiga golongan ni

  1. Fanatik politik
  2. Fanatik bercinta terutama yang dah berusia
  3. Ada masalah kewangan yang teruk

Silap-silap yang tukang bagi nasihat boleh kena balik.

Orang politik tak boleh berlapang dada

Kisah politik tiga jejaka ensem, jejaka A, B dan C.

Jejaka A : keluar fakta bla bla bla bla
Jejaka B : membantah segala fakta jejaka
Jejaka A : B ko kena berlapang dada dengan apa yg aku cakap
Jejaka C : dengar dengan tenang
Jejaka B : keluarkan fakta bla bla bla
Jejaka A : mana boleh bla bla bla
Jejaka C : (dalam hati) ehhh kata tadi kena berlapang dada Tapi bila B bagi fakta kenapa A melompat. Baik aku belah biar lapang kepala aku

PRU14 ada tiga pilihan

Tinggal beberapa hari lagi untuk berkempen. Best kali ini pengundi ada tiga pilihan tak seperti dua pilihan raya sebelum ini hanya ada dua pilihan. Maknanya lebih demokrasi. Sehingga hari ini ketiga-tiga kumpulan yakin akan menang. Barisan, Pakatan atau Gabungan yang mana satu akan mentadbir Malaysia? Penyokong fanatik sudah tahu mana nak dipangkah. Tapi kemenangan akan ditentukan oleh pengundi atas pagar. Insyaallah ALLAH akan beri ilham kepada mereka untuk memilih kumpulan yang paling sesuai untuk memerintah 30 juta rakyat Malaysia bagi menghadapi akhir zaman. ALLAH tahu mana yang terbaik dan yang terbaik di sisi ALLAH mungkin bukan yang terbaik dimata manusia.

Pakatan Harapan harap sangat undi ahli PAS

Ramai kata kenapa Pakatan Harapan (PH) hentam PAS all out dan PAS balas balik. Kenapa tak hentam BN. Pendapat Abang strategi kali ini memang kena begitu kerana dulu Pakatan Rakyat menang dengan undi setia penyokong PAS. Kali ini untuk PH menang besar mesti kena bantai pemimpin PAS sampai lumat supaya penyokong tegar PAS tberpindah sokong PH macam dulu. Dan pengundi atas pagar nampak PAS tak bagus lansung. Kalau mereka bantai BN sampai lumat pun tetap tak akan dapat undi dari penyokong tegar BN. Pilihan raya kan peperangan jadi strategi kena betul sebab berapa ramai yg datang rapat umum hanya persepsi, kemenangan sebenar apabila mereka ini pangkah lambang yg mereka sokong.

Berubah tak salah tapi perlukan pengorbanan

Abang ada terbaca beberapa status. Tulisnya JANGAN risau tukar Kerajaan kerana yang tukar hanya Menteri sahaja. Pada padangan Abang tulisan-tulisan ini kurang tepat. Apabila berlaku pertukaran Kerajaan. Di kampung-kampung seceruk mana juga akan berlaku pertukaran.
Masjid akan diambil alih.
Balai Raya akan diambi alih.
Tadika akan diambil alih.
Mereka yg sudah berkhidmat bertahun-tahun akan disingkir kerana berbeza parti.
Anak-anak tadika yg tak tahu apa juga akan dipindahkan. Semua ini berlaku ketika Pakatan Rakyat menang di Selangor. Tu belum lagi peringkat Daerah.

BUKANlah maksud nak kata jangan berubah. Cuma fakta tiada perubahan selain berubah menteri tu rasanya kurang tepat. Perubahan akan berlaku diseluruh pelusuk Negara kerana dendam antara penyokong sudah bersalut sangat lama.

Jangan Mengecilkan ISLAM

Tinggal beberapa puluh jam lagi untuk berkempen. Ramai pengundi telah menyatakan sokongan secara terbuka di sosial media.
Itulah demokrasi. Cuma pesan Abang satu nak undi Gabungan, Barisan atau Pakatan itu hak sebagai pengundi. Jangan sampai menduakan dan mengecilkan AGAMA. Tak kisah tak nak undi PAS itu hak dan kepercayaan politik masing-masing. Tapi jangan sebut kali ini saya utamakan membentuk kerajaan dari memilih ISLAM. Jangan tulis kali ini saya utamakan membentuk kerajaan dari memilih Agama. Sebut je saya tak pilih PAS atau saya tak sokong parti Islam atau saya tak sokong parti dengan nama agama, itu lebih molek. Besar sangat ke Kerajaan berbanding ISLAM tu? Kalau kita faham nikmat ISLAM pasti kita akan sujud bersyukur kita lahir dalam Islam. Pesanan untuk diri sendiri.

