Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Kisah benar seorang teman yang dikongsikan diruang komen entri “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” memang meruntun jiwa sesiapa yang membaca.
Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2011 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak).
Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini.
Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..”
Baca kisah sedih ini teringat pulak kisah Si Tanggang seperti kisah mitos khayalan tetapi sebenarnya memang berlaku di keliling tanpa kita sedari. Terkedu tak terkata keras sungguh hati sehingga langsung tak sudi menjengok arwah ibu. Teringin melihat kesudahan kisah masa tua beliau adakah mungkin apa yang beliau lakukan kepada arwah ibu akan berulang sejarah kepada beliau.
Sedangkan anak kecil seperti dalam Video Iklan Raya Bernas kasih sayang pada ibu inikan kita. Ramai rakan-rakan sms meleleh air mata sebak menonton video Bernas apatah lagi membaca kisah tragis seperti ini.
Teringat kata seorang teman yang juga seorang ibu “air mata lebih banyak mengalir keluar bila anak-anak dah besar berbanding ketika mereka kecil“.
Baca juga : Rokok hukumnya haram dan antara sebab doa tak diterima
Mungkin pesanan Anuar ini boleh menjadi peringatan kepada kita :
Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..
Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..
Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..
Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..
265 Comments
Yang mana ibubapa mereka masih hidup, kita harus menjaga mereka seperti mana mereka pilihara kita dari kecil hingga ke saat ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Mereka pasti mahu melihat kita hidup bahagia disamping isteri/suami serta anak-anak tersayang. Ini membuat hati mereka gembira. Kebahagiaan kita adalah kegembiraan mereka jua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Jengoklah mereka selalu di kampung jika kita bekerja di bandar. Jarak jauh bukan alasan utk tidak pulang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Banyak kenangan bersama mereka, segala teguran dan pesanan janganlah dilupa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Ibu adalah ratu hatiku,
Sentiasa dlm ingatan kalbu,
Jika ditegur usah mengaju,
Berdoalah kesejahteraan mereka selalu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Syurga di bawah tapak kaki ibu,
Jika mereka menegur usahlah mengaju.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Semoga kita yang mengenang jasa ibu, Tidak tergolong dalam manusia yang lupa dengan jasa dan kebaikan yang di curahkan kepada kita…Aminnnnn…
Curahan rasa MrsBeauty @ ..Advantages Of Faux Mink Eyelashes
Jgn dilupa pengorbanan ibu, harus berterima kasih pada mereka dan bykkan memohon ampun dan maaf pada mereka ketika mereka masih ada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Sebuah kisah yang bisa menjadi pembelajaran bagi kita semua
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Semoga kita bisa mengambil hikmah dari kisah tersebut aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Semoga saja tidak ada sahabat yang seoerti itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Alhamdulillah bapak ibu masih hidup dan diberikan nikmat sehat saat ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Semoga bisa menjadi anak yang bisa membahagiakan orang tua kita aamiin..aamiin Yaa Allah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Karena kesempatan kita berbakti dan berbuat baik kepada ayah ibu setiap harinya berkurang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Karena ketika beliau hidup dan kita tidak berbakti maka penyesalan akan kita dapatkan sewaktu beliau nantinya dipanggil Sang Kuasa
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Alahamdulillah…ibu dan bapa kamu masih ada, jagai dan lindungi mereka agar mereka sentiasa bahagia di sisi kita dan keluarga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
memang hebat penangan iklan BERNAS tahun ni..
Curahan rasa cmratu @ ..Diari Ramadhan 1433H | Hari #11
pernah dengar ustaz ceramah kat mesjid menyatakan bahawa kita sebagai ibu bapa hendaklah mendidik anak kerana Allah, janganlah berkata anak inilah yang akan menjaga kita di haritua nanti. kerana Allah yang akan menjaga kita kelak. jika didikan yang diberi baik maka Allah akan membalas nya baik kelak…insyaallah…walaubagaimana pun kisah ini patut kita buat sebagai pengajaran dan sentiasa berdoa kepada Allah agar tidak di uji sedemikian keatas kita…
Curahan rasa Syarih @ ..Wang KWSP Boleh Bantu Anda Mengurangkan Bayaran Ansuran Rumah.
tiru macam aku, tiap-tiap minggu balik rumah mak aku..hehe..
Curahan rasa titan @ ..Komisen Pertama dari HzTours
Alahamdulillah…anak yg soleh..!! teruskan amalan begini selama-lamanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
kekadang kita lebih tahu menghargai bila mana berjauhan..
dulu masa sy duduk dgn parents smpai form 5 sy selalu buat dosa dgn parents esp mama..skrg bila dh study jauh, baru kenang blk smua kesalahan tu..ya Allah rasa menyesal sgt..n now i will try to make them happy utk tebus ape yg sy dh buat..
ibu bapa segalanya buat kita..sayangilah sebaiknya dan semasa masih ada
Curahan rasa wanmus @ ..Seminar Niaga Wajib Anda Sertai
Comments are closed.