Tun ALI zaman moden pasti muncul

Zaman akhir pemerintahan Malayu Melaka, sangat termasyhur kisah Tun Ali yang berbaik dengan Pedagang luar sehingga runtuhnya sebuah Kerajaan Melayu yang sangat gemilang tersohor seluruh dunia. Sejarah pasti akan berulang tanpa siapa pun dapat menahannya. Dalam Al Quran juga banyak kisah bagun jatuh sesuatu kaum berulang pada zaman Nabi berbeza. Itu juga bukti bahawa sejarah memang akan berulang.

Bilakah kisah Tun Ali akan berulang lagi di Malaysia? ALLAH sahaja yg tahu sebagai ujian untuk bangsa Melayu yang sudah sangat maju ketika itu. Kalau dulu hampir 600 tahun nak dapat Merdeka semula mungkin kali ini kalau terlepas kebebasan ini pasti akan terus dijajah sampai kiamat.

Anwar sampai di perkarang unit kecewasan HUKM

Kisah benar Abang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Alhamdulillah follower bertambah banyak juga hari ini
Sebabnya Abang tinggalkan komen politik di status Dr Wan Yusof Wan Jeffery.
Komen tersebut menceritakan kes keracunan Arsenik DS Anwuar Ibrahim.

Abang antara team yang merawat DSAI
Abang antara team awal yg menunggu ketibaan DSAI di unit kecewasan HUKM.
Abang yg menguruskan makanan DSAI setiap hari.
Abang bersama DS Dr Wan Azizah menemani DSAI yg perlu ke makamah ketika berada di wad.
Abang melihat ketua-ketua pembangkang ziarah DSAI.
Abang dan team yang mengurus kes Arsenik melihat lakonan dusta DSAI selama lebih kurang dua minggu.

Ada yang minta Abang jelaskan lebih lanjut komen tersebut bagi menjelaskan kepada yg tak tahu.
Abang tak berminat nak jelaskan sebab Abang dah buat pada PRU13 yg akhir penyokong tegar DSAI kata semua tu fitnah.
Bila kita dah suka kentut pun wangi, tu orang bercinta kata. Sama sahaja dalam politik.

Alhamdulillah Abang juga pernah dalam team merawat Tun M ketika beliau dirawat selama dua minggu di HUKM.
Syarikat Abang juga yang buat katering majlis perpisahan Tun M di Pejabat Perdana Menteri.

Itu kisah dulu.
Sekarang semua sudah berubah yg bermusuh sudah bersahabat.
Jadi tak perlu nak ungkit kisah lama.

Kisah derma RM2.6 Billion

Alhamdulillah ketika menunaikan haji beberapa tahun lepas, Abang dapat duduk sebilik dengan seorang insan yang merupakan salah seorang insan yang terpilih untuk menguruskan duit derma RM2.6 billion daripada seorang putera Arab kepada DS Najib Razak. Beliau menceritakan kemana duit-duit itu disalurkan kemerata dunia Islam. Pasti ianya tak boleh diumumkan kepada public. Katanya asbab tolong dunia Islam sebab tu musuh sangat ramai di kalangan yang menolak perjuangan ISLAM dan perjuang Islam yang terkeliru.

Malaysia selamat mengundi PRU14

Kita sokong siapa sahaja yang kita sokong. Kita bangkang siapa sahaja yang kita lawan.Usaha sehingga titisan peluh terakhir. Kita kena yakin dengan apa cara sekali pun Yang menang itu adalah pilihan ALLAH.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. – Surah Al-Imran, 26.

Buat pilihan yang terbaik. Terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Ada yg kata kita tak kisah bangsa dan agama tetapi ingatlah inilah satu-satunya tanah air untuk orang Melayu. Kalau hilang yang satu ini maka merempatlah kita seperti merempatnya berbagai bangsa di dunia ini.

Terbaik untuk kita mungkin bukan terbaik di sisi ALLAH. Maka parti mana yang dapat membentuk Kerajaan pada 10/5/2018 kita terima dengan hati terbuka.

Jika bermanafaat sila kongsikan catatan ini.

Sekian terima kasih.


Spread the love

38 Comments

  1. Lihat PRU drp sudut positif, orang politik sibuk mencari pengundi. Orang bisnis pulak sibuk berbisnis yang kena mengena dengan pesta mengundi seperti print t-shirt, print banner dan poster serta paling meriah kedai makan.

  2. Cun gak idea ni, musim PRU kena ada sifu yang mengajar content marketing untuk politik. Menulis dengan strategi untuk melembutkan hati pengundi atas pagar yang masih 50/50 sangat penting.

    1. Itu lah dinamakan sebagai politik matang. Bagus la kan. kita pun tak risau untuk terus keluar mengundi utk pru seterusnya

    1. Ya tuan, ALLAH jua lah yang menggerakkan hati kita untuk memilih. Pemimpin mana yang sesuai dengan masyarakat yang ada di Malaysia sekarang.

    1. Alhamdulillah, rasanya Malaysia dan rakyat sudah mencapai taraf politik matang tanpa pertumpahan darah spt sesetengah ngra lain

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!